Petang-petang ni sedap makan bihun laksa. Orang utara suka makan bihun, mi atau kuey teow goreng yang dimasukkan dengan kuah laksa. Menu ini boleh dijumpai di gerai-gerai yang turut menyediakan laksa sebagai menu.

Rasa kuah laksa (isi ikan) menambahkan lagi selera tambahan pula dimakan ketika panas.Jom cuba buat menu ini menggunakan Nuuna Bihun Goreng Segera Asli. Rasanya enak pasti tak cukup sepinggan. Bolehlah cuba nanti.

 

BIHUN LAKSA

BAHAN-BAHAN:

  • 5 bungkus Nuuna Bihun Goreng Segera Asli
  • 1 genggam tauge
  • 1 genggam daun kucai
  • 1 paket fishball
  • 3 ulas bawang putih

 CARA MEMASAK:

  1. Celur seketika bihun Nuuna tapi jangan sampai lembik
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan fishball. Goreng hingga masak.
  4. Masukkan bihun,perencah,kicap,bawang goreng, tauge dan daun kucai. Gaul sebati.
  5. Angkat dan ketepikan.

 BAHAN KUAH LAKSA:

IKLAN
  • 1kg ikan kembung

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ikan kemudian asingkan isi ikan daripada tulang.
  2. Kisar isi ikan hingga betul-betul halus.

 BAHAN KISAR:

  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ketul belacan sebesar ibu jari

BAHAN LAIN:

IKLAN
  • 3 senduk minyak masak untuk menumis
  • 1 cekak daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan – belah 4
  • 4 keping asam keping (wajib ada) – suka masam boleh letak lebih
  • 1 1/2 sudu besar garam
  • 2 sudu teh serbuk perasa
  • Sedikit air jika perlu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan kisar, asam keping,garam dan serbuk perasa.Tumis hingga bahan kisar elok garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan isi ikan yang telah dikisar, bunga kantan, daun kesum dan sedikit air jika perlu (air jangan banyak nanti kuah cair).
  3. Masak hingga kuah mendidih dan asam keping elok kembang.
  4. Sesuaikan rasa.
  5. Bila kuah sudah cukup rasa, bolehkan dihidangkan bersama bihun goreng.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ayam Masam Manis, Menu Ringkas & Mudah. Memang Menyelerakan!

IKLAN

Resepi Ayam Balado Sedap & Sangat Mudah Dimasak

Garlic Popcorn Chicken Dengan Lemon Thyme, Kudapan Enak Ala Barat Untuk Seisi Keluarga

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI