Bergedil Ayam Mudah Dibuat, Sedapnya Burger Ayam Homemade

Share

Bergedil atau patty burger ayam yang sudah siap diproses memanglah melambak jualannya di pasaraya. Macam-macam jenama yang ada. Tapi kalau nak yang segar,  apa kata cuba buat sendiri. Homemade pastilah segar.


.


.

Jom semak resipi perkongsian Amida Ida, gerenti sedap dan lebih puas hati menikmatinya. Burger ayam dengan patty @bergedil homemade tanpa pengawet dan pewarna.

‘PATTY’ BURGER HOMEMADE



.

BAHAN-BAHANNYA :

  • Isi ayam | dipotong dadu kecil2…
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sedikit halia
  • Rempah ketumbar
  • Rempah jintan manis
  • Rempah jintan putih
  • Serbuk lada sulah/hitam
  • Garam gula secukup rasa
  • Sos tiram

CARA MEMASAK :
1. Segala bawang dan halia ditumbuk dahulu.
2. Rempah-rempah dikisar halus, guna pengisar kering.
3. Kemudian satukan semua bahan-bahan di atas bersama ayam yang telah dipotong kecil.
4. Kemudian kisar sehingga semuanya halus, dan seterusnya panaskan sedikit minyak dan masakkan bahan-bahan yang dikisar tadi
5. Kacau selalu sehingga isi ayam hancur dan masak hingga air kering.


.

Seterusnya sediakan :

  • Serbuk roti
  • Telur

6. Selepas itu satukan ayam yg dah dimasak tadi bersama telur dan serbuk roti
.

7. Nak masukkan bawang yang dipotong dadu pun boleh.
3. Kacau bahan-bahan tadi sehingga sebati.


4. Campurkan semua bahan-bahan yg di masak tadi bersama2 telor dan serbuk roti…semua ni kena agak2 ye utk jadikn bentuk seperti patty burger.
5. Kemudian panaskan kuali dan sapu sedikit majerin di permukaan kuali.


.

6. Bubuh acuan ring burger mengikut acuan yg di kehendaki, masak sehingga warna seperti di gambar.


7. Siap boleh lah dijadikan inti roti burger ayam, perggh memang padulah.


.

#resepipattybegeramidaida#

KREDIT RESIPI  & FOTO : Amida Ida

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI : 

 

DAN JUGA RESIPI INI :

 

DAN JUGA VIDEO NI, MENARIKNYA RESIPI :

IKLAN