Bebola Daging Goreng Bersama Sos Thai

Share

Tak perlu ke Thailand untuk menikmati ‘street food’ enak ini. Anda boleh hasilkannnya sendiri di rumah.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm bebola daging
  • Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN-BAHAN SOS THAI:

  • 100gm cili padi
  • 100gm bawang merah thai
  • 100gm bawang putih
  • 50gm daun ketumbar
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 1 sudu makan  sos ikan
  • 1 sudu teh gula

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng bebola daging hingga garing. Ketepikan.
  2. Untuk menyediakan sos Thai,bancuh semua bahan diatas dan masukkan dalam mesin kisar beberapa saat.
  3. Tuangkan dalam mangkuk kecil dan hidang bersama bebola daging yang telah di goreng tadi.

 

INFO CHEF: Jika tidak mahu sos Thai hijau, boleh saja menggunakan sos cili Thai yang warna merah. Boleh dibeli di pasaraya.

IKLAN