Keju mozzarella, pasti korang  terbayangkan lelehananya  pada pizza, roti, murtabak kentang atau pisang goreng. Kalau boleh semua makanan nak masukkan keju. Semuanya memang sedap, tapi bila memikirkan harga yang mahal terpaksa berpada-pada membelinya untuk kegunaan dalam dalam atau topping masakan.

Jangan bimbang sebab RASA nak kongsikan  empat cara paling senang macam mana buat keju mozzarella homemade yang sama seperti anda beli di kedai.

Caranya sangat mudah kerana hanya guna tiga bahan saja ye…

Buat Keju Mozzarella Guna 3 Bahan,  Sungguh Senang & Jimat Banyak.

IKLAN

Langkah 1:

  • Sediakan  Bahan-Bahan:
  • 300ml penuh krim
  • 180gm keju cheddar
  • 2 sudu makan tepung ubi

 Buat Keju Mozzarella Guna 3 Bahan,  Sungguh Senang & Jimat Banyak.

Langkah 2:

IKLAN

Campurkan susu dengan tepung ubi kacau rata di dalam periuk. Kemudian rata dan panaskan di atas api sekecil mungkin sambil kacau menggunakan wish untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.

Buat Keju Mozzarella Guna 3 Bahan,  Sungguh Senang & Jimat Banyak.
Grated cheese in a glass bowl

Langkah 3:

 Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan supaya tidak bergentel. Setelah habis masukkan keju terus saja kacau hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit).

IKLAN

 Buat Keju Mozzarella Guna 3 Bahan,  Sungguh Senang & Jimat Banyak.

Langkah 4:

 Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian tuang adunankeju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras keluarkan dan potong ikut saiz yang ada suka dan boleh terus digunakan terus dalam masakan seperti lasagna atau pizza.

Senangkan,  selain mudah disedia, ia juga menjimatkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI