a

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi.

Meskipun terdapat beberapa kekangan yang membuatkan pengguna berasa sukar menggunakan beras perang seperti memerlukan masa untuk memasak yang lebih lama, namun ia lebih berkhasiat secara keseluruhannya. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.

Beras perang juga merupakan sumber serat yang baik dan memiliki tekstur dan rasa yang enak serta boleh dicampur dalam menu seperti salad, stew dan tumisan. Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang ini:

Mengurangkan risiko kanser kolon
Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.

Mencegah sakit jantung
Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi. Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang diketahui meningkatkan tekanan darah.

Perlindungan daripada kanser payudara
Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara.

IKLAN

Mengurangkan kolesterol
Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini. Terdapat saranan yang mengatakan minyak yang diekstrak daripada beras perang turut membantu dalam menurunkan paras kolesterol dan juga tekanan darah, malah meningkatkan paras kolesterol baik dalam darah.

Beras Perang Adalah Sumber Serat Terbaik

Mengekalkan berat badan seimbang
Apabila anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Hal ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis. Ini memberi kelebihan dari segi mengekalkan berat badan yang seimbang dan mengelakkan anda dari terus bertambah berat badan dari masa ke masa.

Membantu penghadaman
Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.

IKLAN

Mencegah batu karang
Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita.

Mengawal kadar gula dalam darah
Pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan atau lama berbanding apabila anda mengambil nasi putih biasa. Ini bermaksud pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan glicemic index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang. Diet yang kurang GI ini berkait rapat dengan menstabilkan paras gula dan membantu mengurangkan risiko perkembangan diabetes.

Makanan bayi yang sempurna
Beras perang dalam bentuk bijirin atau beras perang itu sendiri menjadi makanan bayi yang sangat bagus kerana kandungan nutrisi yang semula jadi dan serat yang tinggi. Ia menjadi alternatif yang bagus kepada pemakanan bayi yang sedang membesar berbanding bijirin yang diperbuat daripada beras biasa.

Tulang yang sihat
Beras perang menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat. Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang. Satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium buat anda.

IKLAN

Ingin membeli perkakasan rumah , boleh lihat di SINI.

Cara Masak Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok

Cara Masak Ayam Bakar Ala Kenny Roger & Nasi Planta

Manfaatkan Lebihan Nasi, Jom Buat Nugget Nasi Sedap Ni.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI