Resipi Ayam Panggang Serai Cicah Air Asam, Gerenti Sedap!

Anda dan keluarga suka sangat nikmati sajian Ayam Panggang? Resipi di bawah ini tentunya terbaik dan sesuai untuk anda cuba. Lengkap dengan cara-cara membuat Air Asam yang sedap. Memang padu. Tak perlu beli lagi. Anda sendiri boleh buat di rumah. Pasti puas hati.

AYAM PANGGANG SERAI DAN AIR ASAM

BAHAN A (Ayam Panggang)

  • 1 ekor ayam | belah dua
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 5 ulas bawang putih | kisar lumat
  • 3 sm halia (kisar lumat)
  • 1 batang serai | kisar lumat
  • 1 sudu makan MAGGI CUKUP RASA
  • Lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa

BAHAN B (Air Asam)

IKLAN
  • 1 cawan air asam jawa
  • 5 biji cili padi | tumbuk kasar
  • 1 biji cili merah | tumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar | mayang halus
  • 2 cm belacan bakar
  • 1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
  • Sedikit gula

 

IKLAN

 

CARA MEMASAK

  1. Bersihkan ayam dan perap dengan semua BAHAN A selama sejam atau lebih.
  2. Kemudian panggang ayam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit atau hingga ayam masak. Ketepikan.
  3. Untuk membuat Air Asam, satukan semua BAHAN B dan sesuaikan rasanya.
  4. Hidangkan Ayam Panggang bersam Air Asam. Selamat mencuba!

Selamat mencuba!

 

Layari www.maggi.my untuk lebih resipi!