
Bila tiba hari raya pastinya lauk pauk , biskut dan kek menjadi kemestian untuk menjadi penyeri di kala musim perayaan. Ada di antaranya menu ini menjadi juadah wajib yang mesti ada di meja santapan. Jom semarakkan raya anda dengan kuih kegemaran.
Biskut Semperit
Bahan-bahan:
250gm butter
2 biji kuning telur
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung kastard
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
ceri merah secukupnya (utk 90 – 100 biskut )
Cara memasak:
1. Kacau butter,gula,telur, & esen vanilla kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu
2. Masukkan semua jenis tepung, sedikit-sedikit dan uli hingga jadi doh
3 .Terap menggunakan acuan semperit,dan hias dengan ceri merah
4. Akhir sekali,bakar pada suhu 180’c api atas bawah selama 15 -20minit
Nota:
1. Sukatan 1 cawan= 100gm
2. Warna tepung kastard memainkan peranan kepada keserian biskut. Pilih jenama tepung kastard yang berkualiti.
3. Petua supaya bunga tak jatuh selepas bakar,letakkan aduan yang sudah diterap dibawah kipas biar terkena angin selama 15 minit
TART LABU
Bahan-bahan:
100gm mentega/butter
100gm margarine
70gm gula halus
3 kuning telur
280gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm susu tepung
Jem nanas, bulat-bulatkan seberat 6 gram.
Cara memasak:
- Mentega, marjerin, gula dan kuning telur dipukul sebentar hingga rata. Gunakan sudip kayu dan jangan kacau terlalu lama.
- Masukkan susu, tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak. Kacau menggunakan sudip kayu.
- Timbang doh 12 – 15 gram.
- Isi dengan jem nanas dan bentukkan seperti labu menggunakan penyepit.
- Bakar suhu 160 C selama 15 minit. Keluarkan dan gliss dengan bancuhan kuning telur dan sesudu susu cair. Rehatkan 10 minit baru sambung bakar hingga golden brown.
Kredit resipi & foto : Rozita Hasan
Ada yang nak shopping barangan rumah? Boleh layari https://invol.co/cloqny
Cara Mudah Masak Puding Roti Sos Kastard Sedap Guna Air Fryer
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Lauk Sotong Goreng Kunyit Berkuah Untuk Yang Sibuk

Kehidupan seharian ada kala membuatkan kita dah penat nak memasak. Jangan risau, RASA kongsikan resipi lauk yang simple tapi sedap nak dimakan. Balik ke rumah selepas seharian bekerja, memang meletihkan. Nak masak macam-macam memang tak sempat. Nak senang, masak je sotong macam ni. Settle makan malam.
SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH
.
BAHAN-BAHAN
• 3 ekor sotong sederhana besar
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• Minyak masak untuk menumis
• 1 biji bawang besar (dipotong nipis membulat)
• 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
• 10 biji cili padi (diketuk)
• 1 sudu besar sos tiram
• 1/2 kiub pati ayam
• 1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
• Sedikit air
• 1 sudu besar kicap lemak manis
CARA MEMBUAT
1. Siang sotong, buangkan kulitnya. Bersihkan dakwat, mulut dan matanya. Kemudian potong kecil membulat, bersih dan toskan.
2. Sediakan sotong. Gaulkan bersama garam dan kunyit, perap dan ketepikan sebentar.
3. Sediakan bahan-bahan lainnya.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali. Anggaran 3 sudu besar. Masukkan sotong yang telah diperapkan tadi. Kacaukan sebentar.
5. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi. Gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
6. Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam. Kacau.
7. Tuangkan sedikit air dan masukkan juga kicap lemak manis. Kacau dan biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
8. Matikan api dan bolehlah dihidangkan.
Resipi Oleh Asyraf dari Telegram KakiMakan
5 Snek Barat Segera, Buat Sendiri Kan Lagi Sedap

Snek barat memang sungguh mengenyangkan. Boleh pulak dibuat makan tengahari dan juga malam. Makanan segera ni sebenarnya tidaklah sukar sangat dibuat.Jika diperhati kepingan burger dan sosej buatan sendiri lebih berkhasiat dan sedap berbanding jika dibeli yang sudah disejukbeku dan diproses. Gerenti bersih tanpa pengawet.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh tenaga pengajar di SG Academy, Kuala Lumpur, hasil idea Chef Muhammad Aizat Sha’rani, Chef Nadzirah Abdul Razak dan Chef Faibus Anak Kandau.
