Begini Cara Buat Bancuhan Roti Jala Cantik, Pekat Likat, Gerenti Jadi

Share

Bancuhan roti jala yang cantik, pekat dan likat penting supaya mudah untuk ‘dijala’ atas kuali. Roti Jala memang sedap dicicah dengan kuah kari atau kuah durian. Nak buatnya memang agak renyah perlu ‘dijala’ satu persatu. Namun jika dapat sukatan dan adunan yang betul, barulah hasilnya Roti Jala ni cantik dan mudah ‘dijala’ atas kuali.

Rupanya antara tipnya, selepas adunan dibancuh ia perlu dibiarkan seketika selama 15 minit agar ia menjadi pekat dan likat. Tip mudah ini boleh membantu mendapatkan hasil yang lebih cantik apabila mula menjala nanti.

Nak buat Roti Jala, baik sukatan untuk adunan sikit mahupun banyak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Noorbaya Othman ini.

Bahan-Bahan:

Adunan 1 Kilo – Anggaran Dalam 90 Biji

1 kilo Tepung Gandum
1.7 litre air (masukkan sikit-sikit)
2 biji telur
1 sk garam
3 sudu besar minyak masak
1 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit

Sukatan ini sesuai jika nak buat dalam kuantiti yang banyak. Air pula sebaiknya dimasukkan sikit-sikit supaya lebih mudah untuk mengawal kepekatan adunan.

Adunan Untuk 3 Cawan Tepung – Anggaran 35 Biji

3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
1 sk garam
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit

Kalau nak buat dalam kuantiti yang lebih sedikit untuk makan bersama keluarga di rumah, boleh gunakan sukatan 3 cawan tepung ini. Anggarannya boleh mendapat sekitar 35 biji.

Cara Membuat Bancuhan Roti Jala Cantik

  1. Kacau semua bahan dalam bekas besar.
  2. Kisar.
  3. Tapis adunan ke dalam jug supaya senang nak masukkan dalam botol acuan Roti Jala.
  4. Biarkan selama 15 minit untuk dapatkan adunan yang cantik sebab tepung akan jadi sedikit pekat dan likat. Ready to menjala.

Langkah menapis adunan juga penting supaya adunan lebih halus dan mudah keluar melalui lubang botol acuan. Bila adunan lebih sekata, proses nak menjala atas kuali pun jadi lebih mudah.

bancuhan roti jala

Tip Bancuhan Roti Jala Pekat Dan Likat

Selepas semua bahan siap dikisar dan ditapis, jangan terus menjala. Biarkan adunan selama kira-kira 15 minit terlebih dahulu. Dalam tempoh ini tepung akan menjadi sedikit pekat dan likat.

Inilah antara tip penting untuk mendapatkan bancuhan roti jala yang cantik. Adunan yang elok akan lebih mudah dikawal ketika dijala atas kuali dan corak jalanya juga lebih mudah terbentuk.

Jika menggunakan sukatan 1 kilo tepung, masukkan air sedikit demi sedikit seperti yang dikongsikan dalam resipi. Cara ini memudahkan kita melihat keadaan adunan sebelum memasukkan keseluruhan air.

Jangan Lupa Rehatkan Adunan 15 Minit

Walaupun nampak seperti langkah yang ringkas, tempoh 15 minit tersebut jangan dilupakan. Selepas dikisar dan ditapis, beri masa untuk adunan menjadi sedikit lebih pekat dan likat sebelum dimasukkan ke dalam botol acuan.

Bila dah cukup 15 minit, bolehlah mula menjala satu persatu atas kuali. Kemudian bolehlah dinikmati dengan kuah kari atau kuah durian mengikut selera masing-masing.

Selamat Mencuba!

Begini rupanya nak dapatkan adunan Roti Jala yang cantik, pekat dan likat. Rupanya kena biarkan bancuhan 15 minit. Jadi mak-mak yang nak cuba buat sendiri Roti Jala di rumah, boleh ikut resipi dan sukatan yang dikongsikan ini.

Bancuhan Roti Jala

Sumber: Siti Noorbaya Othman

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Published by
Suhaidah Abd Wahab