Buat Lepat Sagu Bungkus Guna 4 Bahan Je, Senang &Sedap.

Share

Wah senang sungguh buat Lepat Sagu Bungkus ni, tak banyak guna bahan dan tak perlu cari daun pisang untuk bungkus. Balut je guna plastik, janji rasanya tetap sedap cukup rasa lemak manisnya. Teksturnya yang lembut dan kenyal sudah cukup menggoda rasa bila menjamahnya.


.

LEPAT SAGU BUNGKUS


BAHAN-BAHAN:
70gm tepung Hunkwe
500ml santan
100gm gula pasir
50gm sagu mata ikan warna merah
1 sudu teh esen vanila
3 helai daun pandan
Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus sagu mata ikan dalam air mendidih hingga masak (jernih).
  2. Angkat tapis dan masukkan dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.

.
3. Seterusnya larutkan tepung hunkwe dengan separuh dari santan. Kacau rata dan ketepikan.

.
4., Sementara itu masukkan santan dalam periuk bersama daun pandan, gula, garam dan esen vanilla. Didih atas api sederhana.

.
5. Apabila mendidih, tuangkan bancuhan tepung hunkwe tadi, sambil terus kacau atas api sederhana.

6. Kacau hingga campuran larutan itu sebati dan timbul letupan-letupan kecil. Tutup api.


.

7. Masukkan sagu dan terus kacau hingga sagu sebati dengan adunan.
8. Ambil sesudu adunan tadi dan letakkan atas plastic, kemudian bungkus empat segi. Lakukan hingga habis adunan.
9. Kemudian masukkan dalam pengukukus yang telah sedia dipanaskan.
10. Kulus lebih kurang 30 minit. Setelah Masak, ketepikan.
11. Setelah sejuk Puding Sagu Bungkus sedia dihidangkan.
IKLAN