Buat Sandwich Sushi Guna Roti, Kenyang Hingga Tengah Hari

Share

Anda sedang dalam program diet? Pasti pening juga memikirkan menu simple dan mengenyangkan untuk dinikmati. Tak usah pening kepala, jom buat sandwich sushi ni.Bukan sahaja hidangan ini berkhasiat, tapi rasanya juga sedap.Jadi tak bosanlah dengan sandwich yang biasa dinikmati bila diolah sebegini.

SUSHI BREAD SANDWICH

Bahan-bahan:
Seaweed roasted potong 2(yang untuk buat sushi)
Roti gardenia telah dilenyek
Salad secukupnya
Mayonis
Lobak merah yang telah dipotong memanjang
Sosej potong 2/jejari ketam dicelur
Gravvy,topping..lagi banyak lagi sedap
Sos cili
Thousand island/keju
Bijan

Cara membuat:

1.Sapu mayonis pada roti depan dan belakang.
2.Susun roti pada seaweed yang telah dipotong dua.
(Saya pakai 1 1/2 atau 2 keping roti lenyek

3.Susun lobak merah,sosej,salad macam buat sandwich

4.Gulungkan sandwich.
5.Siap sandwich

6.Potongkn lima bahagian

7.Tambahkan topping/sos pilihan
Kredit: Shahrul Bieha

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN