Padat dan meriah! Itulah yang boleh digambarkan suasana di RASA Layan Curry Fiesta yang berlangsung pada 5 hingga 8 September yang lalu di Parking B, Setia City Convention Centre, Shah Alam. Malah kerjasama pertama kali antara portal majalah RASA dan HAVOC ini juga telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dimana seramai 335,000 pengunjung direkodkan telah berkunjung ke fiesta yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia ini.
Kemeriahan fiesta digegarkan lagi dengan booth JALEN yang menawarkan pelbagai promosi hebat buat para pengunjung. Mana tak meriahnya, hanya dengan serendah RM10, pengunjung berpeluang membawa pulang pelbagai produk istimewa JALEN.
Aneka kicap, sos dan kordial minuman, pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Memang kaw-kaw punya promosi. Dekat kedai pun tak akan dapat harga macam ni.
Ads
Bukan itu sahaja, setiap hari abang-abang dan kakak-kakak di booth JALEN menyediakan belon buat kanak-kanak, aneka minuman sejuk dan juga kentang goreng percuma buat para pengunjung. Cuaca panas, dapat pula minuman sejuk, memang kena serbu.
Ads
Istimewa sempena RASA Layan Curry Fiesta, pihak JALEN juga mengadakan Demo Masakan bersama chef professional yang dibawa khas dari Johor iaitu Chef Razak yang berkongsi resipi istimewa yang dimasak menggunakan produk JALEN.Kari Istana dan Daging Masak Jintan. Sangat sedap dan mudah. Chef hanya menggunakan Kicap Lemak Manis JALEN dan tidak menggunakan sebarang bahan perasa yang lain. Sedang elok rasanya. Tak terlebih masin dan manis. Paling penting kena guna kicap keluaran usahawan bumiputera muslim ini. Yang jarang masuk dapur pun boleh boleh masak macam pro.
Ads
Bayangkan dalam masa tak sampai satu jam, menu-menu enak ini dapat disiapkan. Masak memang jadi lebih mudah dan cepat bila menggunakan produk JALEN.
Lepas chef siap masak, para pengunjung dijamu dengan menu-menu Istimewa ini. Teruja habis! Masing-masing seronok bila dapat merasa air tangan chef profesional sampai ada yang minta tambah! Memang terbaik dan ‘sporting’ betul para pengunjung RASA Layan Curry Fiesta ni. Setelah empat hari menggegarkan Shah Alam, fiesta kali ini melabuhkan tirai dengan penuh memori manis dan kenangan indah. Terima kasih yang tidak terhingga buat JALEN kerana sudi bekerjasama dan memeriahkan RASA Layan Curry Festival. Semoga berjumpa lagi di edisi yang akan datang.
Nak tahu cara mudah cuci ketuhar berminyak? Maklumlah, ketuhar jika selalu guna untuk masak macam-macam makanan, pasti akan kotor. Jika dibiarkan, memang susah nak tanggal kesan makanan yang terpercik tu. Namun ada cara mudah sebenarnya untuk anda bersihkan ketuhar tanpa guna banyak tenaga.
Petua yang dikongsi oleh Chef Asma ni memang mudah. Hanya menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur sahaja. Jom cuba. Pasti ketuhar anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru. Selain itu, penjagaan ketuhar juga penting supaya peralatan ini tahan lebih lama dan sentiasa selamat digunakan. Bila ketuhar bersih, makanan pun masak lebih sekata dan wangi tanpa bau hangit.
2 cawan air – lebih pun boleh
2 cawan cuka
1 cawan baking soda @ soda bikarbonat
Kain buruk
Botol spray
Mangkuk
Berus dawai periuk kasar
Keluarkan semua perkakasan dalam ketuhar anda (redai, tray dan sebagainya).
Campurkan baking soda, air dan cuka ke dalam mangkuk. Tujuannya untuk jadikan campuran tu kepada cecair atau pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor. (Masa tuang cuka, bancuhan akan nampak berbuih.)
Sapukan cecair atau pes tadi pada permukaan kotor dalam ketuhar. Baking soda akan bertukar jadi warna perang.
Biarkan selama 12 jam. Kena ikut supaya hasilnya menjadi seperti yang diingini. Kalau tidak, mungkin tahap kebersihan ketuhar anda tidak seperti yang diharapkan.
Cukup 12 jam atau semalaman, ambil kain buruk atau berus dawai kasar dan gosok hingga hilang kesan minyak pada ketuhar.
Lap permukaan ketuhar hingga bersih. Kemudian bilas dengan sabun pencuci pinggan dan spray dengan air bersih.
Kemudian lap dengan kain hingga betul-betul bersih. Hasilnya, ketuhar anda pasti berkilat. Tak perlu beli pencuci yang mahal atau beli ketuhar baru. Cuci ikut cara ni memang sangat berkesan dan memuaskan hati.
Ulang langkah pertama tadi dengan menyediakan pes baking soda.
Sapu pes pada kaca ketuhar dan biar selama 30 minit.
Guna kain buruk untuk lap dan bilas dengan air bersih. Pastikan anda lap hingga kering.
Selain petua di atas, anda juga boleh lakukan beberapa langkah tambahan untuk memastikan proses cuci ketuhar lebih mudah dan hasil lebih memuaskan. Antaranya:
– Elakkan menggunakan bahan yang terlalu kasar pada permukaan kaca supaya tidak meninggalkan calar.
– Gunakan kain microfiber jika mahu hasil lebih kilat ketika mengelap bahagian luar ketuhar.
– Jika ketuhar mempunyai fungsi steam, hidupkan sebentar selepas dibersihkan supaya wap membantu melembutkan sisa kotoran.
Langkah-langkah tambahan ini bukan sahaja membantu menanggalkan minyak degil, malah menjadikan proses cuci ketuhar lebih cepat tanpa perlu ulang banyak kali.
JANGAN switch on ketuhar jika cermin oven masih basah. Pastikan betul-betul kering baru boleh on.
Pastikan bahagian dalam ketuhar juga benar-benar kering sebelum digunakan. Jika tidak ia boleh menyebabkan ketuhar berasap dan jika nasib tidak baik, cermin juga akan pecah.
Jangan simbah air pada kipas ketuhar. Cukuplah sekadar lap hingga bersih sahaja.
Kredit petua cuci ketuhar: Chef Asma Nordin
Dengan langkah-langkah ini, proses cuci ketuhar bukan sahaja menjadi lebih mudah tetapi hasilnya lebih bersih, selamat dan tahan lama. Bila diamalkan secara berkala, ketuhar anda sentiasa kelihatan seperti baru dan tidak lagi berbau makanan lama. Ketuhar bersih, penyediaan makanan pun jadi lebih terjamin. Tak perlu beli ketuhar baru pun. Jaga dengan baik, ketuhar boleh guna lebih lama. Anda pun boleh hidangkan makanan yang terbaik buat keluarga tercinta. Tak perlu lagi makan dekat kedai. Masak sendiri di rumah, lebih sedap dan berkhasiat.
Baca pelbagai artikel best di website RASA serta tonton lebih banyak video tip & trik yang mudah dan berkesan di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official .
Tidak dapat dinafikan bahawa nugget merupakan antara hidangan yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Percaya atau tidak, setiap rumah pasti ada menyimpan sekurang-kurangnya satu pek nugget dan sering menjadi pilihan ibu-ibu yang sibuk bekerja kerana nugget merupakan antara snek yang mudah untuk dimasak dan sedap dimakan.
Ibu-ibu pastinya akan memilih nugget yang premium dan berkualiti tinggi untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Antara jenama nugget yang dipercayai tentunya dari FIRST PRIDE.
Kenapa perlu memilih nugget dari FIRST PRIDE? Ini kerana ia diperbuat daripada bahagian dada ayam sekaligus menjadikan ia sebagai satu pilihan yang lebih sihat dan bersih. Paling penting, Nugget FIRST PRIDE telah diperakui halal dan anda boleh nikmatinya tanpa rasa ragu-ragu.
Bila makan Nugget FIRST PRIDE ini, ia rangup di luar serta lembut dan berjus di dalam. Walaupun diperbuat daripada dada ayam, tekstur nugget ini tidak kering dan kekal berjus. Memang lazat! Patutlah ada yang kata rasa Nugget FIRST PRIDE ini setanding dengan nugget yang dijual di sebuah restoran makanan segera terkemuka.
Didatangkan dengan nugget yang berkualiti tinggi, mudah dan cepat untuk disediakan, Nugget FIRST PRIDE merupakan produk sejuk beku yang boleh disimpan dalam jangka masa yang lama. Jadi, tak perlu risau jika ia disimpan lama di dalam peti sejuk. Bila mahu masak, tidak perlu dinyahbeku. Keluarkan saja daripada peti sejuk dan sedia dimasak. Mudah kan?
Nugget FIRST PRIDE hadir dengan 7 pilihan menarik mengikut cita rasa masing-masing. Antara 4 pilihan yang popular adalah:
FIRST PRIDE Tempura Chicken Nuggets merupakan antara best seller yang hadir dengan rasa nugget asli dan boleh dimakan bersama sos pilihan anda. Jika anda suka makanan yang pedas, boleh cuba FIRST PRIDE Home Spiced Tempura Chicken Nuggets. Cukup lazat dan menyelerakan.
Buat ibu-ibu yang mahukan kelainan, boleh cuba FIRST PRIDE Tom Yum Chicken Nuggets yang menggabungkan rasa pedas dan masam tomyam pada setiap gigitan. Menjadikan ia satu hidangan yang cukup sempurna dan berbeza dari yang lain.
FIRST PRIDE Crispy Chicken Nuggets pula merupakan antara nugget yang menjadi kegemaran anak-anak. Nugget yang disalut dengan serbuk roti ini memang extra rangup dan sesuai dijadikan sarapan pagi dan juga snek minum petang.
Nugget FIRST PRIDE boleh didapati secara dalam talian iaitu di platform Shopee, Lazada dan Pandamart dan juga di pasaraya berhampiran. Dapatkannya segera!
Adik-adik ada yang berminat nak sambung belajar dalam bidang kulinari? Ni min kongsikan 10 institusi pengajian yang menawarkan program kulinari termasuk roti dan pastri. Bukan setakat teori tetapi yang mengujakan tamat pengajian nanti adik-adik dah pun menjadi tenaga mahir.
Institusi-institusi yang Min kongsikan ni bukan sahaja untuk pelajar cemerlang akademik sahaja, tetapi ada juga institusi yang menyediakan ruang pelajar untuk mereka yang keputusan biasa-biasa aje. Ia hanya memerlukan sijil berhenti sekolah.
Semak senarai ni dan pilih yang mana sesuai,jangan tak pilih. Cerah masa depan dik…
1 . INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN)
LOKASI : KM 34, Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Melaka adalah salah satu daripada 22 buah Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan ( (ILKBS). Belia-belia lepasan sekolah yang berumur 18 hingga 30 tahun boleh mohon. Semua pelajar boleh pohon tak kira apa keputusan peperiksaan.
Di sini adik-adik boleh pilih samada latihan menjadi menjadi tenaga mahir dan separuh mahir. Kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang Hospitaliti adalah Penyediaan Makanan, Penyediaan Pastri, Penyediaan Roti dan Penyajian.
Tahap tertinggi pengajian adalah ditawarkan sehingga tahap 5 (Diploma Lanjutan) bagi kursus Penyediaan Makanan dan Penyajian dan tahap 4 (Diploma Teknologi) bagi Penyediaan Pastri dan Penyediaan Roti.
2. SEKOLAH HOSPITALITI DAN PELANCONGAN (SHP). KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR (KYPJ)
LOKASI : Kampus Induk KYPJ, Kilometer 16, Jalan Kulai-Kota Tinggi, 81000 Johor
Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan (SHP) KYPJ sebelum ini dikenali sebagai Institut Hospitaliti YPJ ni dah 21 tahun penubuhannya. SHP ketika ini mempunyai seramai 1.100 pelajar dari seluruh negara daripada keseluruhan 2,800 pelajar di kampus Induk KYPJ.
Ia menawarkan tiga program dalaman peringkat Diploma diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bidang-bidang yang ditawarkan ialah Diploma Pengurusan Perhotelan, Diploma Seni Kulinari dan Diploma Perkhidmatan Makanan (Makanan Halal) dengan syarat kemasukan lulus SPM dengan tiga kredit dalam mana-mana subjek atau lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 serta lulus SPM sekurang- kurangnya satu kredit.
3. GIATMARA HULU LANGAT
LOKASI : GIATMARA HULU LANGAT ,NO 65,66,67 Jalan Prima Saujana, Taman Prima Saujana ,Kajang, Selangor.
Usah putus asa jika keputusan SPM tidak cemerlang.Terdapat pelbagai pilihan pendidikan kemahiran boleh dilakukan berdasarkan minat dan cita-cita yang boleh memenuhi keinginan pelajar.
Di GIATMARA, syarikat milik penuh MARA menawarkan latihan kemahiran kepada bumiputera. Objektifnya kini diperkasakan untuk melahirkan tenaga mahir negara, mewujudkan usahawan dan mengatasi kemiskinan. Syarat kemasukan tiada had umur dan terbuka kepada Bumiputera berumur 15 tahun serta boleh 3M (membaca, menulis dan minat).
Terdapatn 84 jenis kursus sepenuh masa termasuk kulinari. Kursus yang ditawarkan adalah secara percuma di antara enam hingga 12 bulan. Ia bukan sahaja mensasarkan golongan belia malah individu yang tidak dapat meneruskan pembelajaran akademik . Malah turut membuka peluang kepada mereka mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat kerja dan juga untuk menceburi bidang keusahawanan.
Secara keseluruhan terdapat 16 Pusat GIATMARA di seluruh Malaysia yang menawarkan kursus Masakan dan Pramusaji selama enam bulan (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Dua).
4. SG ACADEMY
LOKASI : SG Academy, Ibu Pejabat :Putra Majestic Business Centre, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur Cawangan : SG Academy Sarawak : Lot 208 Muara Tuang Lamd Distict, Kuching, Sarawak
SG Academy adalah sebuah pusat bertauliah kemahiran swasta dengan pelbagai program kemahiran selaras dengan permintaan industri terkini. Di antara program yang disediakan adalah Diploma dan Sijil dalam Servis Makanan dan Minuman, Diploma dan Sijil dalam Penyediaan Makanan serta Diploma dan Sijil Pembuatan Pasteri di samping program-program yang lain.
SG Academy menyediakan fasiliti latihan terbaik dan persekitran kondusif latihan kemahiran di dalam kesemua pusat latihan kemahiran . Disebabkan itu SG Academy dianugerahkan taraf 5 bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk tahun 2013
5. ACCELSKILL ACADEMY
LOKASI : WISMA ACCELSKILL, 491 Plaza Melaka,Jalan Hang Tuah, Melaka
AccelSkill Academy adalah pusat bertauliah yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Terletak di bandaraya bersejarah Melaka, akademi ini telah beroperasi sejak 2009.
Program dan kelas yang ditawarkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3 dalam Penyediaan dan Pembuatan Makanan dan juga Culinary Skills (City & Guilds).
6. KAGUMAS CULINARY ACADEMY
Lokasi : Lot 18, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 19, Bandar Baru Bangi ,Selangor Darul Ehsan
Kagumas Culinary Academy telah diasaskan oleh Hj Harun Nordin (FCIM) pada tahun 2008 berbekalkan pengalaman beliau dalam bidang perhotelan dan hospitali selama 21 tahun.
Istimewanya kolej ini bukan sahaja dibuka untuk pelajar biasa tetapi juga anak-anak ‘slow learner’ (OKU). Ia menawarkan program Sijil dan Diploma (City & Guilds, UK) yang terdiri daripada Sijil Penyediaan dan Pembuatan Makanan serta Diploma Seni Kulinari/ Seni Pastri. Senang dipelajari dan mudah serta praktikal.
