
Sengkuang cina membantu menyejukkan badan. Semasa penyediaannya, pastikan tepung disadur rata ke seluruh bahagian sengkuang supaya ia lebih rangup dan enak.
- 1/2kg sengkuang cina | dipotong dadu
- 250gm tepung ubi
- 150gm gula pasir
- 1/2 biji kelapa
- Beberapa helai daun pandan
- Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
- Secubit garam
- Bahagikan sengkuang kepada tiga bahagian dan rendamkan dalam air berwarna merah, hijau dan juga kuning. Biarkan direndam seketika.
- Tos sengkuang kemudian digaulkan dalam tepung ubi sehingga rata.
- Didihkan air dan masukkan kesemua sengkuang tadi. Biarkan masak sehingga sengkuang timbul di permukaan air.
- Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Tos airnya.
- Dalam periuk berasingan, didihkan santan bersama gula, garam serta daun pandan yang disimpul. Biarkan mendidih dan pekat.
- Masukkan sengkuang cina ke dalam kuah santan dan kacau sebati.
- Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.
Resipi Popia Simpul Inti Serunding Ikan Bilis, Rangup Dan Sedap Sangat

Popia Simpul Inti Serunding Ikan Bilis sangat sedap dimakan berulang-ulang. Kalau dah ‘start’ makan memang susah hendak berhenti. Macam ketagih pula bila sudah mula makan. Walaupun kudapan ini nampak ringkas namun ia tetap menjadi pilihan tetamu. Buktinya setiap kali tetamu datang, memang akan habis sebalang. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Popia Simpul Inti Serunding Ikan Bilis ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Siti Hajar Hashim
RESIPI POPIA SIMPUL INTI SERUNDING IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk ikan bilis – BELI ONLINE
12 tangkai cili kering (rebus dulu) – BELI ONLINE
1 biji bawang besar (potong kecil)
5 ulas bawang putih (potong kecil) – BELI ONLINE
5 batang serai (potong kecil)
Sedikit halia (agak-agaks sahaja) potong kecil – BELI ONLINE
1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat (boleh guna santan kotak)
2 sudu makan gula – BELI ONLINE
2 sudu makan minyak masak – BELI ONLINE
1 sudu teh garam – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Cuci ikan bilis dan rebus hingga mendidih. Toskan dan kisar guna pengisar (blender) kering.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, serai, halia, cili kering, santan dan air. Kisar hingga sebati.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selama 5 minit. Masukkan gula dan garam.
4. Masukkan ikan bilis yang telah dikisar tadi. Kacau sehingga kering. Agak lama juga hendak tunggu kering, lebih kurang 40-45 minit.
5. Langkah seterusnya, sediakan kulit popia. Gunting kecil-kecil. Potong lapan bahagian untuk sekeping kulit popia.
6. Letakkan serunding di atas kulit popia tadi. Simpul kemas-kemas. Buat hingga habis.
7. Goreng hingga masak. Biarkan seketika kemudian bolehlah masukkan ke dalam balang kedap udara.
Sumber kredit resepi: Siti Hajar Hashim via Masak Apa Hari Ni
Sumber kredit video: Mastura Abd Aziz via Resipi Moden
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Nasi Beringin dan 4 Variasi Lauk Pauk Ayam & Daging, Maliza Berkongsi Rahsia Resipi

Lauk pauk kali ini resipi warisan keluarga Maliza Ghani, pemilik Manisa Cafe di Accentra Glenmarie, Shah Alam ini. Dimakan pula dengan Nasi Beringin sajian Johor yang cukup popular, perrgh memang ‘terangkatlah’.
Cukup berperisa, dan cukup rempah ratusnya. Jom cuba menu ini…
1. NASI BERINGIN
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg beras basmathi | direndam setengah jam terlebih dahulu
- 2 biji bawang besar | dimayang
- 2 ulas bawang putih | dimayang
- 4 sm halia | ditumbuk
- 5 batang serai | diketuk
- 2 helai daun pandan | disimpul
- 1 biji kelapa | ambil santannya
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 biji bunga lawang
- 5 tangkai bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 helai daun pandan
- 1/4 cawan minyak masak
- 2 sudu minyak sapi
- 1 liter air
- Beberapa titik pewarna kuning @serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan beras dan rendamkan sekurang-kurangnya setengah jam. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan pula serai.
4. Kemudian sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi.
5. Kemudian masukkan santan dan air dan masukkan air.
6. Masukkan pewarna atau serbuk kunyit dan pewarna atau serbuk kunyit.
7. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila hampir kering, tutup periuk dan kecilkan api.
8. Biarkan ia masak dan kacau sekali.
9. Taburkan bawang goreng sebelum dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 30 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan rempah ratus beraroma yang wangi
INFO : Anda boleh juga menambah daun pudina untuk rasa yang lebih lazat dan berperisa.
2.AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | digoreng setengah masak (sudah dipotong beberapa bahagian)
- 2 sudu makan tomato puri
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 biji tomato belah empat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
BAHAN DIKISAR :
- 10 tangkai cili kering | rebus sebentar baru kisar
- 5 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar. Tumis hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan tomato puri dan sos tomato, kacau sebati.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng setengah masak tadi (yang telah digaul garam dan serbuk kunyit.
4 .Kecilkan api dan balik-balikkan dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa, dan biarkan ayam masak.
5. Lauk siap dihidang.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 30 minit
Keistimewaan : Rasa masam manis dan pedas yang lazat
INFO : Anda boleh menambah kacang peas hijau jika suka, tapi bahan ini opsyenal sahaja. Sedap dimakan dengan nasi minyak, tomato dan nasi impit.
3. AYAM BAKAR TIKKA
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | dikukus atau rebus dengan garam dan kunyit selama 20 minit
- 1/2 sudu makan asam jawa | campur sedikit air
- 1/2 biji gula Melaka
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk memasak
BAHAN DIKISAR :
- 10 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
- 6 tangkai cili kering | direbus sebentar baru dikisar
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau..
2. Masukkan gula Melaka, asam jawa dan garam secukup rasa. Ketepikan
3. Susun ayam yang direbus (dipotong beberapa bahagian) atas pemanggang yang arangnya sudah dinyalakan dan tersedia.
4. Panggang atau bakar ayam sambil sapukan / siramkan dengan bahan tumisan.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 30 minit
Keistimewaan : Rasa masam manis dan pedas yang lazat
INFO : Bakar hingga 7-8 minit setiap bahagian dan balik-balikan. Ayam bakar tikka adalah menu berasal dari India yang sangat popular.
4. AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | dipotong beberapa bahagian
- 3 sudu makan rempah kari | campur sedikit air jadikan pes
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Beberapa helai daun kari
BAHAN DIKISAR :
- 2.5 sm halia
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan dikisar bersama serbuk cili, kunyit dan garam secukup rasa. Perap selama 30 minit.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 30 minit
Keistimewaan : Enak dengan rasa ayam yang kaya dengan rasa rempah
INFO : Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih supaya rempahnya sebati dan meresap ke daging.
5. DAGING DENDENG HITAM
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg daging batang pinang | digoreng dan diketuk terlebih dahulu
- 1 cawan kicap manis
- 1 biji buah pala | ditumbuk
- 3 biji buah keras | ditumbuk
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 4 biji pelaga
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 tangkai bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN DIKISAR :
- 7 tangkai cili kering | direbus dahulu sebelum mesin
- 2 biji bawang besar
- 3 sm halia
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Hiris daging sederhana tebal.
2. Rebus daging dengan sedikit air.
3. Tos daging dan tumbuk atau ketuk hirisan daging hingga leper dan bertekstur halus
4. Kemudian goreng dan ketepikan sebentar.
5. Panaskan minyak tumis bahan kisar dengan rempah empat sekawan (kulit kayu manis, pelaga,cengkih dan bunga lawang). Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
6. Masukkan buah pala, buah keras dan serbuk jintan manis. Kacau sebati
7. Masukkan daging dan kicap manis. Kecilkan api dan biarkan daging mereneh dan sebati dengan semua bahan-bahan di dalam kuali.
8. Perasakan dengan garam dan gula
9. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 30 minit
Keistimewaan : Daging dimasak hingga empuk dan lembut dan kaya dengan rasa kicap lemak manis berempah
INFO : Jika suka daging yang sudah direbus juga boleh diperap dengan kicap manis selama setengah jam untuk rasa kicap yang lebih sebati. Pastikan setiap hirisan daging diketuk hingga teksur halus dan lembut.
TERIMA KASIH : Manisa Cafe, 16, Jalan Presiden F U1/F, Accentra Glenmarie, Shah Alam, Selangor. FB :manisacatering, IG:manisa_catering
Wajib Cuba, Asam Pedas Ikan Tenggiri Terlajak Sedap, Cukup Power!

Asam pedas adalah satu resipi yang sedap sungguh. Syaratnya, masa menumis tu kena lama. Biar naik minyak betul-betul. RASA kongsikan resipi daripada SuiSan Aliezsha yang memuat naik resipi ini dalam facebook group RASA Share Resepi.
Menurut SuiSan Aliezsha, dia suka menggunakan ikan tenggiri sebab ikan ini mempunyai daging yang lebih sedap.
ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN
7 tangkai cili kering
Sedikit belacan
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Minyak masak untuk menumis dan menggoreng
Ikan tenggiri
Serbuk kunyit
1 labu bawang besar (potong 4)
Sedikit air asam jawa
Sedikit air untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato (belah 4)
3 biji bendi
CARA MEMBUAT
1. Kisar cili kering, belacan, kunyit hidup, halia, bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Gaul ikan tenggiri dengan serbuk kunyit. Goreng ikan tenggiri separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan minyak goreng ikan tadi, agak-agak kuantitinya untuk menumis. Tumis bahan tumis tadi sampai naik minyak.
4. Masukkan bawang besar. Tumis lagi.
Masukkan air asam jawa dan air untuk kuah.
5. Masukkan ikan tenggiri dan perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan tomato dan bendi. Biarkan mendidih seketika. Matikan api dan angkat.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi: SuiSan Aliezsha
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7