Minggu kedua Rasa Nostalgia Ramadan diserikan dengan kehadiran Ain Edruce bersama suaminya, Amirul. Memang lucu episod kali ini kerana ada sahaja idea Ain untuk mengusik suaminya sekaligus menceriakan suasana sebelum berbuka puasa.
Berbicara tentang menu yang mengimbau nostalgia Ramadan Ain, ayam masak lemak cili padi merupakan antara menu yang wajib dimasak oleh ibunya di bulan Ramadan.
Tidak lengkap rasanya jika tiada pencuci mulut selepas makan. Jadi, aiskrim goreng telah menjadi menu mereka pada hari ini. Memang sedap. Sejuk terasa di tekak.
AYAM MASAK LEMAK CILI API
Ads
Bahan-bahan:
15 biji cili padi (campur hijau merah)
Kunyit hidup (besar ibu jari)
2-3 helai daun kunyit
4-5 ketul ayam
½ kg santan
2-3 batang serai
Cara Memasak:
Kisar cili padi dan kunyit hidup.
Kemudian, masukkan ayam yang telah dicuci bersih dan masukkan serai yang telah diketuk. Kacau rata.
Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
Masukkan juga santan. Teruskan mengacau supaya santan tidak pecah.
Selepas itu, masukkan daun kunyit.
Tambahkan garam dan serbuk perasa.
AISKRIM GORENG
Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Aiskrim (perisa coklat)
Cara Memasak:
Ads
Ambil sekeping roti dan letak aiskrim secukupnya di atas roti tersebut. Letak di tengah-tengah. Ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.
Kemudian, ambil cawan atau gelas dan tekapkan pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi.
Pastikan roti ditekap dengan kemas dan tiada lubang di tepi untuk mengelakkan aiskrim terkeluar sewaktu menggoreng.
Lebih baik jika aiskrim disimpan di dalam peti dahulu sebelum menggoreng.
Masukkan minyak ke dalam kuali dalam kuantiti yang banyak dan tunggu sehingga minyak betul-betul panas.
Masukkan aiskrim roti dan goreng hingga keperangan. Balikkan dengan cepat kerana roti cepat garing.
Angkat dan toskan minyak. Siap!
LG PuriCare™ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur Selebriti
Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™ dengan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD.
Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah, perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat dan tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.
Tonton Rasa Nostalgia Ramadan Sepanjang Bulan Ramadan Ini
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Musim panas ni, kalau basahkan tekak dengan dessert seperti puding memang sedapkan, penyejuk rasa dan penenang stres. Malah dalam majlis-majlis tertentu, puding antara menu pelengkap hidangan. Kalau korang nak cuba, ini RASA kongsikan menu dessert boleh cuba.
AGAR-AGAR GULA MELAKA:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
1 peket serbuk agar-agar (10gm)
1 liter air
200g gula melaka
1/4 cawan gula
BAHANB:
100ml santan pekat |santan kotak
150ml air
1 biji telur
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan A.
Masak hingga larut.
Campurkan pula bahan B, kemudian campurkan dalam A setelah mendidih.
Terus kacau, apabila mendidih semula tutup api.
Masukkan dalam acuan.
Sejukkan sebelum dihidangkan
TRUFFLE KASTARD BUAH-BUAHAN
BAHAN-BAHAN:
KEK SPAN VANILA
4 biji telur
180gm gula halus
170gm tepung kek
70gm air
1 sudu the baking powder
15gm ovellete
50gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanila
1 tin buah-buahan cocktail
KRIM KASTARD
BAHAN A:
530ml susu penuh krim
105gm gula kastor
BAHAN B: guna hand wisk
3 kuning telur
60gm tepung Jagung
1 sudu teh esen vanila
BAHAN C:
53gm mentega
CARA MEMASAK:
Satukan, tepung kek dan baking powder kemudian ayak.
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecualiminyak jagung
Putar dengan kelajuan perlahan dulu.
Bila nampak bersatu, tukar kelajuan laju dan putar hingga ringan dan gebu
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula. Gaul rata.
Kemudian tuang di dalam loyang 8 inci yang dilapik dengan kertas kek dan disapukan mentega sekelilingnya.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 170C.
Bakar selama 30 – 35 minit
Setelah kek betul-betul sejuk, potong bentuk kuib.
Sementara itu, sediakan krim kastard, campur Bahan A dalam periuk.
Masak atas api sampai timbul gelembung.
Tuangkan sedikit dalam bahan B, kacau sebati
Seterusnya masukkan bahan tersebut ke dalam periuk bahan A.
Masak seketika dan masuk Bahan C. kacau sebati hingga berkilat.
Masukkan kastard dalam piping bag supayadan simpan dalam peti sejuk sebelum sedia digunakan..
Untuk menghidang, potong cube kek tadi dan susun dalam gelas.
Paip custard dan lapiskan pula dengan buah cocktail.
Ulang sampai atas gelas.
CHO FUDGE & CHOC CREAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung
1 1/2 sudu teh baking soda
Secubit garam
250gm mentega
1 cawan gula perang
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan buttermilk
CHOCOLATE BUTTERCREAM:
170gm mentega
3/4 cawan gula icing
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla.
2-3 sudu makan whipping cream
CARA MEMASAK:
Bancuhkan serbuk koko dengan air panas, kacau dan ketepikan.
Campurkan tepung, soda dan garam, kemudian ayak bersama.
Putar mentega, gula kastor dan gula perang.
Tambahkan telur sebiji demi sebiji, kemudian tambahkan vanilla.
Akhir sekali masukkan buttermilk dan tepung secara berselang seli.
Masukkan dalam acuan dan bakar selama 25 minit dengan kepanasan 165C.
Untuk menyediakan butter cream , putar mentega dan gula ising hingga lembut.
Masukkan serbuk koko dan vanila, gaul rata dan tambahkan whipping cream.
Kacau rata hingga lembut dan gebu.
Untuk menghidangkannya, potong kek bentuk kiub. Masukkan sedikit dalam gelas.
Paipkan krim coklat menggunakan piping bag dan lapisankan semua kek dan akhiri dengn lapisan krim coklat.
Akhir sekali taburkan coklat di atasnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bukan donut biasa-biasa, untuk kamu yang suka makan donut wajib cuba resipi ni. Namanya BOMBOLINI NUTELLA yang tengah viral sekarang orang sibuk buat malah ada buat untuk di jual. Yelah kalau beli mahal harganya sebiji RM4, tak cukup sebiji apa kata kamu cuba sendiri resipi yang dikongsikan ini.
BOMBOLONI NUTELLA
Resipi untuk setengah doh:
225g tepung high protein
6g yis
55g castor sugar
(campurkan sebati semua bahan diatas)
120ml fresh milk sejuk
1 egg grade A
(campurkan2 bahan basah ini)
55g butter / margerine
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masukkan sikit demi sedikit wet ingredient dalam dried ingredient sambil uli. Uli sampai sebati & bergumpal.
Masukkan butter & garam. Uli sampai tak melekat kat jari. Nak tau dough dah ready ke belum, bila tarik dough sampai nipis tu tak koyak/elastik. Saya just guna hand mixer je guna hook dalam 30-40min macam tu.
Tutup dough dengan plastic dalam 30min pun ok.
Bila dah kembang double size, tumbuk dough bagi keluar angin. Nipiskan & turap dengan acu.
Goreng dengan api paling low. Jangan bolak balik selagi 1 side belum tukar warna coklat.
Bila donat dah suam, golek atas powdered sugar / gula castor + cinnamon. Sedap oouhh wangi2. Pastu cocok lubang guna straw. Saya guna cake tester jurr sebab straw nak HARAM dah kan😂 pastu barula picit nutella dalam tu.
Kredit resipi: Aqel Orked
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda suka makan PudingRoti? Jika ya, resipi perkongsian saudari Nurul Shafira ni antara yang paling mudah untuk dihasilkan. Nampak sedap kan? Bahan-bahannya pun tak banyak malah senang nak dihasilkan. Bolehlah cuba nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!