Mixed Fruit Cocktailni sangat mudah disediakan. Rasanya yang manis-manis berlemak membuatkan manisan ini menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda. Jika dihidang tatkala cuaca panas, memang sangat sempurna. Saudari Bella Jaffarada kongsikan resipi yang sangat senang namun sedap untuk dicuba.
CARA MEMASAK: 1. Tapis dan asingkan buah-buahan tin dan nata de coco dari air gulanya dan masukkan terus ke dalam bekas hidangan. Namun air gula buah itu jangan dibuang. 2. Satukan bahan-bahan cair seperti air dari buah pic, longan, mix fruit, nata de coco dan susu cair ke dalam periuk. Sebatikan. Jangan buka api. 3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. 4. Ambil tepung kastard yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Ia bagi mengelakkan tepung berketul dan menjadikan kuah pekat sempurna. 5. Bila semua bahan sudah menyatu, buka api perlahan dan masak hingga kuah cocktail sebati. Tidak perlu masak lama atau terlalu panas sangat. 6. Sejukkan kuah cocktail terlebih dahulu. 7. Bila sudah sejuk,campurkan ke dalam mangkuk hidangan yang sudah siap diisi dengan campuran buah-buahan dan juga nata de coco. 8. Sebatikan dan sedia untuk dinikmati.
NOTA:
Sukatan bancuhan kuah cocktail memang banyak. Jadi akan puas makan.
Ais boleh diletakkan kemudian bila sudah sedia untuk dinikmati. Caranya ialah masukkan air ke dalam mangkuk dan ceduk cocktail. Barulah dinikmati.
Melalui facebook, seorang wanita yang menggunakan akaun Anys Idayu Zakaria berkongsi resipi Korean Spicy Chicken. Boleh cuba masak time cuti sekolah ni. Walaupun rasanya agak pedas, tapi pasti anak-anak akan suka.
KOREAN SPICY CHICKEN
BAHAN UNTUK AYAM
Kepak ayam
Dua ulas bawang putih (tumbuk)
Setengah inci halia (tumbuk)
2 sudu besar tepung goreng ayam
1 biji telur ayam
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT AYAM
1. Perap ayam dengan bawang putih, halia dan serbuk lada hitam.
2. Kemudian gaul dengan tepung goreng ayam dan telur. Perap selama 15 minit.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ayam yang telah diperap tadi.
4. Angkat ayam dan ketepikan.
BAHAN UNTUK SOS
Minyak masak untuk menumis
Dua ulas bawang putih (tumbuk halus)
5 tangkai cili api (potong halus)
2 sudu serbuk cili
Sedikit kicap manis
Sedikit sos cili
Sedikit air
2 sudu besar madu
Garam dan gula (jika suka)
CARA MEMBUAT SOS
1. Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih dan cili api. Masukkan serbuk cili. Kacau rata.
2. Masukkan kicap manis dan sos cili.
3. Masukkan pula sedikit air.
4. Masukkan madu untuk bagi likat.
5. Masukkan bahan perasa garam dan gula jika suka. Kacau.
6. Masukkan ayam goreng tadi. Gaul rata.
7. Boleh juga goreng bijan tanpa minyak. Taburkan di atas ayam.
Teringin nak makan donut yang sedap? Resipi Donut Pandan Susu yang gebu dan ada wangi bau pandan perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni memang anda kena cuba. Lebih istimewa sebab donut ni ada rasa yang lebih lemak sebab ada guna susu tepung. Memang terbaik! Nak cuba buat untuk minum petang ni? Memang sesuai sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT DONUT PANDAN SUSU
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil garam
500gm tepung roti
11gm yis
10gm bread improver
20gm susu tepung
50gm gula pasir
2 biji telur gred A
80gm mentega atau marjerin
160gm air sejuk
2 sudu kecil pes pandan
Susu tepung atau gula halus untuk salut donat
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk mixer kecuali air sejuk.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang licin.
3. Asingkan kepada doh kecik dan timbang setiap satu 50gm.
4. Bulatkan dan canai sedikit dan ambik penutup botol tekan bahagian tengah doh.
5. Tunggu doh naik sedikit dan boleh di goreng menggunakan api perlahan.
6. Salutkan dengan susu atau gula halus. Sedia untuk dinikmati.
Tengah usha MIXER baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan mesin pengadun terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Teringin lama nak makan nasi goreng Cina. Ada lebihan nasi semalam. Bagi yang tidak suka makan pedas, sesuai masak nasi goreng ni. Tambah minyak bijan lagi enak rasanya. Selain telur, letakkan sayuran ikut cita rasa anda.
Nasi Goreng Cina
Bahan-bahan:
Nasi
5 ulas besar bawang putih (ketuk-ketuk kemudian cincang halus)
2 atau 3 sudu besar serbuk Maggi Cukup Rasa
1 atau 2 sudu besar minyak bijan
Udang hidup
3 atau 4 biji telur
Sayur campur
(Bahan-bahan bergantung pada berapa banyak nasi yang digunakan)
Cara memasak:
Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau.
2.Masukkan udang, biarkan masak sekejap.
3.Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sikit untuk telur masak. Kemudian pecah-pecahkan telur.
4.Masukkan nasi dan sayur campur. Gaul rata.
5.Kemudian taburkan Maggi Cukup Rasa.Kacau sekejap.
6.Masukkan minyak bjian dan kacau lagi.
7.Boleh rasa jika nak tambah lagi serbuk maggi cukup rasa atau minyak bijan. Ikut cita rasa masing-masing.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...