Bawang Goreng Homemade Rangup, Hanya Guna Dua Bahan

Share

Bawang goreng homemade ini memang rangup dan terjamin sedap. Bila buat sendiri, kita akan lalui setiap proses dan pasti kebersihan dijaga. Bawang goreng mampu menambah perisa dan aroma dalam masakan. Contohnya bila nak makan sup, soto dan sebagainya. Tabur sikit je.

Tak susah pun nak membuatnya cuma mungkin tak tahu cara membuatnya. Hanya perlu dua bahan je yang memang sudah sedia ada di dapur. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Ameera

ini ye. Selamat mencuba.

Bawang Goreng Homemade

Bahan-bahan:

Bawang merah kecil – Boleh beli di sini

Minyak masak – boleh beli di sini

Sedikit garam – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Guna bawang merah dalam kuantiti yang agak banyak. Bersihkan dan hiris nipis. Cuci bersih dan toskan sampai kering.

Panaskan minyak dalam kuali dan minyak kena banyak ye. Kemudian gorengkan bawang tadi. Semasa mengoreng taburkan sedikit garam ke dalam kuali.

Goreng hingga terbit wangi. Sentiasa kacau dari semasa ke semasa  ye supaya masak sekata.

Goreng hingga bawang bertukar menjadi coklat keemasan (tengok gambar). Dah jadi begini, angkat dan toskan. Ketepikan sehingga sejuk.

Setelah itu, boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara. Boleh juga simpan di dalam peti ais untuk mengekalkan kerangupan bawang goreng kita. Letak luar pun boleh tak ada masalah.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

IKLAN