
Sayangnya kalau orang zaman sekarang dah semakin melupakan kuih raya zaman dahulu. Mungkin ramai peminat tapi tak ramai yang tahu buat. Nah, RASA kongsikan resipinya supaya kuih ini kekal selamanya dan ramai yang masih tahu nak buat.
BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN
300 gram serbuk kacang hijau
200 gram gula aising
½ biji santan kelapa
300 gram tepung gandum
150 gram tepung beras
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Sangai serbuk kacang hijau di dalam kuali sehingga bau wangi. Sejukkan dan kisar sehingga halus bersama gula aising. Ketepikan ramuan.
2. Panaskan santan sehingga mendidih. Kemudian tutup api dan sejukkan di dalam air. Masukkan santan dalam bekas yang bahagian bawahnya direndam dengan air sejuk.
3. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur ayam dan garam. Masukkan juga santan yang telah disejukkan tadi. Gaulkan semua sehingga menjadi doh yang tidak melekat. Canai nipis dan potong ikut saiz anggaran 2 cm X 3 cm. Gulungkan menjadi seperti silinder berlubang.
4. Panaskan minyak. Goreng doh tadi sehingga warna keemasan.
5. Setelah sejuk, sumbatkan dengan inti serbuk kacang hijau tadi.
Selamat mencuba!
Ayam Kicap Cendawan & Puding Karamel Menu Simple Adam Corrie Untuk Berbuka

Bulan puasa ni kalau masak yang simple pun dah rasa sedap. Ayam masak kicap contoh dah cukup membuka selera ketika berbuka. Yang penting cara masak tu dan rencah yang digunakan mestilah cukup itu yang membuatkan masakan yang simple jadi enak.
Rasa Nostalgia Ramadan Hari ini menampilkan Adam Corrie dan isteri menyediakan dua menu berbuka yang simple dan memang tak sabar nak makan.
Tengok cara Corrie masak, memang tahu dia pandai masak. Tengok di Instagram dia pun memang rajin menolong isteri memasak.
Menurut Corrie, Ayam Masak Cendawan resipi asalnya tak pedas tapi diolah resipinya dengan meletak cili padi dan cili kering agar lebih pedas.
AYAM KICAP CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
Daging ayam -dipotong sederhana besar.
Kaki ayam- dipotong kukunya
Sos tiram
Sos pekat
Kicap cair
Halia
Cili kering
Cili padi
Cendawan kering
1 labu bawang putih
Garam bukit
Gula
Tepung jagung
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan letakkan minyak. Masukkan halia dan bawang putih masak hingga naik bau.
- Masukkan cili padi, pastikan ia betul-betul masak.
- Kemudian masukkan cili kering.
- Masukkan ayam yang telah diperap dengan kicap, sos tiram dan sos pekat.
- Masukkan sedikit air panas.
- Bila ayam dan kaki ayam dah masak dan sebati, masukkan cendawan yang sudah direndam. (nak sedap masukkan sedikit air rendaman cendawan)
- Masukkan lebihan sos perapan ayam tadi.
- Perasakan dengan gula dan garam.
- Letakkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah. Siap untuk dihidang.
PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN PUDING:
1 tin susu cair
5 biji telur gred A
3 sudu makan gula
Sedikit esen vanilla
BAHAN-BAHAN GULA HANGUS:
250gram gula
500 ml air
CARA MEMASAK:
- Masukkan gula ke dalam kuali.Kacau sampai jadi hangus. Letak air. Dah pekat bolehlah masukkan dalam mangkuk dan sejukkan.
CARA BUAT PUDING:
- Pukul telur, susu cair , gula dan esen vanila untuk jadikan adunan yang sebati.
- Cedok dalam mangkuk kecil dan kukus.
- Terbalik adunan yang dikukus tadi.
- Siram dengan gula hangus tadi. Siap untuk dihidang.
Minuman Segar, Tulen Dan Bersih Terus Dari LG PuriCare™
Setelah seharian berpuasa, tekak yang dahaga memang tak sabar untuk minum air sepuasnya kala berbuka.
Untunglah ada LG PuriCare™; Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) yang membekalkan air jernih dan bersih sedia untuk nikmati.
Jadi kalau sedang makan tu, tergigit cili atau gulai terlalu pedas, jus yang dibuat pula sudah habis, apa lagi ambil sahaja terus dari Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD. Selamat untuk diminum terus. Muncung Auto Bergerak Atas dan Bawah juga dapat memutar kiri dan kanan, memudahkan kita mengambil air dengan mudah. Nikmati air bersih dan segar serta merta pada isipadu air pilihan anda iaitu 120ml, 500ml dan 1000ml hanya dengan satu butang.
Lepas makan nak buat air panas, mudah sangat, tekan pilihan air panas. Kawalan air panas memberikan anda pilihan suhu 40°C, 75°C & 85°C hanya di hujung jari sahaja.
Ternyata Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD memberikan banyak kelebihan dan keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
4 Variasi Siakap Gerenti Lazat. Isi Ikan Yang Lembut Dan Manis.

Ikan siakap atau dikenali juga dengan nama ikan kakap memang lazat dimasak apa sahaja. Bisanya dikukus, goreng, panggang isinya yang manis dan lembut memang menjadi kesukaan siapa sahaja.
Kali ni min kongsi empat resipi istimewa yang boleh dicuba untuk masak siakap. Masak seekor atau keluar isi ikan jadi ‘fillet’ pun tersangatlah enaknya. Jom cuba, cuti sekolah pun masih panjang lagi ni…
1. JADE PESTO STEAMED SEA BASS WITH FILIPINO SIZZLING SOY VINAIGRETTE
BAHAN-BAHAN :
- 190 gm fillet /isi ikan siakap
Bahan jade pesto :
- 1 sudu makan minyak kacang
- 11/2 sudu makan sos tiram
- 11/2 sudu teh air
- 1/4 cawan daun bawang | dicincang kasar
- 1/4 cawan daun ketumbar | dicincang
- 3/4 sudu teh halia | ditumbuk
- 3/4 sudu teh bawang putih | ditumbuk
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukupnya
Bahan soy vinaigrette :
- 3 sudu makan lada benggala merah | dicincang halus
- 2 sudu makan lada benggala kuning | dicincang halus
- 2 sudu makan lada benggala hijau | dicincang halus
- 2 sudu makan daun bawang (bahagian hijau sahaja) | dicincang halus
- 2 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
- 2 sudu makan lobak putih (daikon)
- 2 sudu makan bawang besar warna putih (sweet onion) | dicincang
- 1/2 sudu makan halia | yang diparut/cincang
- 1/4 cawan minyak kacang
- 2 1/2 sudu makan jus limau nipis
- 7 sudu makan kicap soya
- 1 sudu makan jus lemon
- 1/4 cawan air
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
*Nasi kukus sebagai hidangan bersama sajian ikan
CARA MEMASAK :
Cara menyediakan pesto :
1. Satukan minyak kacang, sos tiram dan air dalam mesin pengisar. Masukkan pula daun bawang, daun ketumbar, halia serta bawang putih , kisar hingga halus menjadi puri.
Cara menyediakan vinaigrette :
2. Satukan lada benggala, daun bawang, daun ketumbar, lobak putih, bawang dan halia di dalam mangkuk atau periuk. Panaskan minyak kacang di dalam kuali hingga berasap.
3. Tuangkan minyak panas ke atas sayur-sayuran tadi sehingga berdesir.
4. Gaulkan rata, dan tambahkan halia, kicap soya, jus lemon dan 1/4 cawan air , jus limau.
5. Perasakan dengan garam dan lada hitam , dan ketepikan.
Cara penyediaan masakan :
6. Sapu rata setiap belah kepingan siakap dengan pesto dan letakkan dalam bekas yang muat dalam pengukus.
7. Biarkan air mendidih dalam pengukus , kemudian masukkan bekas berisi ikan tadi.
8. Kukus 4 hingga 5 minit hingga masak, alihkan ke dalam pinggan.
9. Letakkan nasi kukus di atas atau di bawahnya
10. Siramkan dengan vinaigrette sajian itu.
Saiz hidangan : 1orang
Masa penyediaan : 5 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Sajian Filipina
Keistimewaan : Sos vinaigrette yang masam dan pesto berperisa, gabungan rasa melazatkan sajian
Info Chef : Bahan asas vinaigrette adalah minyak yang dicampur dengan jus lemon dan limau/cuka. Resipi aslinya adalah wain beras, tetapi boleh diganti dengan jus limau untuk rasa masam dan berperisa lazat.
2. SIAKAP KUKUS DENGAN TOFU JEPUN
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor @ 450gm siakap | dibersihkan dan lapkan kering
- Garam secukup rasa
- 50gm halia | dihiris halus
- Daun bawang secukupnya | dihiris halus
- 140gm tofu Jepun (sebungkus) | dihiris bulat
- 200gm pistachio panggang | buangkan selaput dan kulit
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Perasakan ikan siakap dengan garam.
