Bau Cukup Harum, Mudah Buat Kek Kelapa Guna Sukatan Cawan

Share

Kek kelapa merupakan antara kek legend yang menjadi kegemaran ramai. Baunya bila dibakar tersangatlah menggoda.

Aroma dan warna-warni parutan kelapa menambahkan lagi keenakan kek tersebut. Boleh cuba buat di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Juju Minhad ini.

 

KEK KELAPA PELANGI

BAHAN-BAHAN:

1 cawan marjerin
½ cawan gula kastor


3 biji telur
Esen ros
1 sudu susu pekat
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan kelapa kering
Pewarna merah/hijau/ kuning

Dapatkan BD Stainless Steel Doube Sided Cutting Board dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MEMASAK:

1. Putar marjerin dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan putar lagi.
3. Masukkan esen ros & susu pekat. Putar sekejap.


4. Ayak tepung, baking powder & soda bikarbonat.


5. Kaub balik adunan.
6. Masukkan kelapa kering yang sudah diwarnakan. Kaub balik adunan.


7. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin.
8. Bakar 170°C selama 60 minit (ikut ketuhar masing-masing). Siap.

Kredit resipi & gambar: Juju Minhad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN