Anda suka makan salad tapi tak tau macam mana nak buat sos sedap macam makan kat restoran makanan barat tu. Jangan risau sebenarnya sos campuran untuk makanan pembuka selera yang sihat ini mudah sangat disediakan dan ada banyak jenis sos boleh dipandankan ikut kesesuaian bahan salad yang anda semua gunakan. Berikut ada enam jenis sos salad yang boleh anda cuba dan gunakan.
Sos Thousand Island
Sos Tousand Island antara sos popular di kalangan masyarakat Malaysia. Untuk menyediakan secara home made, anda hanya perlu campur manyones, sos cili, tomato, garam, gula, serbuk lada hitam, bawang putih cincang dan sedikit mustard. Kacau sebati, Setelah siap sos sedia dihidangkan bersama salad pilihan anda. Sesuai untuk salad jenis dedaun rangup.
Ads
Sos Blue Cheese
Sos Blue Cheese berwarana putih, teksturnya pekat dan rasa masam. Ia biasa digunakan sebagai sos pencicah untuk makanan bergoreng seperti, kentang atau ayam goreng. Jika ingin menyediakan sos ini di rumah, anda hanya perlu campurkan mayones, susu cair, yogurt, sebuk bawang Holland dan serbuk bawang putih. Kacau rata sebelum sedia dihidangkan dengan makanan yang anda goreng.
Sos Ranch Dressing
Sos ini paling disukai di kalangan masyarakat barat, berwarna putih dan mempunyai rasa khusus yang sedikit masam dan pedas. Ia adalah campuran mayones, jus lemon, bawang putih cincang, garam halus, serbuk lada hitam, buttermilk, bawang Holland, biji sawi, paprika dan herba parsly. Sos ini sesuai untuk sayuran batang dan keras teksturnya. Contoh, brokoli, lobak merah dan timun. Ia juga sesuai dijadikan sos pencicah untuk nachos dan kentang goreng.
Sos Honey Mustard
Sos ini rasanya masam, sedikit manis dan hangat lada hitam, bagi menyediakan sos ini, anda hanya perlu campurkan madu, mustard dengan tambahkan sedikit minyak zaitun. Sangat sesuai disajikan bersama makanan yang ingin digabungkan dengan rasa manis sos tersebut.
Ads
Sos Asian Penut
Sos ini sinonim dengan masyarakat Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Digunakan sebagai kuah sate dan pecal. Jika anda ingin menggunakan sebagai sos salad, tekstur perlu lebih halus. Ia menggunakan kacang tanah goreng kisar, daun limau purut, kicap manis,cili, bawang putih, bawang merah, garam dan gula secukupnya. Rasa sos ini manis pedas yang sedap.
Sos Vinaiaagrette
Sos Vinaigrette adalah sos salad paling mudah disediakan. Ia adalah campurana garam, cuka, serbuk lada hitam dan minyak zaitun atau minyak salad. Rasanya adalah masam dan sedikit pedas lada hitam. Sebagai tambahan dalam salad anda boleh campurkan paprika, hirisan bawang Holland dan jus lemon.
Ads
Walaupun semua sos ini boleh dibeli di pasaraya tetapi sesekali anda sediakan sendiri secara homemade apa salahnya…
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bawang goreng pelengkap dalam hidangan. Makan bihun goreng atau mi goreng, tabur dengan bawang goreng yang rangup jadi tambah enak makanan.Ada saja yang dijual di pasaran tapi tidak sesedap kalau buat sendiri. Malah ada yang kita beli jadi lemau dan keras, bau pun tak enak. Jadi bagaimana nak dapatkan kerangupan bawang goreng yang diinginkan. Langkah ini boleh bantu anda untuk dapatkan bawang goreng yang rangup dan enak.
CARA BUAT BAWANG GORENG RANGUP
Kupas dan potong nipis
Bagi mendapatkan bawang goreng yang rangup, kupas dan potong bawang nipis-nipis. Selain meningkatkan waktu menggoreng, bawang yang dipotong nipis-nipis juga boleh memberikan aroma yang lebih harum jika dicampurkan ke dalam masakan anda.
Masukkan minyak sedalam tiga sentimeter di dalam kuali atau tempat menggoreng.Penggunaan minyak sayur yang mencukupi dapat menjadikan bawang goreng mudah masak serata.
Gunakan api yang sederhana
Api yang terlalu panas menjadikan bawang goreng anda cepat hangit. Bila hangit, makan pun tidak enak lagi.Penggunaan api sederhana sangat disarankan kerana jadi lebih mudah untuk mengawal tingkat keperangan bawang goreng yang dikehendaki.
Selalu gaul-gaul hingga masak
Ketika bawang goreng sudah dimasukkan, selalu gaulkan bawang goreng tersebut. Tujuannya adalah agar panas minyak goreng boleh lebih merata dan tingkat keperangan bawang goreng juga lebih baik. Ketika warnanya sudah menjadi perang keemasan, segera angkat. Bawang goreng yang terlalu coklat atau malah kehitaman hanya akan memberikan rasa pahit jika ditaburkan ke makanan anda yang lain.
Jangan gunakan minyak zaitun
Anda sebaiknya menggunakan minyak sayur dan bukan minyak zaitun untuk membuat bawang goreng. Minyak sayur bekas menggoreng bawang goreng pun boleh anda gunakan kembali untuk menggoreng makanan lain dengan aroma yang lebih enak.
Setelah menggorengnya banyak, boleh simpan di dalam bekas bertutup rapat yang sudah dialas dengan kertas minyak atau tisu. Bagi menjaga kerangupan bawang goreng, bolehlah menyimpan bekas yang berisi bawang goreng tersebut di dalam peti sejuk. Nah bolehlah buat stok nanti.
ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH BELI DI SINI
Ada masanya, bila kita memasak menggunakan daun limau purut akan terasa sedikit pahit. Sebenarnya, pemilihan daun juga penting supaya masakan tidak terasa pahit. Anda perlu perhatikan bentuk daun sebelum memasak. Petua ini dikongsi oleh Nasrah Zamzam. Jom kita baca perkongsiannya.
TIP MEMILIH DAUN LIMAU PURUT
Ada yang kata masak tomyam ke paprik ke apa ke rasa pahit kan? Daun limau purut memainkan peranan penting. Cari yang berbentuk 8. Barulah tak rasa pahit. Yang lebar macam sebelah dia tu, memang agak pahit kalau dibuat masak.
Sudah beberapa kali saya masak menggunakan daun jenis lebar dan masakan pasti akan jadi pahit walaupun dah buang urat tengah. Ada kot silap saya kat mana-mana. Tapi petua pilih daun bentuk 8 memang saya lakukan sendiri, memang campak je tak perlu buang urat.
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh cari DISINI.
Nak tahu cara simpan daun pisang supaya tahan lama? Maklumlah, masakan dan kuih muih melayu banyak menggunakan daun pisang sebagai pembungkus. Selain selamat, ia juga memberikan rasa enak serta bau harum pada makanan yang dibungkus. Lemang, tapai dan lontong antara hidangan raya yang memang guna daun pisang ni.
Bagi peniaga kuih muih seperti Kuih Koci, daun pisang adalah bahan yang wajib ada. Tak ada daun ni, makan tak jadilah kuih kuci. Nak bungkus dengan apa kan?
CARA SIMPAN DAUN PISANG AGAR TAHAN LEBIH SEMINGGU
BAHAN-BAHAN:
Daun pisang
Kain bersih
Kertas surat khabar
Plastik bersih
CARA-CARA:
1. Ambil daun pisang, buang pelepahnya, bersihkan dari kotoran dan layurkan.
2. Potong daun pisang mengikut saiz yang dikehendaki. Jika tak perlu potong, biarkan sahaja.
3. Ambil kertas surat khabar, bungkus kemas-kemas daun pisang tadi.
4. Kemudian simpan bungkusan daun pisang tadi dalam beg plastik yang bersih. Bungkus dan ikat dengan kemas.
5. Simpan bungkusan dalam peti sejuk di bahagian tempat letak sayur.
6. Hasilnya, daun pisang akan boleh tahan lebih dari seminggu. Keluarkan daun masa nak guna.
7. Boleh menjimatkan masa dalam penyediaan kuih. Selamat mencuba!