Wow…Menu Daging Masak Asam Kunyit ni memang nampak menyelerakan. Sesuai sangatlah kalau sediakan untuk makan tengahari nanti. Mudah, tak perlu masa yang banyak dan paling penting, sangat membuka selera. Bagi anda yang masih berfikir menu, cubalah lauk perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Sangat sempoi. Kalau nak lagi sedap, guna daging batang pinang. Barulah tak perlu rebus lama. Selamat mencuba.
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai. Tumis hingga wangi.
2. Bila serai sudah keperangan, masukkan bahan hiris. Tumis lagi hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kunyit, air asam jawa dan air rebusan daging. Masak hingga mendidihh
4. Bila dah mendidih ganas, masukkan daging. Gaul seketika.
5. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Biarkan sehingga kuah kering.
6. Akhir sekali, masukkan cili padi dan bunga kantan. Kacau sebati dan sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official