Bila Customer Buat Permintaan Pelik-Pelik, Abang Panda Ikut Saja

Share

“Comel la lari ikut customer punya permintaan.”

Demikian antara komen warganet terhadap satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, yang memaparkan gelagat seorang rider FoodPanda yang sabar melayan permintaan pelanggan.

 

TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI: Sambal Tumis Sardin

TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung

 

Menerusi video berkenaan, rider tersebut berlari sekuat hati selepas meletakkan makanan yang dipesan seorang pelanggan yang tinggal di rumah flat.

Lagi melucukan, apabila gelagat rider tersebut yang menggunakan nama @anasmansor99 di akaun TikToknya, nyata mencuit hati mereka yang menontonnya.

Walaupun permintaan pelanggan tersebut dianggap pelik, namun Anas Mansor tidak menolak dan mengikuti nota yang ditinggalkan di aplikasi FoodPanda.

“(TOLONG LETAK ATAS RAK DEPAN PINTU SAHAJA, pastu ketuk pintu pastu lari)”

Meski kepenatan kerana terpaksa naik tangga dan juga berlari selepas itu, Anas tetap gembira kerana melayan kehendak pelanggan.

Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih daripada 750,900 jumlah tontonan selain daripada dibanjiri dengan ribuan komen warganet yang terhibur dengan gelagat ‘comel’ abang rider itu.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN