Buat Sendiri Bingka Pandan Lemak Manis, Sedap Makan Panas-Panas.

Share

Bingka pandan kuih yang enak dan mudah membuatnya. Rasanya lemak-lemak manis memang mengasyikkan. Ada sesetengah bingka ini dilihat warnanya kehijauan kerana ia dicampur dengan sedikit pewarna. Untuk kekalkan aroma pandan, sebaiknya tidak menggunakan pewarna.

Perkongsian resipi oleh Amie Samuri buat penggemar kuih ini. Bingka Pandan ni memang selalu dapat permintaan anak-anak.

Memang sedap lembut, cair di mulut. Recomended pada yang nak buat makan-makan, morning coffee hi-tea dan sebagainya.

Bingka Pandan

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan (saya guna 2 kotak kecil santan dan bancuh dengan air jadi 3 cawan)
1 cawan air pandan
3 biji telur
1 cawan gula
Secubit garam
2 sudu besar butter/marjerin/minyak masak

Cara-cara:

1.Blend semua bahan dan masukkan dalam loyang.

2.Bijan untuk taburan atas bingka.

3.Bakar pada suhu 180 selama 1 jam atau hingga masak.


Bijan saya tabur masa 10 minit pertama.

Kredit : Amie Samuri

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN