Buat sendiri bawang goreng memang lagi sedap. Rasanya lain daripada yang kita beli. Bila tabur nasi goreng, soto, lauk dan sebagainya aroma dan rasa bawang garing ini terus membangkitkan selera.
Tapi nak dapat bawang goreng yang betul-betul rangup dan tahan lama kena ada tekniknya. Dengan cara yang betul, bawang goreng bukan saja rangup bila baru digoreng, malah boleh tahan lama tanpa jadi lemau. Kalau buat sendiri di rumah, lebih jimat berbanding beli siap dalam botol.
Buat Sendiri Bawang Goreng Yang Sedap & Rangup
Bahan-Bahan
½ kg bawang (campur bawang merah rose & bawang biasa) – kupas & cuci
Tepung Bestari secukupnya
Tepung jagung (nisbah 2:1 dengan tepung Bestari, bawang berair tak perlu tambah air)
Minyak masak secukupnya
Ads
Cara Penyediaan
1. Kupas bawang, kemudian hiris nipis menggunakan pisau tajam atau penyagat untuk hasil yang sekata.
2. Gaulkan bawang yang telah dihiris bersama campuran tepung Bestari dan tepung jagung. Pastikan bawang bersalut rata.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng bawang yang telah digaul tepung tadi menggunakan api sederhana.
Ads
4. Sentiasa kacau supaya hirisan bawang tidak melekat antara satu sama lain.
5. Bila bawang bertukar warna keemasan, segera angkat dan toskan atas tisu dapur supaya lebihan minyak diserap.
Ads
6. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Tip Rangup, Tahan Lama, Tak Lemau
Hiris sekata: Ketebalan bawang yang sama penting untuk elakkan ada yang hangus atau ada yang masih lembik.
Jangan tunggu terlalu coklat: Angkat bila masih keemasan kerana bawang akan terus masak dengan haba minyak yang tinggal.
Guna bawang jenis kering: Bawang merah ros lebih sesuai kerana rasanya manis dan hasil gorengan lebih rangup.
Simpan dalam bekas kedap udara: Pastikan bawang sejuk betul sebelum simpan untuk elak wap yang boleh buatnya lemau.
Boleh jemur dulu: Untuk hasil lebih rangup, ada juga yang menjemur bawang hiris sekejap sebelum digaul tepung.
Sedapnya Jeruk cili muda ni kalau dimakan dengan aneka mi goreng sebagai penyedap rasa. Jika anda ingin mencuba, berikut resipi dikongsikan. Bukan hanya jimat kerana buat sendiri, tapi anda boleh hasilkan cili jeruk yang rangup, cukup rasa masam, masin dan sedikit manisnya. Anda boleh buat lebih dan ia tahan lama, bila-bila teringin dah ada depan mata, tinggal makan je.
JERUK CILI MUDA BAHAN-BAHAN:
250 gram cili hijau muda
1 cawan cuka makan
4 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
2 cawan air untuk masak cili
1 sudu teh kapur makan
CARA MEMBUAT:
Basuh bersih cili hijau muda dan dipotong serong ketebalan yang seragam .
Lepas siap masukkan dalam bekas, ketepikan.
Larutkan kapur makan dalam air. rendamkan cili selama 1 – 2 jam di dalamnya, kemudian toskan dan basuh bersih sekurang-kurangnya 3 kali untuk hilangkan bau kapur (fungsi kapur adalah untuk rangupkan cili jeruk walaupun sudah lama) .
Didihkan 2 cawan air dan bila telah mendidih tutup api.
Masukan cili potong tadi, kacau rata dalam masa 20 – 30 saat sahaja, jangan terlalu lama nanti cili lembik .
Terus tos cili . Isikan dalam bekas kaca yang telah dibasuh dengan air panas .
Panaskan sekejap cuka gula garam dengan api kecil. Tak perlu sampai mendidih. Cukup sekadar larutkan semua bahan .
Tutup api, teruskan masuk dalam botol kaca yg mengandungi cili potong tadi .
Biarkan 45 minit, cili jeruk sudah sedia dihidangkan. Jika belum sedia dihidangkan, simpan dlm peti sejuk & cili jeruk anda boleh bertahan selama sebulan.
Jangan letakan di luar untuk elakkannya berkulat kerana kita tak guna pengawet .
Buat sendiri sos lada hitam homemade untuk dijadikan sebagai pencicah hidangan anda. Sos lada hitam selalunya enak di makan bersama daging kambing kambar, chicken chop atau kentang lenyek.
SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
2 sudu majerin
2 sudu tepung gandum
2 sudu serbuk lada hitam
2 cawan air
1 ketul kiub ayam
1 sudu gula (pilihan jangan letak kalau tidak suka)
1 sudu kicap pekat
1 tin mashroom hancur (pilihan)
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dan cairkn majerin.
Masukkan tepung gandum, kacau dengan cepat supaya tepung tidak berketul-ketul. Gunakan api sederhana supaya tidak hangus.
Bila majerin dan tepung gandum sudah sebati boleh masukkan air dan selepas itu masukkan kicap. Kicap ni untuk warna sahaja dan kalau suka hitam boleh tambahkan lagi .
Selepas itu masukkan lada hitam dan cendawan. Kacau sehingga sebati dan masukkan kiub ayam. Pastikn hancurkan dulu kiub sebelum masukkan ke dalam.
Perasakan garam, gula dan serbuk perasa. Rasa mengikut selera anda.
Makan nasi ambeng tanpa sambal goreng bagaikan tidak lengkap. Istimewanya dalam sambal goreng terdapat pelbagai bahan antaranya daging, paru ataupun lauk lain. Manakala sayur yang sering jadi piihan ialah kacang panjang . Manakala resipi asli sambal jawa perlu ada di dalamnya suhun, ubi kentang, tauhu fucuk dan tempe. Dikongsikan resipi mudah membuatnya.
Sambal Goreng Jawa
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili besar-hijau & merah
Kentang Tempe Pedal ayam Tauhu
Ikan bilis
Suhun
Garam & gula secukup rasa
Kicap
Cara memasak:
1. Gorengkan semua bahan di atas.
2. Rendamkan suhun.
3. Hiris bawang merah, bawang putih, sikit halia,cili besar merah dan hijau.
4. Tumbuk sedikit ikan bilis.
5.Tumiskan ikan bilis dan bahan-bahan yang dihiris. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan suhun. Kacau. Masukkan bahan yang dah digoreng tadi.
6.Akhir sekali masukkan kicap. Kacau sebati.
Kredit: eiyda aizrish
JIKA NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH BELI DI SINI.
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!