Tengok gambar sahaja dah boleh rasa kesedapan Sambal Belacan ni. Kalau nak tahu ada petua untuk mendapatkan rasa sambal belacan yang sedap. Kalau ikut cara ni, InsyaAllah hasilnya pasti tidak menghampakan. Bolehlah buat stok. Tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk. Nak tahu cara buat Sambal Belacan sedap? Ini rahsianya.
RESIPI SAMBAL BELACAN YANG SEDAP
Ads
BAHAN-BAHAN: 6 biji limau kasturi – dibuang biji 50gm belacan yang telah dibakar 3 biji cili merah 1 biji cili hijau 8 biji cili padi hijau 25 biji cili padi merah 100ml air asam jawa pekat Garam dan gula secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK: 1. Satukan limau kasturi, belacan, cili merah, cili hijau, cili padi merah, cili padi hijau dan air asam jawa. Kisar kasar. 2. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya. 3. Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam bekas bersih, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. 4. Jika ingin menyediakan Sambal Belacan dalam kuantiti yang banyak, boleh gandakan sukatan bahannya.
Ads
PETUA:
Bakar belacan sekejap supaya sambal jadi lebih beraroma.
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Ia adalah petua supaya Sambal Belacan tahan lama.
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (pastikan biji dibuang) akan membuatkan sambal jadi lebih wangi dan sedap.
Semasa mengisar, guna beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Ia adalah petua supaya tidak sakit perut apabila makan sambal.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Gamat seketika di dalam bilik persediaan apabila sos kari tertumpah ke dalam hidangan yang telah siap disusun kemas. Semuanya terjadi akibat rasa gemuruh dan tangan yang ‘shaking’. Namun, segalanya berbaloi apabila nama Aliff Oslan diumumkan sebagai Top 2 bagi Team Selatan. Hilang segala rasa gemuruh dan tidak sangka namanya terpilih ke peringkat separuh akhir.
“Saya memang tak berharap untuk ke peringkat seterusnya kerana ada ramai peserta membawa menu yang lebih menarik. Sejujurnya saya terkejut apabila terpilih ke peringkat yang seterusnya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur,” ujar Aliff Oslan.
Pabila ditanya mengapa berminat untuk sertai Pertandingan JagOH Rasa BABA’S, Aliff akui beliau gemar menghasilkan menu-menu baru yang inovatif sekaligus dapat menambah ilmu dan belajar sesuatu yang baharu.
“Saya memang suka R&D, mengolah menu serta menggabungkan teknik masakan dan menu dari seluruh negara. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengetengahkan menu gabungan masakan Malaysia dan Perancis iaitu Savoury Murtabak Choux Ala BABA’S.
Saya mulakan dengan memilih menu yang sering kita makan dan murtabak adalah pilihan saya. Pada masa yang sama, saya suka buat dessert. Jadi, saya gabungkan choux pastry dengan murtabak dan terhasillah menu ini. Saya cuba untuk kekalkan elemen asli murtabak walaupun hidangan diolah ala Perancis. Alhamdulillah, barisan juri memberi komen yang positif, tambah Aliff lagi.
Adat dalam setiap pertandingan, pastinya setiap peserta mempunyai harapan masing-masing. Begitu juga dengan jejaka berusia 30 tahun yang bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah IPT. Tipu lah jika tidak berharap untuk berjaya di semi final dan layak ke peringkat akhir.
Saya berharap agar dapat mara ke peringkat akhir kerana mahu buat ibu dan ayah saya bangga. Semuanya bergantung pada rezeki. Semestinya sesiapa yang sertai pertandingan mahu berjaya. Begitu juga dengan saya. Wang kemenangan itu saya akan gunakan untuk menunaikan umrah.
Bukan itu sahaja, wang itu juga saya akan gunakan untuk mewujudkan sebuah ‘pit stop’ untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan bekalan makanan serta keperluan pembelajaran sewaktu berada di kolej. Itulah harapan saya.”
SAVOURY MURTABAK CHOUX ALA BABA’S
BAHAN-BAHAN (CHOUX PASTRY):
CARA MEMASAK:
BAHAN-BAHAN (INTI 1):
CARA MEMASAK:
BAHAN-BAHAN (INTI 2):
CARA MEMASAK:
BAHAN-BAHAN (SOS KARI):
CARA MEMASAK:
BAHAN-BAHAN (JERUK TIMUN DAN BAWANG):
CARA MEMASAK:
CARA PENYEDIAAN SAVOURY MURTABAK CHOUX ALA BABA’S:
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dalam dunia makanan yang sentiasa berubah, ada satu perkara yang kekal iaitu rasa yang jujur dari dapur kecil yang penuh jiwa. Itulah yang cuba diketengahkan dalam siri dokumentari Mencari Kedai Lejen, sebuah inisiatif yang bukan sekadar memaparkan makanan sedap tetapi mengangkat kisah di sebalik setiap hidangan yang menjadi kegemaran ramai.
Berbeza dengan kandungan makanan biasa, siri ini membawa penonton menyelami perjalanan sebenar pemilik restoran, dari permulaan yang sederhana, cabaran yang ditempuhi hinggalah kejayaan yang dikecapi hari ini. Ia bukan sekadar cerita tentang makanan tetapi juga tentang semangat, ketabahan dan identiti.
Melalui kolaborasi bersama AstroBiz, Mencari Kedai Lejen menjadi platform untuk meraikan wira kulinari tempatan yang selama ini mungkin tidak mendapat perhatian arus perdana. Setiap episod memberi fokus kepada latar belakang pemilik, kisah jatuh bangun dalam perniagaan serta keunikan konsep dan resipi yang ditawarkan.
Siri ini dimulakan dengan dua restoran yang mempunyai identiti tersendiri iaitu Aunty T’s dan Rezeky Tomyam.
Terletak di Petaling Jaya, Aunty T’s bukan sekadar restoran biasa. Ia bermula daripada dapur rumah, di mana resipi-resipi asli dimasak dengan penuh kasih sayang sebelum dibawa ke peringkat yang lebih besar.
Keistimewaan Aunty T’s terletak pada gabungan masakan India home-cooked dengan sentuhan Barat. Menu seperti Claypot Mutton, Nasi Goreng Mutton dan Mihun Cincai bukan sahaja mengenyangkan tetapi penuh dengan rasa autentik yang sukar dilupakan.
Apa yang menarik, setiap hidangan di sini disediakan menggunakan bahan segar dan rempah asli dari India, dimasak sendiri oleh Aunty T. Ini menjadikan setiap suapan terasa seperti makan di rumah dengan suasana restoran yang santai dan moden.
Bukan itu sahaja, pengalaman menjamu selera di Aunty T’s turut diperkaya dengan hiburan seperti live band serta siaran Astro, menjadikan ia lokasi yang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.
Jika anda peminat masakan Thai, Rezeky Tomyam di Port Dickson merupakan destinasi yang wajib dikunjungi. Restoran ini terkenal dengan hidangan Thai dan Pantai Timur yang menepati cita rasa tempatan.
Dikendalikan oleh pemiliknya, Kak Tetoh, setiap menu di sini adalah hasil olahan resipi asli Thai. Antara menu signature yang sering menjadi pilihan pelanggan termasuklah Tomyam, Shell Out dan Siakap 3 Rasa.
Apa yang membezakan Rezeky Tomyam dengan restoran lain adalah komitmen mereka terhadap kualiti bahan. Bahan mentah dibeli khas dari Pasar Borong Selayang dan dibawa ke Port Dickson untuk memastikan kesegaran dan harga yang berpatutan.
Selain makanan, pengalaman di sini turut dipertingkatkan dengan suasana santai di tepi pantai serta hiburan Astro 24 jam. Ia bukan sekadar tempat makan, tetapi lokasi untuk menikmati masa berkualiti bersama orang tersayang.
Mencari Kedai Lejen bukan hanya tentang mempromosikan restoran, tetapi tentang menghargai usaha di sebalik setiap perniagaan kecil yang berjaya bertahan dalam industri yang kompetitif. Setiap episod membawa mesej bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah. Ia memerlukan pengorbanan, keberanian untuk mencuba dan kesungguhan untuk terus bertahan walaupun berdepan pelbagai cabaran.
Dalam masa yang sama, siri ini juga membuka mata penonton tentang kepelbagaian makanan di Malaysia. Dari masakan fusion hingga ke hidangan autentik Thai, setiap satunya mempunyai cerita tersendiri yang unik dan menarik untuk diterokai.
Inisiatif seperti Mencari Kedai Lejen sangat penting dalam menyokong usahawan F&B tempatan, terutamanya kepada mereka yang bermula dari bawah. Dengan pendedahan yang lebih luas, lebih ramai pelanggan dapat mengenali dan menghargai keunikan setiap kedai.
Nak tahu apa dia kedai-kedai lejen ni? Jom strim siri Mencari Kedai Lejen di YouTube dan selami sendiri kisah di sebalik setiap hidangan yang penuh makna.
Jika anda seorang pemilik perniagaan F&B, inilah masa untuk melangkah lebih jauh. Jom lejenkan bisnes anda dengan AstroBiz dan kembangkan jenama anda ke tahap seterusnya. Daftar sekarang di https://biz.astro.com.my/
Mencari Kedai Lejen membuktikan bahawa makanan bukan sekadar keperluan, tetapi satu warisan yang menghubungkan kita semua.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA yang berlangsung semalam (11 November 2020) memang sangat meriah. Walaupun dilakukan secara atas talian disebabkan pandemik Covid-19 yang membataskan penganjuran secara fizikal, namun ia tidak menghalang para peserta untuk turut serta malah memberikan satu pengalaman baru buat semua.
Bersiaran secara langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran Youtube Maggi® Malaysia, kelas masakan ini dikendalikan oleh Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin yang turut dibantu oleh chef jemputan yang tidak asing lagi di kalangan pembaca RASA iaitu Chef Sue M Arukin.
Gabungan kedua-dua personaliti hebat dalam bidang masakan ini ternyata begitu serasi dan menjadi. Banyak tip serta panduan yang dikongsi sepanjang kelas masakan berlangsung. Malah barisan chef juga aktif berinteraksi bersama penonton dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan, menjadikan suasana begitu meriah seakan berada dalam kelas masakan yang nyata.
Sebanyak tiga resipi telah dikongsi bersama para peserta. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Mana tidaknya, masak menggunakan produk-produk Maggi®. Tentulah hasilnya sangat enak.
Bagi anda yang tidak sempat untuk menyalin resipi-resipi semasa dalam kelas tadi, RASA kongsikan kembali buat anda. Bolehlah cuba masak untuk keluarga tersayang.
1. NASI & SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A (dikisar halus):
BAHAN B:
BAHAN C:
BAHAN D
BAHAN HIASAN:
CARA MEMASAK:
2. AYAM MASAK MERAH (SAMBAL TUMIS)
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
BAHAN B:
CARA MEMASAK:
3. MI MAGGI® GORENG KERABU SEAFOOD PANTAI TIMUR
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Dah dapat resipinya? Nanti jangan lupa untuk mencubanya ya.
Kelas Masakan Online Bersama Maggi ® & RASA ini juga dihangatkan dengan soalan-soalan kuiz yang diajukan oleh para chef. Hadiahnya? Memang hebat-hebat tau. Ada baucar Maggi ® bernilai RM100 dan juga hadiah utama berupa tiket jemputan istimewa ke sesi makan-makan Bersama Datin Paduka Eina Azman.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan tepat dan pantas. Berikut adalah senarai peserta bertuah pada hari ini.
Bagi yang terlepas untuk turut serta dalam Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA, anda boleh tonton menerusi di bawah ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kenali caviar menerusi 10 fakta menarik sempena World Caviar Day. Ketahui mengapa caviar sangat mahal, proses penghasilannya, jenis-jenis terkenal, khasiat serta cara menikmatinya.