Buat Cendol Sedap Guna Tepung Beras. Mudah & Tak Banyak Bahan

Share

Terasa nak makan Cendol di musim PKP ni? Petang-petang cuaca panas macam ni memang sedap kalau makan cendol sejuk. Kena pula dengan santan dan air gula melaka padu, fuh…laju je hirup. Kalau nak lebih sedap, cubalah buat cendol homemade ni. Pasti lagi mengancam rasanya. Tambah pula sekarang ni musim durian. Tambahlah seulas dua. Lagi padu.

Kalau nak tahu, mudah je buat sendiri sajian ini di rumah. Pasti seronok bila lihat hasilnya. Kos tak banyak, tapi satu keluarga boleh makan. Pendek kata memang puas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak ni

. Sangat mudah. Pekali cuba, pasti akan buat lagi berkali-kali. Selamat mencuba!

 

RESIPI CENDOL HOMEMADE SEDAP BOLEH BUAT GUNA TEPUNG BERAS

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan masak atas api sederhana hingga betul-betul kental.


2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.


3. Gunting hujung piping bag dan pici ke dalam mangkuk berisi air berais. Jika adunan panas, alas piping bag guna kain. Picit hingga adunan habis.


4. Siap! Sedia untuk dinikmati ikut citarasa. Buat cendol durian memang sedap!

Kredit resipi & foto: Najwa Abd Razak

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/20-resipi-kukus-rebus-istimewa-sempena-ulang-tahun-rasa-ke-20/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN