
Sebut je Ayam Masak Kicap pasti ramai yang menyukainya, ia bukan hanya sedap tapi paling mudah untuk dimasak. Mungkin di hujung cuti ini anda baru balik dari kampung atau bercuti tentu penat, jadi anda ingin masak lauk ringkas tapi disukai oleh semua ahli keluarga. Jangan risau ini dia menu yang paling ringkas dan senang.
AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
 - 3 batang serai | titik
 - 12 biji cili padi | hiris memanjang
 - 2 biji bawang besar | hiris bulat
 - 3 ulas bawang putih | titik
 - 3cm halia muda | hiris memanjang
 - 2 sudu makan kicap pekat
 - 2 sudu makan kicap manis
 - 1 sudu makan air asam Jawa
 - Garam,gula dan perasa secukupnya
 - 4 sudu makan minyak masak
 
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali.
 - Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
 - Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
 - Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
 - Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
 - Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
 - Ayam sedia dihidangkan.
 
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Khopud Nung @ Pulut Jagung Kukus, Dessert Thai Bukan Main Sedapnya

Sekali pandang macam lepat jagung kan, tapi sebenarnya bukan. Kalau nak makan tak payah pergi sampai ke Thailand, buat sendiri pun boleh.
Kuih khopud nung atau pulut jagung kukus berlemak ni menurut Fatin Damia menggunakan pulut yang dicampur santan pekat dan juga jagung yang telah diparut. “Dibalut dengan daun jagung lalu dikukus, rasanya lemak manis. Kalau pergi Thailand kuih ini memang banyak dijual di sana,” cerita Fatin dalam laman FB nya.
Kalau nak tahu apa lah rasa kuih ini, jom kita cuba buatnya.
KHOPUD NUNG

.
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan pulut – beli online DI SINI
 - Santan secukupnya – beli online DI SINI
 - 1 biji jagung yang telah diparut
 - Secubit garam
 - Sedikit gula jika suka
 
CARA MEMASAK :
1. Rendam pulut lebih kurang 1 jam kemudian kukus separuh masak.
2. Selepas itu, keluarkan pulut yang dikukus tadi dan gaul dengan santan dan jagung yang telah diparut tadi bersama dengan gula dan juga garam
3. Balut pulut dengan daun jagung dan kukus semula sampai masak lebih kurang 20 minit.
4. Setelah masak, keluarkan kuih dari kukusan dan sejukkan dahulu sebelum dihidangkan

.
Selamat Mencuba, insyaAllah jadi
Kredit foto & resipi : FB Fatin Damia
INGIN MENCARI PENGUKUS MAKANAN PALING EFISYEN, JOM BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN TERTARIK DENGAN VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Sedapnya Nasi Ambeng Yang Dimasak Oleh Rozita Che Wan & Aunty Aini.

Tengok meriahnya Rozita Che Wan dengan Aunty Aini dengan tetamu udangan serta semua geng rewangnya menyediakan menu set Nasi Ambeng dalam program Rasa Projek Gerenti Jadi Episod Kedua.
Kalau dulu-dulu Nasi Ambeng di kalangan masyarakat Jawa bila mengadakan kenduri kesyukuran, arwah atau doa selamat. Tapi Nasi Ambeng tersebut dibungkus dengan daun pisang, kemudian dilapiskan dengan bungkusan sapu tangan besar di luarnya. Sapu tangan ini di bawa sendiri oleh tetamu yang datang bagi memudahkan Nasi Ambeng dibawa balik. Tidak dimakan semasa majlis tersebut.

Sebaliknya tetamu yang datang pada majlis kenduri di majlis tahlil hanya dihidangkan dengan juadah lebih ringan seperti kuih muih dan minuman saja. Sebab itulah Nasi Ambeng ni, dikenali juga sebagai ‘Berkat’. Tapi tradisi ini semakin dilupakan, namun Nasi Ambeng masih disediakan di kebanyakan kenduri-kenduri kecil dan tidak lagi menjadi bekal untuk dibawah balik.
Kalau anda nak tahu apa yang ada dalam Nasi Ambeng yang dimasak oleh Che Ta, Aunty Aini serta geng rewangnya, Ini menu yang dapat dikongsikan. Antaranya Ayam Masak Bali, Mi Goreng dan Sayur Jawa dan Kurma Goreng Garing .

AYAM BALI
BAHAN-BAHAN
- 5 ekor ayam | dipotong sederhana dan goreng 3/4 masak
 - 11 batang serai | titik
 - Segenggam daun kari
 - 1 botol kecil (325ml) kicap pekat manis
 - 20 biji cili besar| hiris
 - Serbuk kunyit secukupnya | untuk goreng ayam
 - Garam & gula secukupnya
 - Minyak masak secukup | untuk menumis
 
BAHAN KISAR:
- 50 ulas bawang merah
 - 30 ulas bawang putih
 - 500gm cili kering
 - 6cm halia
 
CARA-CARA MASAKAN:
- Panaskan minyak, kemudian tumiskan serai yang telah dititik dan masukkan daun kari. kacau sehingga wangi.
 - Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau lalu masukkan cili kisar dan gaulkan sehingga naik minyak.
 - Masukkan kicap manis dan serbuk kunyit dan gaul sehingga sebati
 - Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan ayam yang telah digoreng.
 - Akhir sekali, masukkan cili hidup yang dipotong untuk menambah rasa dan mencantikkan hidangan. tutupkan api dan ia boleh dihidang.
 
MI GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 15 kg mi kuning
 - 5 biji bawang besar | hiris
 - 10 biji bawang putih | kisar
 - 50gm cili kering | kisar
 - Segenggam udang kering | kisar kasar
 - 1 botol kecil (325ml) kicap manis
 - 1 mangkuk kecil sos cili
 - Garam dan gula secukup rasa
 - Minyak secukupnya untuk menggoreng
 
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan cili kisar sehingga naik bau.
 - Masukkan udang kering, kicap manis dan sos cili ke dalam masakan, gaul rata.
 - Seterusnya, masukkan mi kuning yang telah direbus dan kacau seketika sehingga rata.
 - Tutupkan api dan makanan siap untuk dihidang.
 
SAYUR GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji bawang putih | kisar
 - 10 biji bawang besar | hiris
 - 10cm halia
 - 10gm udang kering
 - 1 mangkuk kecil kicap manis
 - 2kg kacang panjang | potong 3cm
 - 6 batang lobak merah | hiris memanjang
 - 20 keping tempe | goreng
 - 400gm suhun rendam
 - 10 biji cili merah
 - Garam secukup rasa
 - Minyak untuk menumis
 
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang telah dikisar, bawang besar yang dihiris, kacau sehingga naik bau.
 - Seterusnya masukkan udang kering dan gaul rata.
 - Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang dan tempe goreng. gaul sehingga rata
 - Perasakan dengan kicap manis dan gaul seketika, masukkan garam secukup rasa.
 - Akhir sekali, masukkan suhun yang sudah siap direndam dan gaul sehingga sebati. tutupkan api dan ia siap untuk dihidang.
 
 
KURMA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- 2 kg tepung gandum
 - Air secukupnya
 - Garam secukupnya
 - 3-4 bekas kurma
 - Minyak untuk menggoreng
 
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung gandum, garam dan air
 - Kacau rata hingga menjadi bancuhan sekata tidak terlalu pekat atau cair.
 - Panaskan minyak dalam kuali.
 - Masukkan kurma yang telah dicuci dalam bancuhan tepung.
 - Kemudian goreng hingga kekuningan.
 - Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.
 
Tip: boleh tambahkan telur untuk melembutkan dan merangupkan cucur.

Jangan lupa Tonton Rasa Projek Gerenti Jadi
Program masak yang sentiasa kecoh dan meriah, yang dihoskan bersama Rozita Che Wan bersama Aunty Aini serta para tetamu jemputan mereka dalam memeriah episod-episod seterusnya dengan menu baru lebih menarik lagi. Kot-kot korang boleh menjadi ilham kepada korang yang ingin mengadakan kenduri atau rumah terbuka raya nanti.
Pastikan anda semua tidak ketinggalan tonton rancangan Rasa: Projek Gerenti Jadi, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).
Batter Pisang Goreng Dengan Sambal Kicap Simple, Rangup Sampai Ke Petang

Pisang goreng yang buat sedap selain jenis pisangnya batter atau larutan tepung tu kena betul bancuhan dan ramuannya baru sedap dan rangup. Lagi pulak kalau ada sambal kicap, lagi syoklah makan goreng pisang ni.

.
Nak pisang goreng yang rangup sampai ke petang dan tak serap minyak, jom follow resipi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal. Yang best Mariana juga turut kongsi resipi sambal kicap yang sangat mudah, simple namun rasanya memang tak boleh kompromi sedapnya.
Jom cuba…
BATTER PISANG GORENG

.
BAHAN-BAHAN :
- 1 1/2 cawan tepung gandum – beli online DI SINI
 - 3/4 cawan tepung beras – beli online DI SINI
 - 1 sudu besar gula
 - Sedikit garam
 - 1 sudu besar mentega
 - 1/2 cawan minyak masak
 - 1 3/4 cawan air
 - Secubit atau dua cubit bijan (opsyen aje)
 
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan-bahan.
2. Kacau sebati guna whisk atau senduk, masukkan pisang salut rata dah boleh goreng macam biasa.
3. Guna api sederhana, minyak dah panasterus goreng. Bila sebelah bahagian dah garing baru terbalikkan sebelah bahagian lagi..
4. Angkat dan toskan.
SAMBAL KICAP SIMPLE

.
BAHAN-BAHAN :
- 15 biji cili padi
 - 1/2 biji bawang besar
 - Kicap manis 4-5 kali renjis – beli online DI SINI
 - 3 sudu besar air masak
 
CARA MEMASAKNYA :
1. Kisar semua bahan. Jangan kisar hingga halus ya
2. Sedia dihidang dengan goreng pisang

.
Kredit Foto & Resipi : Mariana Zainal
INGIN MENCARI AIR FRYER PALING EFISYEN, JOM BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

