Bengkang Ubi Gula Merah Sedap! Resipi Tradisi Orang Dulu-Dulu.

Share

Kuih Bengkang Ubi Gula Merah memang sangat sedap dan jadi kegemaran ramai. Nak membuatnya pun bukan susah. Guna resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Sesuai sangat dijadikan sajian pada bila-bila masa. Selamat mencuba!

RESIPI KUIH BENGKANG UBI GULA MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 5 cawan ubi kayu (siap parut) – beli online DISINI
  • 2 cawan gula merah – beli online DISINI
  • 1/3 cawan gula pasir – beli online DISINI
  • 1 cawan air
  • 3 helai daun pandan – beli online DISINI
  • 2 cawan santan – beli online DISINI
  • 2 sudu makan margerin dicairkan – beli online DISINI
  • 1/4 cawan tepung ubi – beli online DISINI
    (tepung ubi ditambah sebab endapan pati ubi tu sikit sangat)

CARA MEMASAK:

1. Perah parutan ubi kayu. Biarkan patinya mendap. Kemudian buang airnya. Ambil pati.

2. Satukan gula merah, gula pasir, daun pandan dengan 1 cawan air. Masak hingga larut, sejukkan, tapis dan ketepikan.

3. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan. Gaul hingga sebati.

4. Sediakan loyang bersama 9×9, sapu marjerin.

5. Tuang adunan bengkang ke dalam loyang.

6. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau hingga masak menggunakan api atas bawah.

(Lepas bengkang masak, Opah tambah 5 minit masa bakar guna api bawah sahaja dan kemudian bakar lagi 10 minit guna api atas.)

7. Angkat, sejukkan kuih dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

 

Nak beli LOYANG KUIH baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN