Ayam Kukus Masak Taucu Pedas, Sekali Makan Gerenti Bertambah

Share

Masakan berasaskan taucu memang sedap kalau kena caranya. Boleh cuba menu ayam kukus masak taucu pedas. Kukus ayam tanpa campur air, selepas kukus penuh juice ayam dalam dulang.Masakan tradisi orang teochew. Menu ini tak guna garam sebab dah guna kicap cair dan pati ayam. Tapi kalau nak letak pun tak apa.

AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS

Bahan-bahan:
6 ketul bahagian paha ayam, bersihkan dan potong kecil
1 biji bawang Holland- dicincang
1 labu bawang putih-dicincang
6 cili merah-dicincang (nak pedas boleh gunakan cili api)
1 sudu besar taucu tamin
1 sudu besar gula perang ganti gula putih
4 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram


2 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit lada sulah
(resipi ni tak guna garam sebab dah guna kicap cair)
Kalau yang nak masin boleh letak garam secukup rasa

1 batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam dah nak masak dalam 30 minit dan kacaukan sekejap dan kukus balik 10 minit.

Cara membuat:

1.Gaulkan semuanya dan masukkan dalam mangkuk atau dulang
2.Kukus dalam 40 minit.
3.Dah siap boleh hidangkan.
Kredit: Mary Teo Lee Na

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN