Asal sebut menu Korea ramai remaja suka, apa kata mak-mak cuba menu ayam ala-ala korea yang kononnya di jadi kegilaan ramai remaja. Menunya senang dan kalau buat gerenti habis Silap-silap boleh buat bisnes. Tapi kalau remaja buat sendiri lagi baguskan.
Ads
AYAM GORENG ALA KOREA BAHAN UNTUK AYAM GORENG:
Ads
300gm drumet ayam | cuci bersih dan tos
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh garam
1 cawan tepung jagung
Minyak masak untuk menggoreng dana menumis
BAHAN TUMISAN:
Ads
4 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 bawang besar | dadu halus
2 sudu makan chili flakes
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan gula
2 sudu makan air asam Jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan ayam yang telah diperapkan bersama bahan perapan hingga garing.
2. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi dan masukkan chili flakes. 4. Seterusnya masukkan sos cili, dan kacau rata hingga sebati. Jika terlalu garing tambah sedikit air. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Masukkan air asam Jawa. Kacau rata sehingga kuah sedikit pekat. 7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sambal Goreng resipi perkongsian saudara Ben Safwan ni nampak sangat menyelerakan. Bahan-bahan yang diberi lengkap dengan sukatan. Pendek kata andai dicuba, pasti menjadi. Sambal Goreng ni memang menggunakan minyak yang banyak serta dimasak dengan lama. Ia adalah salah satu petua menghasilkan sambal yang sedap malah tahan lebih lama walau tidak disimpan dalam peti sejuk. Memang tak basi. Cuma bila makan, ambil sambalnya sahajalah, jangan diceduk minyaknya. Ha… Jangan tunggu lama-lama. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK SAMBAL GORENG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
200gm cili hijau thai (berat termasuk tangkai) – beli online disini 200gm bawang merah – dikupas – beli online disini 1 biji tomato sederhana besar 2 sudu makan ibu sambal (boleh ganti dengan 30gm cili merah thai berat bersih) 2 batang saderi 2 pokok ketumbar (9-10 tangkai) 1 keping ikan tenggiri jeruk – buang tulang 1 cm x 1 cm halia dengan tebal 0.5 cm 2 hirisan lengkuas (4×5 cm dengan tebal 0.2 cm) 25gm gula kabong thai (warna oren) – beli online disini 20gm belacan – beli online disini 1 keping asam keping kampung gred A – beli online disini Garam/serbuk perasa knorr /gula putih Minyak masak – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan semua bahan, buang tangkai cili dan masukkan ke dalam chopper. Jika tiada chopper, boleh guna blender kasar. Lengkuas tu sebelum masuk ke dalam chopper, perlu ketuk dulu bagi sedikit hancur. Baru mudah untuk dikisar.
2. Letak minyak yang banyak dalam kuali dan panaskan. Masukkan kesemua bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masak guna api sederhana kecil sahaja. Tumis sampai pecah minyak berulang kali.
3. Bila sambal sudah pecah minyak satu kali, pastikan tukar api kepada yang betul-betul kecil. Ia bertujuan supaya sambal tidak hangus bawah dan tak terpercik. Masak selama 40-45 minit.
4. Bila sambal sudah nampak elok dan masak semua, tambah serbuk perasa, garam, gula kabong thai dan gula ikut cita rasa masing-masing.
INFO:
Rasa sedap bila semua bercampur. Empunya resipi suka guna batang saderi dengan daun ketumbar kerana rasa lebih sedap.
Minyak banyak tidak mengapa. Nanti sambal jadi tahan lama walau disimpan di luar. Tak perlu masuk dalam peti. Sebab sambal sudah ditumis 40-45 minit guna api kecil. Air dalam cili & batang saderi sudah kering.
Untuk menikmati sambal, ambil sambalnya sahaj dan jangan ambil minyak.
Sambal Goreng sangat enak dimakan bersama nasi putih lembik panas-panas dan ikan rebus goreng atau ayam goreng kunyit.
Andai menikmati sajian nasi ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa sambal halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni.
SAMBAL HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ketul halia ( saiz 1/2 tapak tangan )
2 ulas bawang putih
1 sudu makan daun bawang
3 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Kisar halia, bawang putih dengan sedikit air hingga halus.
Tapis dan buang airnya.
Masukkan garam dan daun bawang. Kacau rata.
Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas. Tuang ke dalam bekas berisi halia tadi.
Dah lama tak merasa lauk kenduri. Bila dapat makan lauk kenduri yang cukup rasa, memang puas hati. Memang ada lauk kenduri yang boleh dibeli tapi rasanya belum tentu menepati cita rasa. Jadi jomlah kita masak Nasi Minyak Simple digandingkan dengan Ayam Masak Merah, Udang Masak Diraja, Acar Timun Karot.Masak sendiri lauk kenduri ni boleh berulang kali makan.
NASI MINYAK Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga
2 sudu besar mentega/ minyak masak
1 kiub pati ayam
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandan
Pewarna kuning jika suka
Hiasan – bawang Goreng dan kismis
Cara memasak: 1.Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya. 2.Panaskan mentega tumis bawang dan halia yang telah dikisar. 3.Masukkan 3 sekawan dan daun pandan. 4.Bila dah garing masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam 5.Tuangkan dalam periuk nasi. 6.Biarkan nasi masak seperti biasa. 7.Bila dah kering celupkan pewarna kuning guna lidi ke nasi. 8.Biarkan nasi masak, kacau guna garfu. 9.Taburkan bawang goreng dan kismis.
AYAM MASAK MERAH Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
Cili kering kisar secukupnya
1-2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis,pelaga, bunga lawang)
1 helai daun pandan
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
Garam dan gula secukupnya
Cara memasak: 1.Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak. 2.Guna minyak goreng ayam tadi goreng bawang merah yang ada dihiris tadi dan angkat, ketepikan. 3.Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan. 4.Bila dah naik bau, masukkan cili kisar dan daun pandan. 5.Tumis hingga cili garing. 6.Masukkan sos cili dan sos tiram. 7.Masukkan air. 8.Perasakan dengan garam dan gula. 9.Bila dah mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika. 10.Taburkan bawang merah goreng tadi dan tutup api.
UDANG MASAK DIRAJA Bahan-bahan:
20-25 ekor udang
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
Sedikit kunyit hidup *
5 biji cili api *
2 batang serai
5 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit dihiris halus
4 sudu besar cili kisar
1 cawan santan pekat
1 keping asam keping
Gula
Garam
Cara memasak: 1.Panaskan minyak tumis bahan kisar * 2.Masukkan serai. 3.Dah garing masukkan cili, tumis hingga naik minyak. 4.Masukkan santan dan asam keping. 5.Masukkan daun limau purut dan daun kunyit 6.Bila dah menggelegak masukkan udang. 7.Udang masuk akhir sebab tak nak bagi udang terlebih masak dan liat. 8.Masukkn garam dan gula secukup rasa. 9.Agak-agak udang dah masak, boleh tutup api
ACAR TIMUN KAROT Bahan-bahan:
1 biji timun
1 biji karot
1 -2 biji cili merah
2 biji bawang merah
sedikit cuka makan
Garam dan gula
Cara membuat: 1.Potong dan hiris ikut cita rasa. 2.Gaulkan semua bahan. 3.Masukkan cuka, garam dan sedikit gula. Kredit:Hidayati Hana
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!