Buat Sendiri Aiskrim Kon Sedap Ala Cornetto Guna Resipi Homemade Ni

Share

Jom buat aiskrim kon ala Cornetto secara homemade. Biasanya kalau aiskrim homemade ni, kita buat dalam bekas sahaja. Kali ni, kita buat aiskrim secara DIY tetapi dalam versi seakan aiskrim yang dibeli di kedai. Nampak sedap dan macam yang dibeli di kedai kan? Saudari Asha Zainudin ada kongsikan resipi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI AISKRIM KON HOMEMADE ALA CORNETTO

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan heavy cream
  • 1 sudu besar susu pekat manis beli online disini
  • Perasa | saya guna stoberi emalco & milo (sukatan ikut suka) beli online disini
  • Kitkat & kacang untuk topping | saya guna kacang cap tangan je beli online disini
  • Milk chocolate | untuk cover beli online disini
  • Kertas pembalut makanan**sukatan ini boleh dapat 15 batang aiskrim

CARA MEMASAK:

1. Cairkan coklat menggunakan teknik ‘double boil’. Pada masa yang sama, cincang kacang dan kerat coklat kitkat menjadi dua.

2. Lipat kertas pembalut makanan menjadi dua. Potong. Pastikan bahagian licin berada di dalam. Kemudian buat kelongsong macam dalam gambar sebelah kiri. Masukkan kon aiskrim di dalamnya dan kemaskan. Letak ‘double sided tape’ di bahagian dalam bawah dan atas.

3. Kelonsong yang dah siap dan lepas di trim. Tegakkan dalam cawan atau apa-apa bekas yang sesuai.

4. Pukul heavy cream sampai soft peak. Lagi senang, lepas baru keluar dari peti sejuk tu  terus pukul. Bila dah soft peak, masuk susu dan pukul rata.  Saya bahagikan adunan kepada dua. Satu milo, satu strawberi. Kaup balikkan sahaja.

5. Dalam kon yang dah bersarung tadi,tuang 1/2 sudu makan coklat cair. B Lepas tu tuang adunan aiskrim. Bekukan 4 jam. Kalau nak letak kitkat, lepas bekukan 2 jam, keluarkan dari peti dan cucuk kitkat tengah-tengah. Kemudian bekukan balik.

6. Selepas 4 jam, tuang 1 sudu besar coklat cair yang dah sejuk (alihkan bekas dari wap air panas) & ketuk perlahan-lahan untuk ratakan coklat. Tabur kacang cincang. Kena buat cepat-cepat ya. Kemudian bekukan kembali selama 2 jam atau hingga aiskrim set.

7. Hasil selepas 6 jam dibekukan. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Asha Zainudin

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN