Buat Nasi Tomato Ikut Langkah Ni Confirm Elok Menjadi

Share

Rindu nak makan nasi kahwin seperti nasi tomato, jom kita buat. Nak lagi elok menjadi nasi tomato yang dimasak, boleh guna beras Basmathi. Nasi tomato enak dimakan bersama ayam masak merah. Buat lebih boleh sedekah pada jiran tetangga.

NASI TOMATO

 Bahan-bahan:

  • Tumis bahan-bahan dalam kuali, minyak sapi dua sudu besar dan minyak masak 1 1/2 cawan
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
    Dipotong mayang
  • 1 biji buah tomato-potong dadu
  • Daun sup & daun bawang
  • 2 helai daun pandan
  • 3 helai daun salam
  • Rempah 4 sekawan
    Tumis semua bahan-bahan hingga wangi
    Kemudian masukkan
  • ½ cawan tomato soup
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan cili sos
  • Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa

  • 2 kg Beras Basmathi Jasmine pusa cream

  • 2 liter air

Bahan-bahan sampingan dalam nasi

Cara memasak:

1.Bila air dah didih masukkan susu cair 1/2 tin, Beras Basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Bila air dah hampir kering masukkan bahan-bahan sampingan tersebut.

2.Kacau lagi hingga nasi hampir kering. Tudungkan periuk.

3.Kecilkan api dan biarkan mereneh dalam 15 ke 20 minit.

4.Nasi pun dah siap.

Kredit: Nazri Mat Zain

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN