Ayam Kepal Mini Kak Ura. Agak-agak & Campak-Campak Aje.

Share

Kepal isi ayam kisar, sebatikan dengan bawang, sayur jika suka pastu goreng. Laju aje budak-budak makan ayam kepal mini, senang masuk mulut.

Jom tengok resipi mudah dari Zuraida Muhamad @ Kak Ura ni pasti lazat dan mengenyangkan. Yang penting bebas MSG dan bahan ramuan homemade terbaik

AYAM KEPAL MINI OLEH KAK URA

BAHAN-BAHAN :

  • Isi ayam atau ayam kisar
  • bawang
  • roti keping
  • lobak (x letak pun x pe)
  • kepingan keju (xletak pun xpe)
  • garam sikit
  • serbuk roti secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Kak ura blend je bahan2 tu. Tapi cheese dan serbuk roti tu , jangan blend skli tau (kak Ura guna blender kering tu je)

2.Dah siap blend tu, kepal2 je bahan blend tadi.. Kalau nk ltk cheese , buat macam cekmek tu. Pastu isi lah cheese ( nak buat dengan cara sendiri pun xpe )


.


3.Sebelum nak goreng. Salut dengan serbuk roti.


4.Goreng sampai masak.


.

Dah siap!! Senang kan?!

Cuti sekolah ni ajak anak-anak sekali pun lagi seronok. Selamat mencuba!!

Kredit :Zuraida Muhamad

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

VIDEO INI  PUN MENARIK JUGA:

 

IKLAN