Biji Durian Pun Boleh Jadi Kerepek? Rare Tapi Padu Gila!

Share

Pernah terfikir biji durian boleh jadi kerepek? Musim durian tengah rancak sekarang – selain makan isi durian yang lemak manis tu, apa kata kali ni kita ‘upgrade’ sisa biji durian jadi kudapan rare tapi sedap gila?

Ya, anda tak salah baca, Kerepek Biji Durian! Tekstur rangupnya memang lain macam. Bau? Ada aura durian sikit-sikit, cukup buat kita craving. Yang penting, resipi ni mudah sangat dan tak perlu bahan pelik-pelik.

Sambil tengok drama petang atau lepak dengan keluarga, bolehlah buat kerepek ni. Bukan je sedap, boleh elak pembaziran juga. Jom cuba! perkongsian saudari Rozana Hashim AsSalihin. Pasti puas hati.

RESIPI KEREPEK BIJI DURIAN SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • Biji durian secukupnya

  • Air garam

  • Minyak masak (untuk menggoreng)

CARA MEMASAK:

1.Basuh bersih biji durian.
Kalau rajin, buang kulit coklat tu (tapi kalau nak cepat, biar je). Rendam dalam air garam semalaman.

2. Esoknya, sagat biji durian nipis-nipis.
Macam sagat ubi buat kerepek tu. Lagi nipis, lagi rangup!

3. Toskan, kemudian biar kering 1–2 jam.
Langkah ni penting untuk hasil gorengan yang garing dan tak berminyak.

4. Goreng dalam minyak sederhana panas.
Gunakan api sederhana perlahan, dan kacau selalu. Bila kerepek terasa ringan & ‘menari’ dalam minyak, itu tanda dah masak!

5. Angkat, toskan minyak & biar sejuk.
Siap untuk dinikmati! Simpan dalam bekas kedap udara kalau tak habis.

Tip & Extra Idea

  • Nak lagi umph? Tabur serbuk cili atau garam perisa lepas goreng.

  • Boleh juga buat dalam air fryer untuk versi lebih sihat.

  • Sesuai sangat jadi kudapan raya, gift homemade atau jual online!

Kredit resipi & foto: Rozana Hashim AsSalihin

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

:

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
muaz