Brownie Cookies Krup Krap Rangup, Gerenti Jadi Rebutan

Share

Jom hari ini kita buat biskut paling mudah dan sedap. Gerenti jadi kesukaan semua. Kena buat banyak ni, sedapnya boleh habis sebalang.

Brownie Cookies

Bahan-bahan:

240g choc beryls coin

80g buttercup

Double boil dulu. Ketepikan

2 biji telur

100g tepung gandum serbaguna atau self raising(ayak)-beli online di sini

120g gula ising-beli online di sini

Cara membuat:

1.Pukul bahan di atas dengan whisk je hingga sebati. Lebih kurang 10minit.

2.Masuk tepung yang telah diayak. Kacau sebati.

3.Bila dah sebati masuk coklat masakan tadi.

4.Kacau rata.Masuk dalam piping beg.

5.Pipe atas mould.Topping ikut citarasa.

6.Bakar 160 darjah selama 25 minit.

7.Siap untuk dimakan.

Kredit: Ieda jahaya

IKLAN