
Bila dihidangkan menu satay pastinya tak cukup satu cucuk. Paling tidak pun 10 cucuk seorang. Perapan satay sama ada daging mahupun ayam pastikan cukup ramuannya. Barulah sedap rasanya. Rempah ratus yang diperap inilah menaikkan aroma rasa pada satay apabila dibakar nanti.Tip nak dapatkan satay yang cantik berkilat, kena balik-balikkan dan sapukan madu,air,minyak dan serai sikit. Selamat mencuba.
Satay Ayam dan Daging
Bahan-bahan:
* 1kg isi ayam (potong kiub)
* 1/2 kg daging lembu (potong kiub)
* 2 sudu besar jintan manis
* 2 sudu besar jintan putih
* 2 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar serbuk ketumbar
* 14 sudu besar gula putih (boleh tambah/ kurangkan)
* 3 sudu besar gula merah
* Sedikit garam



Bahan kisar:
* 5 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* 2 inci halia
* 4 batang serai
Cara membuat:
1. Kisar bahan kisar dan bahagikan kepada dua bekas untuk ayam dan daging.
2. Perapkan semua bahan-bahan di atas, bahan kisar bersama ayam dan daging
yang dipotong kiub.
3. Sebatikan dan perap semalaman dalam peti ais, lagi lama perap lagi sedap.

4. Cucuk satay dengan lidi dan bakar dalam air fryer selama 40 minit dengan suhu
180-200c
5. Air perapan satay jangan dibuang,boleh diguna untuk kuah kacang cuma tambahkan:
* 10 tangkai cili kering (dikisar dan tumis)
* 1 serai ketuk
* Kacang tanah (digoreng dan kisar)
* Air asam jawa
Masak semuanya sampai pecah minyak perasakan dengan gula dan garam.
Kredit: Riena Eris
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap, Seminggu Sekali Mesti Masak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu Popular! Cuba Rasa Tom Yam Goon, Sup Paling Mantap Dan Luar Biasa.

Tom Yum Goong telah menjadi sangat popular di Thailand sejak beberapa tahun yang lalu. Rasanya sangat mantap dari sup tom yam biasa. Apabila menyentuh mengenai sup Thai, menu tom yum adalah yang paling popular dan tidak dapat disangkal lagi dan ramai yang berpendapat bahawa ia adalah sup yang paling lazat. Penggemar tegar tom yam boleh cuba resipi ini yang lebih berperisa dan mantap!
RESIPI TOM YUM GOONG (UDANG)

BAHAN-BAHAN:
(Hidangan 4 orang)

- Udang bersaiz sederhana 350g, bersama kulit dan kepala
- 4 cawan air (atau gunakan 3 1/2 cawan stok ayam jika tidak menggunakan kulit dan kepala udang)
- 2 batang serai, bahagian bawah sahaja
- 10 hiris lengkuas, dipotong menjadi bulatan nipis
- 6 helai daun limau purut
- Cili Thai (cili padi merah), secukup rasa
- ½ cawan susu sejat cair
- 3-4 cawan cendawan tiram, cendawan jerami, atau cendawan Asia lain
- ¼ cawan Pes Cili Thai (nam prik pao)
- 3 sudu sos ikan
- ¼ cawan air limau nipis
- Segenggam hirisan daun ketumbar
CARA-CARA:
1. Kupas kulit udang dan kepala udang, masukkan ke dalam kuali tanpa air, udang asingkan dahulu. Masak seketika sehingga keluar air udang (stok udang) kemudian tambahkan air.
2. Rebus sehingga mendidih, keluarkan kepala dan kulit.
3. Ketuk serai dan hiris tebal, masukkan ke dalam stok udang bersama daun limau purut dan lengkuas.
4. Tumbuk cili padi Thai dan masukkan ke dalam air rebusan. Jumlah cili padi terpulang ikut pedas yang diingini.
5. Masukkan sos ikan dan kemudian susu cair.
6. Masukkan cendawan kemudian diikuti pes cili Thai. Biarkan mendidih seketika.
7. Masukkan udang dan masak sehingga udang masak lalu tutup api. Udang masak sekejap sahaja.
8. Masukkan air limau nipis (botol atau dari buah limau), kacau dan akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar.
Boleh dihidang bersama nasi, bihun dan koay teow.
*Seeloknya air limau dimasukkan setelah api ditutup untuk mengelakkan tomyam menjadi berketul-ketul (sebab ada susu cair)
*Jika ingin tambah garam, rasa dahulu sebab sos ikan tu dah masin.. saya tak masukkan garam.
*Boleh juga diganti udang dengan ayam, seafood dan lain².. Gantikan stok udang dengan kiub pati ayam.
*Ada perbezaan antara daun sup dan daun ketumbar, daun ketumbar lebih pendek berbanding daun sup, dan berbau kuat. Daun ketumbar lebih sesuai dalam masakan ni, sebab orang Thai gunakan ketumbar dalam masakan. Sekali imbas nampak sama.
*Boleh juga diganti dengan pes tomyam, ikut citarasa masing².
Selamat mencuba! 😁
Silakan share.. Untuk paparan lebih jelas, click HD pada video…
Kongsi resipi: Adeela Alias
https://www.facebook.com/adeela.alias/videos/10216146349749897/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Suka Makan Mangga? Boleh Cuba 4 Resipi Ini Yang Mudah & Sedap!

Mangga bukan hanya enak dimakan mentah dijadikan jus ataupun jeruk, tetapi mangga juga enak diolah sebagai makanan.
Malah rasanya juga tidak mengecewakan, enak dengan rasa masam manis. Tak percaya, ini ada empat menu yang mempunyai campuran mangga dikongsikan oleh Chef Megat untuk anda semua cuba.
AYAM MANGGA

BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil
120-150gm tepung jagung
1 biji telur
2 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
Minyak untuk menggoreng secukupnya
TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese
BAHAN SOS:
5 sudu makan sos plum
½ sudu jus lemon
2 batang cili merah | buang biji & cincang
1 biji bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih |c cincang
¼ sudu teh bijan
50ml air
Garam cukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
TONTON Makaroni Ulam Bakar – Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi
BAHAN SALAD MANGGA:
1 biji mangga muda saiz sederhana | hiris halus
2 batang cili merah | buang biji dan hiris
1 biji bawang besar | hiris halus
CARA MASAK:
1. Untuk membuat ayam goreng; Satukan tepung jagung, garam, dan lada hitam, gaul sebati.
2. Pecahkan telur. Gaul ketulan ayam dengan telur hingga sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Celup ketulan daging ayam ke dalam adunan tepung dan goreng hingga garing.
4. Angkat, tos dan ketepikan untuk membuat sos.
5. Untuk membuat sos; Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili merah.
6. Masukkan sos plum, jus lemon, air dan gaul sebati hingga mendidih. Masukkan bijan. Kacau seketika dan perasakan dengan garam. Tutup api.
7. Untuk membuat salad mangga; Satukan mangga, cili dan bawang besar. Susun salad di atas pinggan.
8. Kemudian letakkan ketulan ayam yang sudah digoreng di atas salad mangga. Akhir sekali, tuangkan sos di atas ayam dan salad mangga. Sedia untuk dihidangkan.
UPSIDE DOWN MANGO CAKE

BAHAN-BAHAN:
340ml mentega
80gm gula perang
30gm dessicated coconut / isi kelapa kering
1 biji mangga masak | potong dadu
230gm tepung kek
4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
290gm gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
260ml susu segar
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MASAK:
1. Pukul mentega, gula perang dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanila. Gaul sebati. Ketepikan.
2. Satukan tepung kek, serbuk penaik dan garam. Setelah itu, masukkan adunan tepung kek secara berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan berisi mentega dan telur tadi.
3. Gaul sebati dan kemudian masukkan isi kelapa kering. Gaul hingga sebati.
4. Sapukan sedikit mentega pada loyang kek saiz 9 atau 10 inci. Taburkan potongan mangga di dasar loyang. Tuangkan adunan kek.
5. Bakar pada suhu 180 ˚C selama lebih kurang 50-60 minit hingga keperangan.
6. Sejukkan dahulu sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
7. Terbalikkan kek, bahagian potongan mangga ke atas. Potong dan hidang.
VANILLA MANGO CUP CAKE

BAHAN-BAHAN:
154gm tepung kek
1 ¼ gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
143gm gula kastor
1 ½ sudu teh esen vanila
85gm minyak jagung
85gm susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN MANGO CURD:
400gm isi mangga
100gm gula kastor
3 sudu makan jus lemon
1/8 sudu teh garam
4 biji kuning telur
30gm mentega
CARA MASAK:
1. Mula-mula, sediakan mango curd dahulu. Isi mangga dikisar hingga halus.
2. Masukkan jus lemon, gula, garam dan kuning telur gaul sebati. Gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk memasak adunan.
3. Masak lebih kurang 15-20 minit hingga adunan memekat.
4. Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati. Simpan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan bila hendak digunakan.
5. Untuk menyediakan kek cawan, panaskan ketuhar 180˚C. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
6. Dalam bekas berasingan, pukul telur sedikit dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.
7. Masukkan esen vanila dan minyak jagung ke dalam adunan dan pukul sebati.
8. Masukkan campuran tepung tadi dan selang-selikan dengan susu segar.
9. Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas acuan kek cawan 2/3 penuh. Bakar lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan.
10. Sejukkan seketika. Buat lubang pada bahagian tengah kek cawan. Picitkan mango curd yang telah disediakan lebih awal. Sedia untuk dihidangkan.
MANGO TART WITH MANGO WHIPPED CREAM

BAHAN KULIT TART:
280gm tepung serba guna
12gm kelapa kering
½ sudu teh garam
3 sudu makan gula
225gm mentega
3 biji telur kuning
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN KRIM MANGGA:
250gm fresh cream/krim putar
50gm mango curd/sri kaya mangga
CARA MASAK:
1. Untuk membuat kulit tart; Satukan tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
3. Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram.
4. Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart. Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika
5. Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart.
6. Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Mudah Sangat Masak Rendang Ayam Jawa, Tak Sampai 1 Jam Dah Siap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cendawan Shiitake Simbol Panjang Umur Asia Timur. Cuba Sajian Sihat Ni

Cendawan shiitake mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Malahan ia dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia Timur. Di Jepun cendawan ini memang sangat popular. Tidak hairan lah warga Jepun ramai warga emas di sana kelihatan sihat dan dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang.
Di kalangan masyarakat bangsawan Jepun meyakini memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.

Shiitake iaitu istilah asli dalam bahasa Jepun berrmaksud cendawan dari pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
Dari segi perubatan ia didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus.

Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.
Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Beritaa baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.
Jom kita cuba 3 resepi dari Cendawan Shiitake dari yang lazat dan mudah ini.
1.CENDAWAN & BROKOLI MASAK SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN :
- 200 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam semalaman
- 200 gm brokoli
Bahan sos:
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 biji bawang besar /dihiris
- Minyak untuk menumis
- Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
- Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli.
5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sayur-sayuran
Keistimewaan : Enak dengan brokoli, sajian yang sungguh menyihatkan
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Anda boleh juga merebus sebentar sayur-sayuran, dan menuang sos kemudian ke atas sayur-sayuran.
2. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN

BAHAN-BAHAN :
- 1 kg dada ayam
- 50 gm serbuk lada hitam
- 30 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam dengan air, dihiris nipis
- 30 ml kicap manis
- 10 gm serbuk kunyit
Bahan dikisar :
100 gm bawang putih
150 gm bawang merah
50 gm halia
CARA MEMASAK :
1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
2. Kemudian goreng ayam separuh masak
3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing.
4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati.
5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.
2.TOFU KUKUS DENGAN CENDAWAN & BROKOLI

BAHAN-BAHAN :
- 350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
- 50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
- 50 gm brokoli
- 1/2 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dihiris
- 4 sm halia | dihiris
- 500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
- 4 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!


