Sempena kehadiran Krismas, Beryl’s Gourmet memperkenal tiga sajian istimewa yang boleh disediakan iaitu kek, talam dan brownies. Ketiga-tiga menu ini kaya dengan rasa coklat yang mewah dengan penggunaan Beryl’s Milk Compound, Beryl’s White Compound, Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate dan campuran tepung segera untuk membuat brownies iaitu Double Chocolate Chunk Brownies Mix. Untuk membuat brownies anda cuma tambahkan telur, air dan mentega. Mudah sekali kan?
Jom teliti resipi sedap dan padu dari Chef Godfrey Tham dan Chef Andy Wong dari Beryl’s ini.
1.BERYL’S CHOCOLATE TALAM CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
Bahan Lapisan Biskut:
150gm biskut Marie | dihancurkan (crumb)
80gm mentega | dicairkan
Bahan Isi Keju:
50gm Beryl’s Milk Compound | cair
200gm krim keju
1 biji telur
10gm tepung jagung
40gm gula kastor
200gm krim putar
Bahan Mousse Kelapa:
75gm Beryl’s White Compound
150gm santan kelapa
5gm agar-agar (gelatin)
20gm air
1/2 sudu kecil garam
100gm krim putar
CARA MEMASAK:
Cara Penyediaan Lapisan Biskut:
Campurkan biskut hancur dan mentega cair. Gaul dan ramas hingga sebati.
Canai biskut hancur setebal 1/2 cm. Masukkan ke dalam loyang bulat 9 inci yang sudah dilapik dengan kertas aluminium.
Cara Penyediaan Isi Keju:
Ads
Masukkan krim keju, gula dan tepung jagung, kemudian kacau sehingga 8 minit.
Kemudian tambahkan pula Beryl’s Milk Compound dan krim putar. Kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 160°C.
Biarkan kek sejuk di dalam loyang
Cara Penyediaan Mousse Kelapa:
Cairkan Bery’s White Compound dan santan kelapa dengan cara double-boil.
Masukkan agar-agar yang telah dicairkan dengan air dan garam. Biarkan sejuk serendah 35°C.
Masukkan krim putar dan gaul hingga sebati.
Tuangkan mousse kelapa ke atas kek coklat keju.
Simpan di dalam peti beku selama sehari dan kek sudah sedia untuk dihidang.
INFO CHEF: Anda boleh menambahkan ekstrak dari lima helai daun pandan (30gm) jika sukakan rasa pandan. Untuk rasa lebih bercoklat anda juga boleh tambahkan Beryl’s chocolate chunk ke dalam filling keju.
2.BERYL’S CHOCOLATE TORNADO CAKE
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kek Span Coklat:
5 biji putih telur
5 biji kuning telur
1 biji telur
100gm gula kastor
40gm mentega tanpa garam
100gm Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate
50ml susu penuh krim
100gm tepung gandum (tepung kek)
Bahan ‘Topping’ Krim Keju:
300gm krim keju
90gm mentega tanpa garam
30gm gula aising
Bahan Coklat ‘Coating’:
Ads
150gm Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate
150gm krim putar
CARA MEMASAK:
Cara Penyediaan Kek Span Coklat :
Cairkan Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate, susu penuh krim dan mentega dengan kaedah double boil.
Alihkan dari api dan biarkan sejuk.
Tambah 5 biji kuning telur, 1 biji telur dan masukkan tepung. Kacau hingga sebati.
Pukul 5 biji putih telur dan gula kastor sehingga pekat dan bertanduk.
Akhir sekali masukkan adunan putih telur yang dipukul ke dalam adunan coklat tadi. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula sahaja.
Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat bersaiz 7.5 inci.
Bakar guna teknik water bath selama 90 minit pada suhu 150°C.
Cara Penyediaan Topping Krim Keju:
Putar krim keju dengan mentega sehingga putih.
Masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu.
Cara Penyediaan Coklat ‘Coating’:
Campurkan Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate dan krim putar. Kacau hingga sebati.
Cairkan dengan kaedah double boil dengan suhu sehingga 35°C.
Cara Penyediaan Chocolate Tornado Cake:
Potong kek kepada 3 lapisan.
Sapukan krim keju di antara kek dan ulang langkah sehingga 3 lapis kek.
Sapukan krim keju di atas kek.
Tuangkan Coklat Coating secara merata ke seluruh kek.
INFO CHEF: Liquid Dark Compound dicampurkan krim putar sejuk dan dipanaskan cara double boil dengan suhu 35°C untuk ekstra topping coklat meleleh. Tak perlu mentega.
3. DOUBLE CHOCOLATE CHUNK BROWNIES MIX
Ads
1. BROWNIES (DALAM DULANG PEMBAKAR)
BAHAN-BAHAN:
1 peket Double Chocolate Chunk Brownie Mix
60gm mentega cair
1 biji telur
50ml air
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar dengan suhu 160°C. Sediakan dulang dan gris dengan mentega.
Campurkan Double Chocolate Chunk Brownie Mix, mentega cair, air dan telur dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar empat segi saiz 7 inci dan bakar selama 35-40 minit. Untuk pastikan kek telah masak sempurna, cucuk lidi di bahagian tengah kek dan pastikan lidi bersih dan kering apabila dikeluarkan.
2. BROWNIES IN MUG
BAHAN-BAHAN:
65gm Double Chocolate Chunk Brownie Mix
4 sudu makan air
CARA MEMASAK:
Tuangkan 65gm Double Chocolate Chunk Brownie Mix ke dalam cawan yang selamat diguna dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).
Tambahkan 4 sudu makan air dan kacau dengan sudu. Pastikan campuran diadun hingga sebati demgan menggunakan sudu di sepanjang tepi dan bawah cawan.
Masak dengan kuasa yang tinggi selama 1 minit 30 saat. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar gelombang mikro.
INFO CHEF: Untuk brownies lebih sedap, boleh tambahkan kekacang seperti walnut, badam, gajus dan lain-lain. Ia dapat mengurangkan sedikit rasa manis brownies.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Udang, antara seafood yang mudah dimasak dan digemari ramai dan masak apapun udang sangat sedap dan mudah disediakan. Untuk kongsi bersama, RASA bawakan dua menu udang Thai yang telah diubahuai dengan selera, kita masyarakat Malaysia. Dua menu tersebut adalah Tumis Udang Bersama Daun Ketumbar dan kedua, Udang Kari Thai yang sangat sedap. Cuba ye, jangan tak cuba!
TUMIS UDANG BERSAMA DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan jus limau nipis
1/2 sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh halia muda
2 ulas bawang putih | cincang
1/4 cawan daun ketumbar | cincang
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu the kulit limau nipis | parut
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan jus limau nipis, serbuk jintan manis,halia muda bawang putih di dalam mangkuk, kacau rata.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bahan yang sos tadi. Kacau seketika.
Masukkan udang, kacau rata lebih kurang 4 minit.
Perasakan dengan garam dan lada sulah.
Akhir sekali taburkan daun ketumbar dan gaul rata, segera dihidangkan.
UDANG KARI ALA THAI
BAHAN-BAHANNYA :
700gm udang galah | dibersihkan
350gm hirisan nenas, pilih yang manis
1 genggam daun selasih
3 helai daun limau purut
2 sudu teh sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
500 ml santan cair
300 ml pati santan
2 sudu makan jus limau nipis BAHAN KISAR HALUS :
10 biji cili merah
2 batang serai, hiris halus
1cm lengkuas, hiris
3 tangkai daun ketumbar
2 camca teh hirisan kulit limau purut
10 -15 biji lada hitam biji
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh belacan
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
Masukkan nanas, daun limau purut, sos ikan, sedikit garam dan gula. Gaul rata dan tuang santan cair.
Bila mendidih, masukkan udang, masak 2 – 3 minit dan tuang pati santan.
Kacau rata. Biar mendidih perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan daun selasih dan jus limau nipis, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah garam lagi.
Biar mendidih 1 – 2 minit , tutup api. Hidangkan segera bersama nasi panas.
Petang begini memang sedap kalau dapat menikmati pelbagai bubur manis tradisional yang enak ni. Nak masaknya tidaklah susah mana. Sesuai dijadikan sajian minum petang istimewa buat keluarga. Malah kalau nak bersedekah dekat jiran tetangga pun sesuai. Puas hati. Cukup santan dan manisnya. Malah tentunya lebih jimat dan dijamin bersih. Jom cuba!
Di dalam periuk, renehkan air bersama gula melaka dan gula pasir sehingga agak pekat. Ketepikan.
Di dalam kuali kacau tepung beras, santan, air dan garam. Kacau hingga sebati dan beras tidak berketul.
Kemudian hidupkan api, kacau hingga tepung menjadi kental. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai untuk membentuknya, apabila sejuk bolehlah dihidangkan bersama air gula.
Sementara itu, untuk membuat anak lebah; gaulkan tepung gandum bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh.
Cubit sedikit doh tadi dan gentel-gentel masukkan ke dalam air yang telah menggelegak. Buatlah sehingga habis.
Tunggu sehingga tepung itu timbul dan terapung di permukaan air. Setelah itu masukkan gula, 1/2 sudu teh garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api. Ketepikan.
Gaulkan garam pada pulut kemudian bahagikan kepada dua bahagian.Titiskan pewarna merah dan hijau. Gaulkan rata dan kukus sehinga pulut masak. Apabila sejuk bolehlah dibentuk dan dicurahkkan sekali bersama kuah santan yang telah dimasak tadi.
Untuk membuat inti kelapa; Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam kuali dan kacau. Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 0.50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Ketepikan.
Untuk membentuk doh; gaulkan tepung ubi bersama 1/2 teh garam, air kapur dan sedikit air sehingga membentuk doh.
Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna uli sehingga warna sekata, bentukkan bulat-bulat.
Kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga doh timbul di permukaan. Tutupkan api. Ketepikan.
Untuk membuat kuah; Gaulkan gula merah/melaka, tepung ubi bersama 1 cawan air sehingga sekata, kemudian masukkan ke dalam periuk candil tadi. Masaklah sehingga kuah agak pekat.
Untuk menghidang, curahkan santan pekat yang telah digaulkan bersama garam.
Untuk membuat butir nangka; gaulkan tepung pulut bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh. Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna kepada setiap bahagian. Gaul hingga warna sekata dan bentuk seperti butir nangka.
Masukkan butir-butir nangka tadi ke dalam air yg telah menggelegak. Tunggu sehingga butir nangka itu timbul barulah diangkat. Redam butir nangka yang telah masak di dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.
Untuk kuahnya pula; rebus air sebanyak 400gm hingga menggelegak. Kemudian masukkan butir nangka, gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!