1. HOTDOG U.S VERSION
BAHAN-BAHAN:
Bahan sosej :
- 1 kg isi ayam
- 1 sudu teh garam
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh thyme
- 1/2 sudu teh oregano
- 3 tangkai cili kering
- 1 cawan stok ayam
*Menghasilkan 4 biji sosej yang besar
- 4 biji roti sosej
- 30 gm daun salad
- 1biji tomato
- 2 biji jeruk timun
- 1 biji bawang Holland
- Kepingan keju
- Sos cili secukupnya
- Mayonnaise secukupnya
- Sos mustard secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak sosej :
- Mula-mula satukan bahan-bahan membuat sosej. Kisarkan dalam mesin pengisar hingga halus dan sebati.
- Kemudian masukkan bahan kisar tadi dalam piping beg dan gunting di hujung atas bekas yang sesuai.
- Sediakan pembalut plastik (cling film) untuk kita picitkan bahan kisar tadi ke atasnya.
- Seterunya gulung kemas , simpulkan hujung pembalut plastik tadi hingga ketat dan padat. Ikat kuat kiri dan kanannya.
- Didihkan air dan rebus sosej berbalut tadi dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk sebentar .
- Biarkan seketika.
Cara penyediaan hot dog:
- Panggang sosej tadi hingga masak
- Hiris tomato, jeruk timun
- Hiris bawang holland
- Letakkan dan lapiskan salad, hirisan tomato dan jeruk timun ikut citarasa
- Akhir sekali letakkan sos cili, mayonnaise dan sos mustard dan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak: Panggang
Jenis masakan: Street food Amerika Syarikat
Keistimewaan:Mudah disediakan dan sesuai untuk bila-bila masa sahaja.
Info chef : Sosej yang dibuat sendiri lebih berkhasiat dan terpelihara dari bahan pengawet dan perisa
2. ITALIAN PIZZA MAGHERITA
BAHAN -BAHAN:
Bahan doh pizza :
- ½ cawan air suam
- 1sudu makan yis
- 1 sudu teh gula
- 2 cawan tepung gandum | diayak
- ½ sudu teh garam
- 1 sudu kecil pelembut roti
- 2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
Bahan sos pizza :
- 1 sudu makan mentega | untuk menumis
- 50 gm bawang holland | dicincang halus
- 100 ml puri tomato
- 1 sudu makan pes tomato
- 1 sudu teh oregano kering
- 1 sudu teh thyme kering
- ¼ sudu teh garam
- ½ sudu teh gula pasir
- 1/8 sudu teh serbuk lada sulah
- 100 g keju mozzarella | diparut halusBahan topping :
- 50 gram daun basil
- Sedikit paperoni | ikut suka
- Keju mozarella secukupnya
- 1/2 sudu kecil minyak zaitun
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh :
- Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan sehingga berbuih(lebih kurang 15 minit)
- Di dalam bekas lain, gaul tepung bersama garam dan pelembut roti
- Masukkan minyak dan yis tadi. Uli sehingga menjadi doh(boleh tambah atau kurangkan air mengikut kesesuaian)
- Sapukan bekas besar dengan minyak. Perap doh lebih kurang 60 minit atau sehingga naik kali ganda.
- Bahagikandoh kepada dua bahagian. Canai doh menjadi leper dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang sesuai.
- Siapkan dulang pembakar pizza, tabur dengan sedikit tepung gandum.. Nipiskan adunan dan rehatkan kembali 15 minit.
- Sapu permukaan dengan sos pizza hingga rata.
- Letakkan bahan topping, taburkan peperoni , keju mozarella dan daun basil. Renjiskann dengan minyak zaitun.
- Bakar di dalam oven panas bersuhu 200 darjah Celcius selama 25 -30 minit.
- Keluarkan dan pizza sedia dihidang.
Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 40 minit hingga 1jam
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Pizza Itali
Keistimewaan: Roti pizza yang lembut dan kerak pizza yang rangup
Info chef : Anda boleh meletakkan topping kesukaan anda, seperti buah zaitun, ayam, nenas, lada benggala, hirisan tomato dan sebagainya.
3.TACOS
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- 2 keping dada ayam (isi ayam) | dipotong dadu
- 3 sudu makan taco seasoning
- 1 biji bawang Holland | dicincang
- 1 lada benggala atau jalapeno (jika ada) | dicincang
- 1 biji tomato | dipotong dadu
- 2 sudu teh minyak zaitun @ mentega
- 1 biji buah avokado | dicincang
Bahan taco seasoning :
- 1 sudu besar serbuk cili
- ¼ sudu teh serbuk bawang putih
- ¼ sudu teh serbuk bawang merah
- ¼ sudu teh crushed red pepper flakes/ atau cayenne pepper
- ¼ sudu teh dried oregano
- ½ sudu teh paprika
- 1 ½ sudu teh serbuk jintan putih (cumin)
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- *Digaulkan sekali
Bahan roti tortilla :
- 2 cawan tepung gandum.
- 3 sudu besar minyak sayur atau shortening.
- ½ sudu teh garam.
- 2/3 cawan air suam
CARA MEMASAK :
Cara memasak inti :
1. Masukkan minyak di dalam kuali di atas api sederhana, setelah panas, masukkan bawang. Masak bawang hingga menjadi lembut.
2.Masukkan lada benggala atau jalapeno dan masak lebih kurang 3 minit.
3.Setelah itu, masukkan ayam dan masak hingga cecair di serap oleh ayam (masak sehingga kering).Masukkan taco seasoning. Masak lebih kurang seminit, angkat dan sedia untuk dimasukkan ke dalam kepingan tortilla.. Anda juga boleh beli tortillasiapdi pasaraya
4. STEAK BURGERS
BAHAN-BAHAN:
Bahan buat daging burger :
- 500 gm daging lembu | sudah dikisar
- 1/2 biji bawang besar | didadu kecil
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- 1 sudu teh mixed herb
- 30 gm serbuk roti
- 2 sudu makan susu
- 4 biji roti burger
- Jeruk timun secukupnya
- Salad secukupnya
- Hirisan tomato secukupnya
- Hirisan bawang holland
- Beberapa kepingan keju
- Sos mustad | ikut suka
- Sos cili dan tomato | ikut suka
- Mayonnaise secukupnya
CARA MEMASAK :
- Tumiskan bawang yang didadu dengan sedikit minyakl sehingga kekuningan. Ketepikan.
- Campurkan susu ke dalam serbuk roti. Gaulkan..
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar. Gaul sebati
- Bahagikan kepada 4 bahagian.
- Ambil satu bahagian dan bulat-bulatkan. Balik-balikan kepingan burget atas tapak tangan untuk keluarkan angin.
- Panaskan 2 sudu makan minyak masak di atas kuali. Letakkan kepingan burger.
- Goreng hinggabahagian bawah daging masak.Balikkan daging, masukkan sedikit air di dalam kuali dan tutup kuali.
- Masak sehingga semua air sudah diserap dan cucuk daging dengan lidi. Bilajus yang keluar daripada daging jernih maksudnya daging burger sudah
- Letakkan tomato,salad, jeruk timun , bawang holland ke dalam roti burger dan letak daging burger dan lapiskan keju. Tuangkan sos tomato/cili dan mayonaise akhir sekali letak sos lada hitam.
- Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang
Waktu memasak:30 hingga 45minit
Cara memasak: Panggang
Jenis masakan: Snek makanan segera, Amerika Syarikat
Keistimewaan:daging burger yang enak dan berjus
5.PRETZELS
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan susu segar
- 1 1/2 sudu makan yis
- 6 sudu makan gula perang
- 4 sudu makan mentega | lembutkan pada suhu bilik
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil garam halus
- 1/3 cawan baking soda
- 3 cawan air suam
- 8 sudu makan mentega | dicairkan
- Garam kasar secukupnya
CARA MEMASAK:
- Suamkan susu dalam ketuhar mikroatau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)
- Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
- Masukkan mentega dan gula.
- Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
- Uli dengan mixer dengan cangkuk dohk, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.
- Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
- Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
- Panaskan oven dalam suhu 230 darjah celcius
- Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.
- Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.
- Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment
- Renjis dengan garam kasar.
- Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
- Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
Saiz hidangan: 12 biji
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Berasal dari Itali , popular di German
Keistimewaan: Sedap dihidangkan dengan sos cicah seperti sos karamel, coklat, serbuk kayu manis bergula dan krim keju bawang putih.
Info Chef : Anda juga meletakkan ‘topping’ seperti keju parmesan, serbuk kayu manis, coklat, butter scoth dan lain-lain
RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU
TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
5 Koleksi Masakan Daging Paling Popular Dan Sedap Pilihan Ramai.

Isi Kandungan
ToggleBagi peminat hidangan daging, RASA senaraikan 5 resipi daging yang popular yang selalu di pesan kalau makan di restoran. Bagi mereka yang belum pernah cuba masak boleh cuba memasak mengikut pelbagai resepi daging yang dikongsikan. Selamat mencuba.
1. DAGING MERAH ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
- 300 g daging
- 1 sudu makan cili kering kisar
- 1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2
- 3 ulas bawang putih ( dipecahkan )
- 4-6 ulas cili padi (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
- 2 -3 sudu besar sos cili ( tambah sos jika mahu kuah lebih )
- 2 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos ikan (sos sotong/ nampla pun boleh)
- 1 biji buah tomato ( di potong 6-8 )
- Cili merah/ cili hijau untuk hiasan
- Daun ketumbar ( di hiris )
- 3-4 Helai daun limau purut
- Sedikit minyak masak/zaitun
CARA MEMASAK:
1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang dan daun limau purut
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.
2. DAGING GORENG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
- 800gm daging
- 5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
- 1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
- 2 sb sos tiram 2 sudu besar
- Garam secukup rasa
- Mentega
BAHAN UNTUK SOS:
- Serbuk cili Thai
- Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
- 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
- 2 sb air limau nipis
- 3 sb air asam jawa
- Kicap sotong / sos ikan
- 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
- Daun ketumbar dan daun bawang
CARA MEMASAK:
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Kongsi resipi: Azahari Abdullah
3. DAGING GORENG KUNYIT CARA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 4 ulas bawang besar |dihiris
- 2 ulas bawang putih |dihiris
- 2cm kunyit hidup |ditumbuk lumat
- 4 tangkai kacang panjang |dipotong sepanjang 2.5cm
- 1 bijicili merah |dihiris
- 4 biji cili api
- 2 sudu teh garam
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Rebus daging sehingga empuk. Kemudian hiris nipis-nipis. Perap daging dengan serbuk kunyit dan garam.
- Kemudian goreng daging sehingga masak dan garing. Angkat sebentar.
- Kurangkan minyak, masukkan hirisan cili merah, cili api, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat.
- Setelah naik bau, masukkan daging bersama kacang panjang . Gaul hingga sekata dan perasakan dengan garam secukupnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih panas
4. DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging
- 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
- Gula pasir/gula Melaka
- 1 sudu kecil air asam jawa
- 1 Bawang besar mayang – hiasan
Bahan (dikisar):
- 10 batang serai
- 10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
- Sejengkal halia – 4 ke 5 inci
- 3 biji bawang besar kuning
- 6 biji buah keras
- 1 labu bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
- Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit: delimazamrud.my
5. DAGING BISTIK
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg daging batang pinang (dipotong kiub)
- 1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
- 4 sudu besar tepung gandum
- 4 sudu besar marjerin
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4 cm kulit kayu manis
- Bahan perasa
- Kacang pis untuk hiasan
Bahan (kuah):
- 300 ml air
- 5 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar cili boh
- 1 sudu besar tomato puree
- 1 kiub stok daging
Bahan (dikisar):
- 1 biji bawang besar
- 6 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Gaul daging batang pinang bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.
- Perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
- Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.
- Masukkan daging tadi dan goreng hingga perang. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian,masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama dan tumiskan sehingga naik wangi.
- Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang separa empuk.
- Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.
- Setelah itu,masukkan bahan perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan.
Siap untuk dihidang.
Kredit: seribu-resep.blogspot.my