Tiga menu ni memang rare,  tak jumpa kalau nak cari di mana-mana restoran, hanya orang-orang lama kat kampung yang masih masak, itupun sekali sekala. Disebabkan sekali sekala tulah tiga menu ni sangat sedap, tengok pada resipi taklah susah mana nak buat, senang je.

Jadi apa tunggu lagi, jom cuba…..

Berbaloi Masak 3 Menu Ikan Autentik Ini Uols,  Sedap & Tak Menyesal Mencuba.

IKAN LAMPAM  GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
  • 250ml santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit | mayang halus
  • Daun pisang secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. 1. Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
  2. Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
  3. Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
  4. Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
  7. Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
  8. Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan ikan masak sepenuhnya.
  9. Tutup api, ikan sedia dihidangkan.

Berbaloi Masak 3 Menu Ikan Autentik Ini Uols,  Sedap & Tak Menyesal Mencuba.

IKAN PARI PERCIK DAUN LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ikan pari | potong  sederhana dan cuci bersih
  • 250ml santan pekat
  • 5 helai daun purut
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1/2 sudu makan pes air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR

  • 1 bji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 batang serai
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 biji cili merah
  • 1hiris halia

 CARA MEMASAK:

  1. 1. Gaulkan ikan  dengan sedikit bahan kisar bersama sedikit garam.
  2. Perap sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian bakar.
  3. 3.Sementara itu, panaskan minyak dalam kauali.
  4. Tumiskan bahan kisar hingga air wangi dan masukkan pes cili. Kacau lagi seketika.
  5. Kemudian tuangkan santan pekat dan air asam jawa di dalamnya.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Renehkan hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  8. Masukkan hirisan daun limau purut dan kacau rata.
  9. Ambi satu atau dua sudu kuah, kemudian sapukan pada ikan yang sedang dibakar tadi.
  10. 10.Setelah ikan masak , tuangkan kuah  di atasnya.
  11. Ikan pari sedia dihidangkan.

Berbaloi Masak 3 Menu Ikan Autentik Ini Uols,  Sedap & Tak Menyesal Mencuba.

RENDANG  IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan tongkol | potong nipis dan cuci bersih
  • 500ml santan pekat
  • 3 sudu makan kerisik
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 batang serai

CARA MEM ASAK:

  1. Gaulkan ikan bersama sedikit garam, serbuk kunyit dan sedikit air asam Jawa.
  2. Panaskan pengukus dan kukus ikan lebih kurang 10 minit
  3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan kisar.
  4. Setelah berbau wangi masukkan pes cili . Kacau lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  6. Setelah tumis timbul minyak, masukkan santan, serai titik dan asam gelugor.
  7. Setelah kuah pekat, masukkan ikan, diikuti kerisik.
  8. Kecilkan api biarkan kuah mereneh, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  9. Setelah kuah pekat dan timbul minyak, taburkan daun kunyit di atasnya.
  10. Rendang Ikan Tongkol sedia dihidangkan.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI