Teringin pula nak makan bakso yang sedap. Kalau beli belum tentu dapat resipi sebagaimana mengikut cita rasa. Jadi yang mengidam nak makan bakso, boleh follow resipi dari pemilik ni kerana dia memang asli dari Indonesia.
Bakso Asli Indonesia
Bahan-bahan:
500gm daging lembu giling
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil garam
90ml air sejuk (air peti sejuk)
1 biji putih telur
5 sudu besar tepung ubi
2 siung bawang putih ditumbuk
Cara memasak:
1.Siapkan mangkuk besar,masukkan tepung ubi dan baking powder.
2.Haluskan/blender daging giling bersama dengan air sikit.Daging yang halus tadi letak bawang putih, putih telur, serbuk lada putih dan garam.Uli sampai sebati.
3.Daging yang diuli tadi campurkan dengan bahan tepung ubi tadi dan uli sampai sebati.
Ads
4.Simpan ke bekas dan tutup bekas dengan plastic dan masukkan dalam peti sejuk 30 minit.
5.Doh dah sejuk sikit, ambil dan bentukkan bulat bakso dan kemudian rebus seketika.
6.Jika bakso terapung itu bermakna bakso dah masak.
Bahan kuah bakso:
6 siung bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3 sudu besar garam
2 liter air
2 batang daun bawang
500gm tulang daging lembu
Cara memasak:
Ads
1.Rebus air hingga mendidih dan masukkan tulang lembu dalam 30 minit, masukkan bawang putih yang sudah dihaluskan,masukkan daun bawang, garam dan serbuk lada putih.
Cara buat sambal bakso:
1.Sepeket cili padi direbus bersama lada kering, kemudian kisar bersama 2 siung bawang putih.
2.Rebus cili yang telah dikisar, masukkan garam, ajinomoto dan gula secukupnya. Tunggu mendidih dan siap sambal sedap meletop.
Jom buat sendiri daging burger homemade! Makanan segera sejukbeku seperti nuget, daging burger, sosej dan sebagainya mengandungi lemak dan garam yang tinggi. Kalau diambil selalu, boleh mendatangkan masalah kesihatan. Malah ia juga boleh menyebabkan berat badan anda naik! Oleh itu, adalah lebih baik jika kita buat sendiri. Sekurangnya anda boleh kawal kandungan lemak serta garamnya. Salah satunya yang anda boleh buat ialah daging burger. Mudah, 100% daging dan tanpa bahan pengawet yang berbahaya. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah. Jom cuba resipi perkongssian saudari Sue Faizah ni.
RESIPI DAGING BURGER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1 sudu makan mentega bergaram (salted butter)
1 biji bawang holland saiz kecil. (kalau saiz besar, guna separuh je)
1 sudu teh serbuk blada hitam
1 sudu teh mixed herbs
500gm daging lembu atau ayam ( tanpa lemak & kulit ) yang dah dipotong kecil
CARA MEMASAK:
1. Kisar telur sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.
3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.
4. Keluarkan bahan kisar dari blender dan masukkandalam acuan untuk bentukkepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)
5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dahbentuk tadike dalam freezer dalam 1 jam. Dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.
ATAU
6. Pilihan 2, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.
NOTA: Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam dalam adunan daging burger.
Kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan amat dinanti dan bermula Ahad ini, umat Islam akan menjalani ibadah berpuasa. Bila datangnya waktu ini, pelbagai nostalgia Ramadan akan diimbau. Ada suka, ada yang kurang gembira. Bermacam-macam kisahnya.
Hari ini dalam episod pertama Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung musim terbaru menyajikan aksi selebriti cantik manis, Elyana dan ibu saudaranya Makcu Zaza yang akan berkongsi resipi berbuka nostalgia beliau setiap kali balik ke kampung halaman.
Ditayangkan di Astro Prima sebentar tadi, Elyana yang ditemani pengacara Awal Ashaari telah berkongsi dua resipi istimewa iaitu Daging Berlado dan juga Bubur Sum Sum. Wow… Nampak sedaplah masakannya. Tak sangka Elyana ni pandai memasak rupanya. Biasa lihat aktif di pentas nyanyian dan lakonan sahaja. Rupanya dekat dapur pun hebat juga aksinya.
Tengoklah juga Bubur Sum Sum tu, sangat menggugat selera. Masak pula guna santan segar, lagilah mantap. Rupanya Awal Ashaari ni tak pernah rasa Bubur Sum Sum ni. Sekali cuba, baru tahu betapa nikmatnya makan waktu berbuka. Tidak dilupa pada Cik Pong dan Adik Comel kerana membawa santan untuk mereka masak. Kalau tidak, kena ke kedai lagi.
Terliurnya… Jadi jangan lupa cuba menu yang Elyana kongsikan sebentar tadi. Mudah dan pastinya enak. Sesuai sangat dijadikan sajian untuk berbuka anda di sepanjang bulan Ramadan ini. Selamat mencuba!
1.DAGING BERLADO
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji cili api merah
500gm daging – direbus, dihiris nipis dan lebar
1 sudu besar serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
2 helai daun limau purut
2 biji limau kasturi
1½ sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
1 cawan air rebusan daging
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili api merah. Ketepikan.
2. Gaulkan daging rebus bersama serbuk kunyit dan goreng didalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan daun limau dan perahan jus limau kasturi. Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
2. BUBUR SUM SUM
BAHAN-BAHAN BUBUR:
2 cawan tepung beras
5-6 cawan air
1 cawan santan pekat
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil pewarna hijau (jika suka)
BAHAN-BAHAN (A): AIR GULA
3-5 ketul gula melaka
2 helai daun pandan
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua sekali bahan-bahan untuk membuat bubur ke dalam periuk. Kacau sebati sehingga tiada ketulan tepung.
2. Buka api perlahan dan masak adunan tadi sehingga likat dan meletup-letup. Bila tepung meletup begitu, ia menandakan tepung telah masak.
3. Jika mahu buat Bubur Sum Sum dua warna, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Asingkan adunan putih ke dalam bekas lain, bakinya tambah sedikit perwarna hijau.
4. Tuang adunan ke dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum dipotong dan dinikmati.
5. Untuk gula merah, masak gula melaka bersama air dan daun pandan. Kemanisannya bergantung pada cita rasa masing-masing.
6. Sejukkan air gula dan hidangkan bersama Bubur Sum Sum.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Selalu makan satay yang dicucuk pada lidi dan dibakar tapi yang ini lain sikit, versi satay goreng.
Menu ini boleh jadi lauk atau buat makan pagi bersama dengan nasi impit. Ataupun dihidangkan pada hari istimewa mahupun majlis keluarga.
Menu satay goreng ini adalah resipi turun temurun dari keluarga Nurhayati Malek dan dikongsi untuk kita turut nikmati keenakannya.
Cara buat satay goreng
Bahan-bahan:
1kg daging batang pinang
10 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 senduk serbuk kunyit
2 senduk gula putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 senduk minyak untuk menggoreng
Sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Hiriskan daging melintang dari uratnya supaya daging lebih mudah empuk. Hiris nipis-nipis.
2. Kemudian cucikan bersih dan toskan airnya.
3. Dalam mangkuk yang berisi daging. Masukkan bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas berserta kunyit. Gaulkan rata. Masukkan sekali dalam satu senduk serbuk kunyit untuk naikkan warna masakan.
4. Masukkan gula dan gaul rata. Ummi selalu pesan kalau nak buat satay ni tak boleh kurang sangat manis sebab satay boleh jadi masam jika gula terlalu sedikit. Cuma jika mahu kurang juga ikut selera masing-masing lah ya.
5. Cuci bersih ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kemudian sangai sampai naik bau. Berbeza tau rasanya berbanding beli yang serbuknya sahaja.
6. Setelah disangai, kisarkan kering sehingga halus.
7. Masukkan ke dalam daging tadi. Gaulkan rata. Tutupkan daging. Perapkan selama lebih kurang 4 jam. Jika mahu biarkan semalaman pastikan simpan dalam peti sejuk.
8. Setelah diperap. Masukkan 2 senduk minyak masak dan gorengkan satay tadi. Tutupkan kuali biarkan sehingga daging empuk. Jangan lupa untuk kaupkan selalu di bahagian bawah supaya tidak hangus.
Nak masak satay goreng memang macam rendang juga. Cuma satay ni akan kering sedikit berbanding rendang.
9. Sementara menunggu satay masak bolehlah rebuskan nasi impit atau ketupat segera. Makan sekali dengan kuah kacang.