Bebola Kentang Berkeju Pasti Tak Cukup Satu

Share

Menu sarapan apa yang mudah nak sediakan dan anak-anak pun suka. Boleh cuba buat bebola kentang berkeju ni. Makan panas-panas memang laying. Tambah pula di dalamnya diletakkan keju mozzarella. Gabungan kentang dan keju mozzarella memang kenyang hingga tengah hari.

BEBOLA KENTANG BERKEJU

 Bahan-bahan: 

  • 5 biji kentang
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 sudu makan tepung jagung
  • Mozarella-potong dadu
  • Blend halus bahan di bawah:
  • 1 cawan serbuk roti
  • ½ cawan serbuk cheese
  • Kisar halus dan tuang dalam bekas,ketepikan dulu
  • 2 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara membuat:

1.Kupas kulit ubi kentang.Rebus hingga empuk.Lenyek halus.

2.Masukkan gula,garam dan tepung jagung.

3.Uli sebati hingga tak melekat dekat tangan.

4.Mozarella,potong dadu besar ibu jari.

5.Bulatkan doh.Leper dan letak inti mozzarella.Tutup dan bulatkan.Buat hingga habis.

6.Kemudian gaul dalam tepung jagung hingga rata.Buat hingga habis.

7.Kemudian pecahkan telur.Pukul manja.

8.Masuk satu persatu doh yang digaul dengan tepung jagung tadi ke dalam telur.

9.Kemudian gaul dengan bahan kisar tadi.

10.Panaskan minyak dan goreng hingga perang.

11.Dah siap angkat.

12.Pipe mayonis dan sos cili.

13.Sedia untuk dinikmati

Kredit: Iedajahaya

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN