Buat Sendiri Pau Kampung Kukus Yang Sedap, Lembut & Gebu

Share

Pau kampung kukus atau pau kukus homemade ni memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Ada resipi mudah yang boleh anda cuba. Tak perlu beli lagi kerana anda boleh hasilkan sendiri pau kampung kukus yang sedap dan pelbagai inti secara homemade. Caranya sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ain Khamis. Pasti puas hati.

RESIPI PAU KAMPUNG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN :
330gm tepung gandum cap sauh beli online disini


50gm gula beli online disini
30gm shortening beli online disini
5gm yis instant beli online disini
Sedikit garam
180gm air sejuk

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan uli hingga sebati menggunakan mixer atau bread maker. Boleh juga uli menggunakan tangan.
2. Bila adunan sudah sempurna diuli, timbang doh seberat 25gm setiap satu dan bulatkan / rounding cantik-cantik.


3. Biarkan doh dalam 15 minit kemudian letakkan inti yang disukai. Boleh guna inti kaya, kari ayam, kacang merah, sambal bilis, sambal sardin dan bermacam-macam lagi. Bulatkan kembali doh.


4. Biarkan doh mengembang sekali lagi dalam 40 minit kemudian barulah dikukus selama 8 minit.


5. Pau Kampung yang sedap, lembut dan gebu sedia untuk dinikmati.

INFO:

  • Berat doh 25gm akan dapat 24 biji pau saiz kecil.
  • Penggunaan shortening atau lemak sayuran adalah bertujuaan untuk memutihkan pau. Kalau guna marjerin, doh pau agak kekuningan .

 

Kredit resipi & foto: Ain Khamis

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN