Signature Bumi Kenyalang, Resipi Laksa Ini Wajb Cuba!

Share

Buat peminat laksa, laksa Sarawak antara yang wajib yang perlu dicuba bagi meraikan kepelbagaian menu laksa.

Laksa Sarawak ni sejenis mi Chinese juga kerana pada penghujung, rasa seperti laksa kari.

Menerusi perkongsian daripada saudari Keroroyz Royz, walaupun menggunakan bahan yang agak banyak, namun cara buatnya memang mudah. Jom cuba!

CARA BUAT LAKSA SARAWAK (UNTUK HIDANGAN 4-5 ORANG)

BAHAN KUAH:

200g pes perencah laksa Sarawak Hj Manan (beli di shopee)
400g udang | dibuang kulit
150-200 ml santan (ikut selera) – beli online DI SINI
1-2 ketul dada ayam
1-2 batang serai | diketuk – beli online DI SINI


1 kiub ayam – beli online DI SINI
garam (jika perlu) – beli online DI SINI
Sedikit gula – beli online DI SINI
1 liter air

TONTON Istimewa Rasa 20 Tahun:  20 Petua Mudahkan Tugas Di Dapur

TONTON Gerenti Jadi S3 EP3:  Resipi Laksa Lemak Sri Mersing Yang Sedap

BAHAN SAMBAL UDANG KERING

6 biji bawang merah * – beli online DI SINI
2 ulas bawang putih * – beli online DI SINI
Sedikit belacan bakar * – beli online DI SINI
Segenggam udang kering * – beli online DI SINI
10-15 tangkai cili kering * – beli online DI SINI 
*Kisar semua bahan bertanda *
Sedikit air asam jawa – beli online DI SINI

1 keping asam gelugur – beli online DI SINI
Garam & gula
Kiub bilis (optional)
Minyak untuk menumis – beli online DI SINI

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

BAHAN PELENGKAP:

1/2 bungkus mihun | dicelur


400g udang
Dada ayam | dicarik
4 biji telur | didadarkan dan dihiris halus
Fishcake | dicelur & dihiris (optional)
Tauge | dicelur
2 tangkai daun ketumbar | dihiris – beli online DI SINI
Limau kasturi | dibelah dua – beli online DI SINI

[SERTAI PERADUAN MAGGI RASA

]

CARA-CARA:

1. Di dalam periuk, masukkan air, dada ayam dan serai. Bila air mula mendidih, masukkan pes laksa. Biarkan hingga ayam masak, kacau sekali-sekala. Bila ayam masak angkat dan toskan. Carik-carikkan sebagai bahan pelengkap.


2. Masukkan santan. Kacau dan masukkan pula udang dan fishcake. Bila udang dan fishcake masak (4 minit sahaja) angkat dan toskan.
3. Perasakan kuah dengan garam jika perlu, gula dan kiub ayam. Didihkan hingga sedikit pekat. Kuah siap.


4. Sambal udang kering: panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak (macam sambal tumis) perasakan dengan kiub bilis, garam, gula dan air asam jawa.
5. Hidangkan bersama bahan pelengkap dan kuah.

*kalau rajin, rebus kulit udang yang dicuci bersih tu dengan 1 liter air untuk dibuat kuah. Sambai udang kering buat pedas sikit baru ada kick!

Kredit resipi: Keroroyz Royz

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN