

Ingin resipi yang ringkas dan cepat tapi boleh menaikkan selera makan, Ayam masak Thai adalah hidangan yang patut anda cuba.
AYAM MASAK SERAI ALA THAI
BAHAN-BAHAN
- 6 ketul kepak (bahagian tengah)
- 3 ulas bawang putih
- 6-7 tangkai cili api merah
- 3-4 batang serai
- Daun kari (gantikan daun limau purut)
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap cair (@sos ikan)
- 2 sudu besar madu
- Garam
- Serbuk perasa.

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih & cili api sampai naik bau

2. masukkan ayam dan biarkan sekejap

3. Masukkan sos tiram

4. Masukkan serai yg dihiris halus

5. masukkan kcap cair & madu

6. masukkan daun kari & biar sehingga ayam masak.

7. Bila kuah meresap kedalam ayam dan sudah sebati. Siap!!

INFO: Jika suka rasa sedikit masam boleh tambahkan perhan limau.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Effarina Faizal
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/laksa-thai-asli-penuh-rasa-enak-masam-manis-pedas/
Pernah Dengar Nasi Komok Thailand Atau Khao Mok Gai . Ooo Beriani Siam Laa.
Perghh Merecik! Bertambah-Tambah Selera Dengan Sambal Belacan Thai Legend
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!




