Buat Agar-Agar Kering Ketika Musim Panas, Memang Cepat Keringnya

Share

Ketika Hari Raya, antara banyak hidangan biskut raya di atas meja terselit agar-agar kering. Bukan semua orang menghidangkan agar-agar kering ini. Kebanyakannya, orang lama yang gemar membuatnya.

Walaupun pembuatannya mudah, namun proses penjemuran untuk pengeringan itu yang agak mengambil masa. Kalau dibuat ketika musim panas, maka cepatlah proses pengeringannya. Jika hari perayaan jatuh pada musim tengkujuh, maka lambatlah proses pengeringannya.

Jom kita ikuti resipi perkongsian daripada Diana Bt Ismail ini. Mudah saja membuatnya. Sekejap saja prosesnya, dah penuh berbalang-balang.

AGAR-AGAR KERING

BAHAN-BAHAN:

60gm agar-agar tali (direndam dalam air) – Boleh beli online di sini

1500ml air

1500gm gula pasir – Boleh beli online di sini

250gm gula batu (tumbuk hingga sedikit hancur) – Boleh beli online di sini

Pewarna makanan

CARA-CARA MEMASAK:

Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk.

Masak agar-agar sehingga cair.

Kemudian, masukkan gula batu dan gula pasir. Kacau hingga gula larut.

Setelah itu, masukkan agar-agar ke dalam loyang dan tambahkan pewarna. Kacau hingga warna sekata.

Biarkan hingga agar-agar mengeras.

Setelah itu, bolehlah dipotong kecil-kecil memanjang menggunakan alat ini (seperti di dalam gambar).

Kemudian, agar-agar tadi bolehlah dijemur.

Tanda-tanda agar-agar telah cukup kering, warna di luarnya bertukar menjadi putih dan apabila disentuh tidak melekat pada tangan.

Boleh dimasukkan ke dalam bekas-bekas kecil.

Selamat mencuba.

Kredit: Diana bt Ismail

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN