Blueberi atau Beri Biru adalah buah bermusim yang berasal dari luar negara. Walaupun tidak ditanam di Malaysia namun ia tidak bermakna rakyat negara ini tidak berpeluang untuk merasa dan menikmati keenakan serta kebaikan buah istimewa ini.
Ada berita baik untuk kita semua! Kini rakyat Malaysia tidak perlu lagi menunggu musim blueberi untuk merasai kebaikannya kerana U.S Highbush Blueberry Council di Malaysia telah melancarkan kempen “The Blues That Make You Feel Good” pada 8 November yang lalu yang membolehkan kita semua menikmati buah ini sepanjang tahun.
Didatangkan dalam bentuk sejuk beku (frozen) dan kering, USA Highbush Blueberries sememanya terbaik. Ia bukan sahaja baik untuk cita rasa anda, tetapi juga baik untuk kesihatan secara keseluruhan.
Ads
Ia mengandungi serat, vitamin C, vitamin K dan mangan yang baik. Malah Blueberi juga mengandungi sejenis flavonoid yang dipanggil anthocyanin, yang bersifat antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan. Kajian 2016 (1) juga menunjukkan bahawa flavonoid memainkan satu peranan penting dalam sistem pertahanan imun saluran pernafasan.
Khabar gembira buat yang sedang diet. Setiap hidangan blueberi hanya mengandungi 80 kalori sahaja. Ia mengandungi fiber yang sangat baik untuk mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan menjadikan buah ini salah satu makanan terbaik dan menyihatkan.
Malah ia juag boleh dijadikan sebagai salah satu bahan dalam rutin kecantikan harian dimana kandungan asid lemak Omega 3 dan antioksidan semulajadi membantu dalam menyembuhkan kulit serta merupakan bahan popular dalam penghasilan pelembap dan serum.
Ads
Bagusnya buah beri biru ni! Berikut adalah beberapa resipi serta produk kecantikan yang anda boleh hasilkan secara homemade menggunakan buah ini. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan rasa serta hasilnya.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Korang penggemar makanan segera dan jenis orang yang nak cepat dan malas lepak dalam restoran, boleh je beli melalui Drive-Thru atau pandu lalu. Berita baik untuk warga Lembah Klang, kini sebuah lagi cawangan restoran Texas Chicken yang menyediakan perkhidmatan Drive-Thru di Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor. Pembukaan ini susulan sambutan menggalakkan ke atas Drive-Thru di Sungai Petani, Kedah yang dibuka pada tahun lepas.
Kedudukan restoran ini sangat strategik dan mudah dikunjungi, terletak bersebelahan stesen minyak Shell Sunway Mentari. Dengan hanya memesan sambil pandu lalu, korang boleh pesan bermacam menu lazat yang disediakan dan jangan bimbang semua produk Texas Chicken disahkan halal oleh JAKIM.
Kalau korang nak santai sambil rehat seketika melepaskan lelah, boleh saja makan di restoran yang sungguh selesa ini. Atau teringat keluarga di rumah, boleh pesan dan ‘take away’ je ikut keselesaan. Jangan tak tau, kalau korangan makan di sini, minuman boleh tambah kalau tak cukup. Hemm memang berbaloilah singgah. Tapi kalau tiba-tiba teringin nak makan menu Texas Chicken, datang je pada bila-bila masa di cawangan ini kerana ia dibuka 24 jam.
Semasa pembukaan rasmi restoran ini, para tetamu telah menikmati pelbagai jenis menu Texas Chicken yang sungguh sedap yang diraikan sendiri oleh Pengerusi Envictus International Holdings Dato’ Jaya Tan yang turut berharap dapat menambah beberapa cawangan padu lalu di masa akan datang. Beliau juga telah melepaskan kumpulan konvoi pandu lalu sebagai tanda perasmian.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Malaysia Culinary World Cup 2023 yang disertai seluruh dunia telah diadakan di World Trade Centre di Kuala Lumpur bermula pada hari ini (21 Februari 2023 sehingga 23 Februari 2023) yang bakal berlangsung selama 3 hari.
Seramai 650 peserta dari Malaysia dan juga dari luar negara bersama menjayakan pertandingan ini bagi meraih Guinness World Records. Majlis telah dilancarkan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) bersama Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab (Ketua Pengarah Tourism Malaysia).
Melalui pertandingan ini juga, kita dapat mengenali pelbagai jenis menu dari pelbagai negara di dunia. Dalam pertandingan ini, sebanyak 9 kategori utama bakal dipertandingkan bersama 62 sub kategori termasuk 40 makanan lokal.
Setiap kategori akan diadili lebih kurang 100 Chef dari dalam dan luar Malaysia termasuk Chef Liza Zainol. Selepas tiga hari berlangsung, keputusan Guinness World Records akan diumumkan.
Pertandingan ini bakal dijadikan sebagai pertandingan tahunan menurut Malaysia Bersatu Culinary Association bagi memberi peluang industri makanan lokal dan internasional bergabung dalam satu bumbung dan dikenali ramai.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Khabar pemergian Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali menghadap Ilahi awal pagi hari ini membuatkan ramai terkejut. Berita sedih buat kami.
Beliau amat dekat di hati kami karyawan Majalah Rasa kerana dahulu ketika di bawah Grup Majalah Karangkraf dia adalah antara ketua yang menjadi rujukan kami. Malah setelah tidak lagi sebumbung, beliau tetap bertanya khabar, mengambil tahu tentang kami.
Berita pemergiannya telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau. Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Semoga sahabatku Dtk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang.
“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.
Berusia 66 tahun, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Beliau juga ialah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Tulisannya Sangat Digemari
Kehebatannya dalam bidang penulisan sememangnya tidak perlu dipertikaikan. Professionalismenya dalam profesion ini sangat disanjung, dihormati dan disegani. Tulisannya sentiasa mampu ‘menangkap’ perhatian. Dari isu politik, ekonomi, kemasyaraktan hinggalah kepada penulisan santai yang ringan, mesej yang disampaikan sangat tajam, padat dan tepat. Malah dalam penulisan yang lucu juga pasti terselit sindiran penuh pengajaran. Tidak keras , tidak menimbulkan amarah.
Lalu tidak hairanlah tulisannya sentiasa dinantikan. Cerita tentang kisah keluarga di Majalah Keluarga membuatkan ramai pembaca tidak sabar untuk menunggu untuk kisah bulan hadapannya. Belum lagi kisah pengantin baru dalam kolum yang dikendalikannya di Majalah Pesona Pengantin. Pasti membuatkan pengantin baru dan pengantin lama tersipu-sipu dan senyum sendirian. Malah sering kami yang membaca beramai-ramai berderai tawa kerana baris ayat yang dicoret sentiasa mencuit hati.
Koleksi Buku Tentang Kehidupan & Motivasi
Dalam kesibukan tugasnya, beliau juga sempat menghasilkan beberapa buku tentang kehidupan dan motivasi. Juga dari koleksi artikel yang disiarkan dalam kolum khasnya di beberapa majalah. Antara buku-buku tulisannya adalah Asam, Garam, Kopi & Gula. Kopi O Tanpa Gula, Teh Tarik Kurang Manis dan Dari Menara KL serta Asam Pedas Sirap Bandung,sebuah buku motivasi.
Melihat buku-bukunya, nama-nama makanan menjadi tajuk yang menarik. Ya itulah kehidupan. Ibarat makanan yang kita ambil saban hari. Setiap rasa ada cerita dan kisahnya. Pendekatan mudah ini nyata mudah diterima oleh pembaca.
Beliau juga sangat dekat dihati setiap kakitangan di Karangkraf. Seorang ketua, mentor dan sifu yang sangat disenangi. Sangat disayangi. Yang sentiasa punya jawapan dan jalan penyelesaian dalam setiap masalah terutama dalam penulisan. Ideanya sentiasa mencurah, nasihat dan ceritanya pasti membuatkan ramai kakitangan merasa sangat selesa kala berbicara dengannya.
Setiap kakitangan disapa dengan mesra. Bertanya khabar bukan sahaja tentang kerja, malah tentang kehidupan dan keluarga juga. Sambil pasti memberi nasihat dan ingatan. Pasti selalu dalam berbicara akan juga diingatkan kami, agar selalu jaga ibu ayah, jaga keluarga, jaga isteri, jaga suami , jaga anak-anak. Jasa dan budi baiknya akan sentiasan kami hargai. Kebaikan, nasihat dan perkongsian ilmunya akan tetap kami kenang.
Doa kami semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. – Ida Abd Aziz – Editor Pengurusan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Akhirnya Warga Asing Dihalang Beli Minyak Masak Bersubsidi, Tapi Kenapa Baru Sekarang? 1 Mac 2026 bakal jadi tarikh penting dalam kalendar rakyat Malaysia, terutamanya mak-mak dapur dan peniaga kecil yang setiap hari bergantung kepada minyak masak bersubsidi untuk kelangsungan hidup dan perniagaan.