Baby Cakoi & Baby Donut Kegemaran Anak, Lembut Sampai Ke Malam

Share

Kuih donut memang tidak dapat dipisahkan dengan anak-anak. Teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan anak ketagih nak makan. Hidang setiap hari pun tak mengapa, tidak menjemukan. Boleh buat baby cakoi dan baby donut, makan panas-panas memang ngam. Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Missz Amira.

 

BABY CAKOI

Langkah 1
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin/mentega/butter


1 sudu kecil garam

Cara membuat:
1.Campur semua dan gaul sampai jadi serbuk roti.

Langkah 2
1 cawan air suam
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu besar yis

Cara membuat:
1.Campur semua, kacau sebati dan terus masukkan ke dalam tepung tadi.

Langkah 3
1. Uli hingga sebati. Doh memang lembik sedikit jangan risau, Nanti dah kembang doh akan lebih gebu dan senang dibentuk.
2.Biarkan naik/kembang 2 kali ganda (bajet masa 30 /40minit/1 jam) bergantung pada cuaca/yis/doh.


3.Bila dah naik/kembang tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.

Langkah 4
1.Untuk elak melekat pada tangan gunakan tepung gandum untuk bentukkan baby cakoi dan donut.


2.Baby cakoi – gelek-gelekkan doh atas papan bagi panjang dan potong ikut saiz yang kita nak kemudian kepitkan antara dua.
3.Baby donut – bulatkan doh kemudian tekan leper dan tekap menggunakan penutup botol/nozel
4.Biarkan naik/kembang 2 kali ganda (bajet masa 30/40minit/1 jam) bergantung pada cuaca/yis/doh.
5.Panaskan minyak. Pastikan betul-betul panas. Goreng gunakan api kecil serdahana.

Baby cakoi yang dah naik 2 kali ganda. Sedia untuk digoreng.

Panas-panas dari dapur.
Kredit: Missz Amira

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.dailymotion.com/video/x8c32hr

https://www.dailymotion.com/video/x8bx6nk

https://www.dailymotion.com/video/x8c7ka6

https://www.dailymotion.com/video/x8c2yy9

IKLAN