Buat Ayam Grill Guna Resepi Ni,Rasa Sama Macam GCB McD

Share

Anda peminat GCB McD? Tak usah buang duit membeli kalau boleh buat sendiri. Menurut pemilik resepi, SuiSan Aliezsha menu ini diolah mengikut bahan yang dirasa sewaktu menikmati GCB McD. Rasanya memang padu. Selain boleh dimakan bersama roti, sedap juga dimakan bersama nasi. Ayam ni sangat lembut,sesuai dihidang untuk keluarga.

GRILL CHICKEN

Untuk ayam:

  1. Peha ayam,buang tulang atau beli dah siap untuk chicken chop.Biasa dekat pasar ada jual. Basuh bersih toskan.

 

Untuk sos:

Bawang putih

1 biji tomato

Sos cili

Sos BBQ

Sos tiram (ayam)

lada hitam

Madu,gula & garam

Buttercup + planta 

Cara memasak:

1.Masukkan sedikit air, blend semua bahan kecuali lada hitam.Lada hitam dikisar halus.

2.Masak butter dan planta kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi.

3.Kacau sampai kuah jadi pekat,pastikan gula, madu semua terasa ,sejukkan.

4.Kemudian perap dalam beberapa minit,lagi lama lagi elok kejadiannya.

5.Bakar dengan api atas bawah 200° selama 60 minit.ikut oven masing-masing.

6.Keluarkan ayam tersebut, grill di atas kuali burger guna api dapur dalam beberapa minit sahaja.

  1. Siap untuk dihidang.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN