Hanya menggunakan dua bahan yang mudah didapati, anda mampu menghasilkan minuman yang bagus dalam membantu menurunkan bacaan kolesterol. Anda boleh cuba.
Menerusi perkongsian Puan Lin Zalika, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan jus bagi menurunkan paras kolesterol yang hanya menggunakan dua bahan sahaja. Antara yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
30 ulas bawang putih | ulas besar
5 biji lemon
1 liter air
CARA-CARA:
1. Kisar bawang putih, lemon ( bersama kulit) dan air hingga halus.
Ads
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
Ads
3. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Untuk menikmatinya, minum 10 @ 15ml pada setiap pagi sebelum sarapan.
5. Bagi yang mempunyai bacaan kolesterol yang tinggi, boleh minum pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Penceramah Kesihatan, Norazizah Ruslan memberikan resipi membuat jamu cekur kunyit dan teh masala yang bagus untuk kesihatan dalam seseorang individu. Menurut beliau, jamu cekur kunyit membantu meningkatkan antibodi tubuh seseorang disebabkan khasiat dalam kunyit itu sendiri.
Di samping itu, teh masala pula membantu masalah angin dalam badan. Minum teh masalah pada ketika teh itu suam amat bagus juga untuk membantu seseorang itu berpeluh sekali gus meningkatkan stamina badan.
Menurut Norazizah, minum jus yang dibuat sendiri lebih baik berbanding dibeli kerana kita boleh pantau kandungan yang dimasukkan dalam jus tersebut. Jangan tambah gula untuk mengekalkan khasiat jus di samping tidak menambah gula dalam badan.
BAHAN-BAHAN
200 gram kunyit segar (sebaiknya ibu kunyit)
200 gram temu kunci
200 gram kencur atau cekur
Air gula merah atau madu (secukupnya)
Air asam jawa atau jus limau atau jus lemon.
CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan kunyit, temu kuci dan kencur atau cekur dalam slow juicer.
2. Jika tiada slow juicer, masukkan dalam pengisar dan kisar bersama 500 ml air.
3. Perah guna penapis teh tarik atau kain kasa.
4. Pati perahan tadi boleh dicampurkan dengan air gula merah atau madu dan perahan air asam jawa, jus limau atau lemon mengikut cita rasa.
Jamu cekur kunyit elok untuk manfaat dalaman wanita. Selain bantu tingkatkan antibodi, boleh juga membantu masalah angin dalam badan dan pelawasan.
BAHAN-BAHAN
5 uncang teh
1/2 cawan susu segar
2 susu besar gula perang atau secukup rasa.
1 helai daun pandan disimpul
1 ketul halia sebesar ibu jari kaki
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
500 ml air
CARA MEMBUAT
1. Rebus air bersama daun pandan, halia, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam hingga betul-betul mendidih.
2. tutup api dan masukkan uncang teh. Biar terseduh 10 minit.
3. Buangkan daun pandan dan uncang teh.
4. Masukkan susu dan gula secukup rasa.
Teh masala memang bagus untuk bantu buang angin dalam badan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Air Katira minuman yang cukup popular dan sentiasa diburu di bazar-bazar Ramadan. Ada berbagai versi Air Katira namun Air Katira yang paling sedap dan mantap tentulah Air Katira versi Johor. Sebenarnya tidak susah mana pun hendak membuat Air Katira. Apa kata berbuka hari ini kita cuba buat Air Katira mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar katira 1 sudu besar biji selasih – BELI ONLINE 3 biji kurma 3 biji kembang semangkuk 4 biji badam 4 helai daun pandan 4 sudu besar gula –BELI ONLINE 1 liter susu segar
*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500 ml
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
2. Semua bahan ini akan mengembang. Jika Sudah kembang, kira sudah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
3. Sementara itu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan carik halus, sekadar untuk hiasan.
4. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
5. Bahan-bahan rendam tadi sudah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
6. Boleh satukan semua bahan yang kita sudah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos. Jangan tuang terus dalam susu. Ini bagi mengelakkan susu menjadi cair. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tidak perlu tambah gula.
7. Air katira Johor sudah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Minuman herba berkhasiat. Selain mempunyai manfaat yang tersendiri ia mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan dalam tubuh badan. Tak cuba tak tau, buat sendiri dan rasai kesegarannya!
BAHAN-BAHAN:
500 gm aloe vera di potong dadu
500 gm kurma merah
400 gm gula batu
12 helai pandan
3 liter air
CARA MEMASAK:
1. Rebus semua bahan hingga mendidih guna api perlahan selama 1 jam 1/2
2. Sejukkan dan siap di minum.
Kongsi resipi: Mas Cotek
Manfaat aloe vera untuk kesihatan:
1. Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap Kesihatan
2. Lidah Buaya Mengandung Antioksida Dan Antibakteria
3. Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar
4. Air Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Plak Gigi, Setanding Dengan Mouthwash
5. Lidah Buaya Boleh Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir)
6. Lidah Buaya Boleh Merawat Sembelit
7. Manfaat Lidah Buaya Untuk Wajah dan Kulit
8. Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah (Terutama Bagi Pesakit Kencing Manis)
Sumber: mrtengkuasmadi.com
1. Kurma Merah boleh meningkatkan produksi sel darah putih yang bermanfaat untuk tingkatkan ketahanan tubuh.
2. Mampu turunkan kandungan kolesterol yang dapat membuat perlindungan manfaat hati (liver).
3. Kurma Merah kaya dengan anti-oksidan yang boleh melemahkan sel kanser.
4. Mampu memberikan nutrisi serta meningkatkan produksi darah.
5. Kurma Merah bermanfaat juga pada wanita kerana ia boleh melancarkan pengeluaran darah haid dan darah selepas melahirkan.
6. Sangat baik untuk pesakit diabetes,
7. Bagus untuk mengatasi perut kembung dan penderita masalah pencernaan seperti sembelit.
8. Menyembuhkan batuk berkahak, sakit gigi, dan infeksi gusi.
9. Boleh merangsang pembentukan air susu untuk ibu yang menyusui.
10. Dapat menenangkan fikiran dan boleh menyembuhkan pesakit insomnia.
Sumber: Amina Alami
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!