Penyertaan terbuka kepada pelajar berusia 16 tahun ke atas dengan kelulusan PMR.
7. UNIVERSITY TAYLOR’S
Lokasi :1,Jalan Taylors, Subang Jaya, Selangor.
Pusat Pengajian Seni Kulinari dan Pengajian Makanan adalah sebahagian daripada Fakulti Pengurusan Hospitaliti, Kulinari dan Pelancongan, Universiti Taylor’s, yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Ia telah ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu pada tahun 1986 dengan kerjasama University of Toulouse- Jean Jaurès, yang merupakan universiti kedua tertua dan terbesar di Perancis.
Program yang ditawarkan adalah Diploma in Culinary Arts, Advanced Diploma in Patisserie and Gastronomic Cuisine, dan bagi mereka berkelayakan boleh menyambung ke peringkat Bachelor of Culinary Management (Hons) Bachelor of Science(Hons)(Culinology) dan Master of Philosophy (Food Studies).
8. MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY (MSU)
ALAMAT : :University Drive, Off Persiaran Olahraga, Shah Alam, Selangor.
Management & Science University (MSU) sebuah institusi tinggi berkaliber dan mendapat pengiktirafan antarabangsa menawarkan program-program hospitaliti dan pelancongan untuk memenuhi keperluan terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang berkenaan.
Melalui School of Hospitality and Creative Arts atau Sekolah Hospitaliti dan Seni Kreatif (SHCA), MSU menawarkan pelbagai program pengajian diperingkat sarjana muda dan diploma secara sepenuh masa dan pembelajaran fleksibel bagi golongan bekerja.
Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan dan berkait dengan industri hospitaliti,, pelancongan dan kulinari adalah Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan serta Seni Kulinari dan Seni Pastri.
9. FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA (FIM)
LOKASI : 41-51, Jalan SS 6/12, Ss 6, Petaling Jaya, Selangor
FOOD INSTITUTE of MALAYSIA (FIM atau Institut Makanan Malaysia) bertujuan untuk melatih pelajar menjadi seorang profesional dalam Industri Hospitaliti. FIM mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Januari 2003 dan mula beroperasi pada tahun yang sama.
Di antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah : Diploma Seni Kulinari Diploma Pastri dan Bakeri Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan Diploma Pengurusan Hotel Diploma Pengurusan Pelancongan Kursus-Kursus Jangka Pendek Semua kursus diploma telah mendapat akreditasi penuh MQA.
10.MALAYSIAN FOOD (AUTHENTIC) COLLEGE (MFA)
Lokasi : Unit C-1-28 Blok C, Pangsapuri Spring Villa, Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana, Ampang, Selangor Darul Ehsan
MFA Education Sdn Bhd dahulunya dikenali sebagai Bakeri Ria Academy Sdn.Bhd telah ditubuhkan pada Februari 2007. Pengurusan syarikat diterajui oleh Chef Datuk Mohd Farid Alwi .Kolej ini juga membuka langkah murni dengan menawarkan tempat untuk pelajar-pelajar dari golongan tidak berkemampuan dan miskin menimba ilmu kulinari di sini. Jadi jika keluarga kurang kemampuan usah bimbang.
Di antara pengajian yang disediakan adalah latihan bakeri dan pastri SKM (Sijil Kemahiran Malaysia ) Tahap 2 dan 3, latihan penyediaan makanan (kulinari) SKM tahap 2 & 3 serta program dan latihan keusahawan makanan. Latihan keusahawanan ini menyediakan kursus jangkapendek.
ANDA BERMINAT MENCARI GRILL ELEKTRIK UNTUK MEMANGGANGS MAKANAN, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI VIDEO MASAKAN BERSAMA SIS MAS INI :
Daging Goreng Cili Padi yang pedas, beraroma dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua untuk menghasilkan daging yang lembut serta sambal yang padu dan menyelerakan.