Satu cara selamat dan tidak perlu berbelanja besar untuk tubuh sihat dan fit adalah melalui pengambilan makanan yang sihat dan bernutrisi secara rutin. Sebagai permulaan kita cuba beberapa resipi sihat yang disediakan oleh Nurul Izzah dan Asap Steamboot & Grill sebagai panduan untuk anda sediakan sajian keluarga di rumah.
IKAN SIAKAP KUKUS LIMAU ALA THAI
Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan siakap | sederhana besar
1 batang serai | hiris serong
1/2biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
4 biji cili padi | ketuk
3cm halia | hiris halus
1/4 kiub pati ikan bilis
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
2 helai daun limau purut | buang urat
1 sudu makan sos ikan
1/2 sudu makan kicap cair
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan air
Garam, gula, dan perasa secukupnya
Daun ketumbar, daun bawang | hiris untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air dalam periuk pengukus.
2.Sementara itu sebahagian bahan hirisan di dalam pinggan pengukus, kemudian letakkan ikan di atasnya dan taburkan lagi bahan hirisan yang tinggal.
3.Seterusnya, masukkan sos tiram, sos ikan, kicap cair dan taburkan kiub pati ikan bilis.
4.Sebelum masukkan dalam pengukus tambahkan sedikit air.
5.Kukus lebih kurang 6-10 minit atau hingga ikan masak.
6.Sebelum angkat, masukkan air bancuhan tepung jagung, gula, perahan jus limau kasturi dan garam jika perlu.
7.Biarkan 1-2 minit kemudian angkat dan hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan daun bawang.
8.Sedia dinikmati.
INFO CHEF:
Jika ingin lebih pedas boleh tambah hirisan cili.
….
TAUHU BAKAR
i
BAHAN – BAHANNYA:
6-8 biji tauhu pok | saiz empat segi
1/2 biji sengkuan | parut halus
1/2 batang timun | buang ini tengah dan parut halus
1/2 batang lobak merah | parut halus
1/2 cawan tauge | buang ekor, celur seketika dan tos
2-3 biji cili padi | hiris jika perlu
BAHAN SOS:
1 cawan kacang tanah | goreng tanpa minyak & kisar kasar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
2 ulas bawang merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
Garam, gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1.Panggang atau bakar tauhu dalam ketuhar atau di atas kuali biasa.
2.Belah empat tidak putus permukaan tauhu dan sumbatkan di dalamnya dengan campuran hirisan sayur tadi. Ketepikan
3.Sementara itu masukkan pes cili kering dalam periuk bersama sedikit air, air asam jawa, gula dan sedikit garam.
4.Didihkan hingga kuah pekat.
5.Sebelum angkat, pastikan rasa manis, masam dan masinnya cukup.
6.Tuangkan dalam mangkuk dan taburkan kacang tanah di atasnya. Atau boleh gaulkan sekali.
7.Hidangkan bersama tauhu bakar tadi.
INFO CHEF:
Selain tauhu bulat boleh juga guna tauhu biasa, tetapi goreng dan bakar dahulu sebelum disumbat.
…..
DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm daging | bersihkan dan tos
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
3 batang serai
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN AIR ASAM:
150gm asam jawa
3cm belacan | bakar
Air suam secukupnya
1 biji bawang besar saiz sederhana | potong dadu
15 biji cili padi | dihiris halus
1 biji tomato | potong dadu
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
2.Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.
3.Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
4.Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
5.Sementara itu siapkan air asam.
6.Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.
7.Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.
8.Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
9.Seterusnya perasakan dengan gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.
10.Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.
….
TOMYAM STEMBOAT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SEAFOOD
1 ekor ketam | bersih dan toskan
100gm lala | bersih dan tos
100gm kerang | bersih dan tos
100gm kepah | bersih dan toskan
100gm pepahat | bersih dan toskan
BAHAN SAYURAN:
Ads
1 pokok sawi Fat Choy
1 biji tomato | belah empat
Sedikir hirisan cili benggala hijau, kuing dan merah
Cendawan jarum mas
1 biji bawang besar | hiris bulat
Seddikit minyak masak
Air stok ayam
2 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji tomato
4 biji cili padi | jika ingin lebih pedas boleh tambah
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 helai daun limau purut
2cm lengkuas
BAHAN TITIK:
2cm lengkuas
2 helai daun limau purut
2 batang serai | titik
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga wangi.
2.Masukkan serai titik dan daun limau purut bersama air rebusan stok ayam secukupnya, kemudian biarkan tomyam mendidih lebih kurang 3-4 minit.
3.Lengkapkan rasa dengan jus limau nipis, garam dan perasa secukupnya,
4.Seterusnya masukkan ketam, udang dan bahan seafood yang lain.
5.Setelah bahan seafood masak, masukkan bahan sayuran.
6.Kecilkan api dan biarkan tomyam mereneh.
7.Taburkan hirisan daun ketumbar di dalam tomyam sebelum dhidangkan.
8.Boleh dihidangkan bersama nasi putih atau aneka mi.
INFO CHEF:
Untuk lebih masam dan pedas boleh tambah cili dan jus limau nipis.
….
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG BERSAMA NANAS MADU
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung | bersih dan toskan
2 potong nanas madu | hiris nipis
1 kuntum bunga kantan | belah dua
4 tangkai daun kesum
1/2 cawan air asam jawa
1 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
1 keping asam keping
BAHAN KISAR:
Ads
10 tangkai cili kering
3 biji cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm belacan
CARA MEMASAK:
1.Masukkan bahan kisar, air asam jawa dan serai yang dititik dalam periuk.
2.Tambah air secukupnya dan biarkan mendidih.
3.Seterusnya masukkan ikan kembung, nanas, bunga kantan, daun kesum dan asam keping..
4.Biarkan mereneh lebih kurang 3-5 minit.
5.Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF:
Selain ikan kembung, ikan pari juga enak dimasak asam rebus.
…..
PECAL SAYUR
BAHAN-BAHAN:
150gm kangkong | potong 3cm
100gm kacang panjang | potong 2.5cm
150gm tauge | celur
1/2 batang timun | hiris memanjang
1/2 biji sengkuang | hiris memanjang
1 paket tempe | goreng dan potong dadu
1 keping tauhu | goreng dan potong dadu
BAHAN-BAHAN KUAH KACANG:
1.cawan kacang tanah | goreng tanpa minyak & kisar kasar
2.5cm belacan | bakar
10 biji padi | buang tangkai
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
2cm cekur kecik | hiris
80ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
Air suam secukupnya | untuk membancuh
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih celur bahan sayur, mula dengan tauge, diikuti kacang panjang dan kangkong. Angkat dan toskan.
2.Potong sayur yang dicelur dan ketepikan bersama hirisan timun, sengkuang, temped an tauhu goreng.
3.Untuk menyediakan kuah kacang. Panaskan sedikit minyak, gorengkan hirisan bawang merah, bawang putih, cekur dan cili padi hingga layu. Kemudian angkat.
4.Bahan yang dgoreng ini dikisar hingga lumat bersama garam dan gula secukupnya.
5.Seterusnya masukkan air asam gaul sebati.
6.Akhir sekali masukkan kacang yang telah dikisar kasar. Gaul rata dan sebati.
7.Bancuh pes kacang dengan air suam sesuai dengan kepekatan yang diperlukan.
8. Masukkan sayur-sayuran di dalam pinggang dan hidangkan dengan kuah kacang.
INFO CHEF:
Untuk lebih pedas boleh tambah cili, begitu juga dengan isian. Boleh tambah telur atau mi.
…..
