Berbaloi Buat Sendiri Cendol Ni, Sedap & Puas Hatilah Menghirupnya.

Share

Teringin menhirup cendol di musim panas ini? Tapi tak boleh keluar, jangan gundah gulana. Buat sahaja sendiri, ia mudah dan tak banyak guna bahan. Lagi senang kalau anda beli saja cendol segera. Untuk resipi penuh, ada disertakan dibawah, tak sampai 30 minit anda sekeluarga sudah boleh menikmati cendol yang sedap dan menikmati dengan puas.

CENDOL
BAHAN-BAHAN:

1.5 kg Cendol segera
1tin susu sejat
1tin santan pekat | guna tin susu sebagai ukuran
Secubit garam
Gula melaka /Gula merah
Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan santan dengan susu dalam bekas, kacau rata.
  2. Campurkan secubit garam, untuk seimbangkan rasa lemak manisnya.
  3. Masukkan air gula melaka atau merah yang telah dimasak dengan sedikit air dan disejukkan dan ditapis tadi.
  4. Untuk penyediaan, masukkan cendol, gula melaka diikuti sanatan mengikut selera.
  5. Lebih sedap jika dimasukkan air semasa menghidangkannya.

INFO: Untuk rasa lebih sedap, gunakan santan kelapa parut (blend hingga halus dan ditapis santannya).

Kredit resipi & foto: Shida Ambok

Resipi berkaitan:

 

 

IKLAN