Ads

Bakso Minang. Sekali Cuba, Pasti Terkenang-Kenang!

Sesuai dinikmati dikala sarapan. Jika suka pedas, hidangakan bersama sambal hijau, kicap dan sos cili.

 

BAHAN A:

Ads
  • 500gm daging kisar
  • 50gm tepung sagu
  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit lada putih

 

BAHAN B:

Ads
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit daun bawang | dihiris
  • 20gm mi kuning | direndam air suam seketika
  • Sedikit tauge

 

BAHAN SUP:

Ads
  • 5 ulas bawang merah | dihiris
  • 2 batang daun bawang
  • 1 sudu teh garam

 

CARA MEMASAK:

  1.  Campurkan bahan A di dalam mangkuk dan uli sebati. Bentukkan adunan menjadi bentuk bebola dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  2.  Didihkan air di dalam periuk dan rebus bebola daging sehingga timbul di permukaan air. Simpan air rebusan.
  3.  Panaskan air rebusan, masukkan bawang merah, daun bawang dan garam. Biarkan mendidih.
  4.  Masukkan bahan B dan bebola daging ke dalam mangkuk. Tuangkan sup.
  5.  Sedia untuk dinikmati
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Ini Resipi 33 Tahun, Royal Pineapple Cheese Tart Gebu & Cair...

Kuih tart nenas keju atau Royal Pineapple Cheese Tart merupakan antara kuih kegemaran ramai kerana rasanya yang lemak manis, gebu dan cair dalam mulut. Ramai yang suka buat untuk makan sendiri seisi keluarga ataupun dibuat berniaga pada musim-musim perayaan. Ada pelbagai resipi untuk menghasilkan kuih tart nenas yang sedap.