Ayam Goreng Serai ialah hidangan tradisional Melayu yang menggunakan serai sebagai bahan utama perapan. Selain memberi aroma wangi, serai juga membantu menaikkan rasa ayam. Hidangan ini bukan sahaja popular di Malaysia, tetapi juga di negara jiran seperti Indonesia dan Thailand dengan versi masing-masing.
Kalau sebut lauk popular orang Malaysia, Ayam Goreng Serai pasti jadi kegemaran ramai. Resepi ayam goreng ini terkenal dengan rasa rangup di luar, lembut di dalam, ditambah aroma serai yang harum semerbak. Ia sesuai dimakan dengan nasi putih panas, nasi lemak atau pun dijadikan lauk harian. Dalam artikel ini, kami kongsikan resepi Ayam Goreng Serai mudah, lengkap dengan cara buat, tips rahsia dan variasi menarik yang boleh anda cuba.
Resepi Ayam Goreng Serai Mudah & Sedap
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1 biji telur ayam
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil lada sulah
5 batang serai (diketuk)
4 sudu
BAHAN KISAR HALUS:
5 batang serai ( 5 hiris dan kisar)
3 inci halia
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5-6 helai daun limau purut
1 biji telur ayam
Sedikit air
Cara Memasak:
Perap ayam garam, serbuk perasa dan lada sulah serta bahan kisar selama 30 minit.
Selepas 30 minit, ayam yang diperap dan gaul rata dengan tepung ubi. Kemudian goreng dalam minyak yang panas dan banyak
Tambah serai yang diketuk untuk tambah aroma.
Siap untuk dihidangkan
Tips Rahsia Ayam Goreng Serai Lebih Sedap
Tambah tepung beras dalam perapan untuk tekstur lebih rangup.
Perap ayam 2–3 jam untuk rasa lebih meresap.
Gunakan serai muda supaya aroma lebih wangi dan tidak liat.
Goreng dengan api sederhana supaya ayam masak sekata dan tidak hangus.
Variasi Ayam Goreng Serai
Ayam Goreng Serai Thai – Tambah sos ikan & daun limau purut.
Ayam Goreng Serai Berempah – Campur serbuk jintan manis, jintan putih & kari untuk rasa lebih padu.
Ayam Goreng Serai Crispy – Salut ayam dengan tepung gandum + tepung jagung sebelum digoreng.
Resepi Ayam Goreng Serai ini sangat mudah dan sesuai untuk pelbagai hidangan. Dengan aroma serai yang harum serta tekstur ayam yang rangup, ia pasti jadi rebutan di meja makan. Cubalah resepi ini di rumah dan jangan lupa kongsikan dengan keluarga dan rakan supaya semua dapat nikmati keenakan lauk tradisional ini.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Hidangan sup ringkas yang dimasak menggunakan bahan-bahan segar sememangnya sangat lazat. Penggunaan bahan berkualiti seperti makanan laut, isi ayam, daging dan telur memberikan rasa, aroma serta keenakan yang tersendiri. Ditambah pula dengan penambahan aneka sayur-sayuran berkhasiat serta rempah, menjadikan hidangan sebegini semestinya sangat bagus untuk dicuba dan disajikan buat keluarga.
1. SUP UDANG DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm udang sederhana besar
1/2 biji nanas | dihiris
1 biji cili merah
2 biji cili padi
3 ulas bawang putih | dihiris
Sedikit daun bawang | dihiris
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
Sedia untuk dinikmati.
2. SUP KAMBING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
5 keping isi dan tulang kambing
1 biji bawang Bombay | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
2 sudu makan serbuk rempah sup | tambahkan sedikit air supaya menjadi pes
1 kiub stok daging
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh herba basil
1 liter air
1 biji ubi kentang | dipotong kiub
Hirisan cili merah secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang Bombay, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan pes rempah sup dan tumis seketika.
Masukkan daging serta tulang kambing dan gaul sebati. Tambahkan air dan kacau sebati. Perlahankan api dan biarkan sup merenih.
Tambahkan kiub stok daging, herba basil dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
Perasakan dengan garam mengikut cita rasa anda.
Hidangkan bersama hirisan cili merah dan daun bawang.
3. SUP KELAPA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang
1 biji air kelapa
1 kiub stok ayam
100gm isi kelapa | dihiris nipis
2 biji cili padi merah | dihiris nipis
Daun bawang untuk hiasan
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
4. SUP EKOR PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ekor lembu
3 ulas bawang putih | diketuk
1 biji bawang bombay | dimayang
2 kiub stok daging
2 liter air
3 biji tomato ranum | dibelah empat
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan ekor lembu, bawang putih, bawang Bombay dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
Kemudian masukkan stok daging. Reneh menggunakan api perlahan. Tambah air jika perlu.
Masukkan buah tomato dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah dengan secukupnya.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
5. SUP PETOLA BEBOLA IKAN
BAHAN-BAHAN:
1 batang petola | dibuang kulit dan dipotong kecil
1 paket bebola ikan
1 kiub stok ikan
3 ulas bawang putih | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
1000ml air
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus bawang putih bersama kiub stok ikan dan air sehingga mereneh.
Kemudian masukkan bebola ikan dan petola. Biarkan sehingga petola menjadi lembut.
Kemudian masukkan hirisan cili merah. Didihkan seketika.
Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah sebelum dihidang.
6. SUP RASSAM
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih | dicincang halus
2 sudu teh jintan manis
3 ulas bawang merah | dimayang
6 tangkai cili kering
2 biji tomato masak ranum
1 tangkai daun kari
4 sudu makan pes asam jawa | dicampurkan dengan 750ml air
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit hirisan leek | hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan jintan manis sehingga wangi.
Kemudian masukkan bawang merah, cili kering, tomato dan daun kari. Kacau sehinga naik bau.
Tambahkan air asam jawa dan serbuk lada hitam. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Renihkan sehingga rassam masak dan kelihatan sebati.
Kali ini RASA ingin berikan resipi telur dadar bayam. Resipi ini sangat ringkas namun sebenarnya sangat menyelerakan.
Sesuai untuk dimakan begitu sahaja namun boleh juga dijadikan sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi.
Resipi ini dikongsikan oleh David Junior di facebook group Rasa Share Resipi. Jom kita lihat resipinya.
TELUR DADAR BAYAM
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air
4 biji telur ayam
1 ulas bawang putih
1 daun bawang
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil bouillon cendawan
1 genggam besar daun bayam
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap
1 sudu kecil sos cili
1 sudu besar sos tiram
CARA MEMBUAT
1. Sediakan mangkuk besar, masukkan tepung jagung dan air, kacau hingga larut kemudian pecahkan telur ke dalam mangkuk, pukul hingga sebati.
2. Bawang putih dicencang kasar. Daun bawang dipotong pendek 1 cm. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi cecair telur tadi.
3. Masukkan lada hitam, bouillon cendawan dan gaul rata.
4. Masukkan segenggam bayam, gaul rata bersama adunan telur ayam tadi.
5. Untuk sos, sediakan mangkuk. Campur sos tomato, kicap, sos cili, sos tiram dan gaul rata.
6. Dengan api sederhana, panaskan minyak masak. Masukkan adunan telur bayam, leperkan bayam dan masak sehingga bahagian bawah berwarna golden brown.
7. Kemudian terbalikkan untuk masak bahagian atas. Masak lebih kurang 30 saat sahaja supaya bayam masih hijau.
8. Balikkan semula kemudian lipat telur dadar bayam. Pindahkan ke dalam pinggan. Potong menjadi beberapa bahagian.
9. Panaskan kuali. Masak sos lebih kurang 30 saat kemudian sudukan ke atas telur dadar bayam. Sedia untuk dinikmati.
Sedapnya!
Boleh juga tonton video di Youtube untuk menonton sendiri cara memasak dengan lebih jelas. (Klik Sini)
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!