2. Letakkan halia, daun bawang dan tofu di atas pinggan, letakkan ikan siakap di atasnya.
3. Baki halia dan daun bawang ditaburkan lagi atas ikan.
4. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih.
5. Letakkan redai di atas air mendidih, tutupkan dan stimkan selama 8-10 minit. Padamkan api
6. Buangkan lebihan air yang jatuh di atas ikan
7. Campurkan dengan kicap soya, gula dan sedikit minyak dan tuangkan atas ikan.
8. Taburkan dengan kacang pistachio panggang.
Saiz hidangan : 4- 5 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Stim
Jenis masakan : Ikan kukus
Keistimewaan : Sajian mudah dibuat dan enak
Info sihat : Pilih ikan yang berdaging pejal untuk sajian yang enak. Khasiat ikan dan pistachio menjadikan ia sajian yang dipercayai dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
3. FILLET SIAKAP MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap (ambil isi /fillet sahaja) | dilumur garam, kunyit dan tepung jagung
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | diketuk
- 3sm halia | dihiris halus panjang
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 biji bawang besar | belah empat atau potong membulat
- 1/2 biji cili benggala hijau | dipotong kasar
- 1/2 biji cili benggala merah |dipotong kasar
- Sepotong nenas | dipotong kiub
- 1/2 cawan sos tomato
- 1 sudu teh sos ikan
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan air tepung jagung
BAHAN HIASAN :
- 8 biji cili padi merah dan hijau
- Sedikit daun bawang | dihiris halus
- Sedikit daun sadri | dihiris halus
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan isi ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian lumurkan dengan tepung jagung.
2. Panaskan minyak dan dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga kekuningan, Masukkan pes cili kering dan tumis hingga cili masak
4. Masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
5. Akhir sekali masukkan bawang yang dibelah empat , cili benggala merah dan hijau, cili padi dan nenas.
6. Tutup api dan tuang sos masam manis ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Rasa masam manis yang seimbang adalah penentu kelazatan sajian
INFO CHEF : Selain siakap anda boleh juga menggunakan ikan kerapu, bawal dan juga jenis ikan lain yang bersesuaian.
4. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Bahan sambal ikan bakar :
- 220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
- 2 sm belacan bakar
- 150 gm bawang kecil
- Garam secukupnya
- 2 sudu teh sos ikan
- 2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
- 3 biji limau kasturi/ perah jusnya
- 2 batang serai /dihiris halus
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 4 sudu makan minyak masak
Pencicah sambal belacan dan bawang :
- 5 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 1.5 sm belacan
- 2 biji bawang kecil/dihiris nipis
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
- 1/2 cawan air asam jawa
CARA MEMASAK :
1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan.
2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Pastikan cili benar benar masak dan garing.
5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan.
7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya.
8. Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar.
9. Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan.
10. Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak.
11. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya.
12. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini.
13. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit.
14. Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Tumis dan gril/panggang
Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan
Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya
INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
Sempoi! Chicken Wraps, Ikut Selera Nak Makan Waktu Bila Janji Menyihatkan

Selalu tiada idea untuk menyediakan menu makan malam yang simple dan sihat? Cara penyediaan yang mudah boleh di buat untuk makan malam dan sarapan pagi. Isi ayam di tumis ringkas dan dibalut roti wraps dengan salad, mayonis serta sedikit sos yang memberi penuh nutrisi lengkap untuk makan malan dan sarapan anda. Buat tau!
CHICKEN WRAPS SEMPOI
BAHAN-BAHAN
- Roti wraps / atau roti canai segera
- Isi ayam dihiris-hiris
- Kepingan ayam (pilihan)
- Bawang holand (dihiris)
- Lada benggala (dihiris)
- Lobak Merah (dihiris)
- Salad
- Tomato (hiris la ikut suka)
- 1 sudu serbuk lada hitam
- 1 sudu sos tiram
- Mayonis
- Sos cili
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Panaskan roti wraps dengan balik-balikkan di atas pan dan ketepikan.
- Letakkan sedikit minyak, masukkan ayam & kepingan ayam. Kacau-kacau sampai ayam masak.
- Agak-agak sudah masak, masukkan bawang, lobak merah, lada benggala dan tomato (masak sekejap)
- Letak serbuk lada hitam dan sedikit sos tiram.
- Sapu mayonis pada roti wraps dan susun salad di atas mayonis.
- Letakkan pula bahan-bahan yang sudah dimasak tadi.
- Selepas itu letakkan sedikit sos dan balutkan.
Kredit: Ana Watie Mua