Ayam Goreng Kunyit Pedas, Lauk Sahur Yang Mudah Dan Sedap

Share

Bersahur mempunyai banyak manfaatnya. Selain mendapatkan tenaga untuk melakukan rutin harian, sahur juga membawa keberkatan dalam hidup dan pahala yang dijanjikan Allah. Salah satu lauk yang senang nak dimasak adalah ayam goreng kunyit. Simple je.

 

Rasa enak ayam yang digoreng garing dengan kunyit hidup. Tambah lagi rasa pedas dari lada hitam dan cili padi yang menambahkan selera anda.

AYAM GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam (dada ayam)
  • Kunyit hidup
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Bawang Holland
  • Kacang Panjang
  • Holland Peas
  • Lada hitam
  • Kicap soya cair

 

 

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk kunyit dan bawang putih sehingga agak-agak lumat.

 

2. Masukkan cili padi tumbuk ala ala pecah.

 

3. Masukkan bahan-bahan ini didalam bekas ayam yang telah dihiris halus tak berapa nak halus.

 

4. Satu sudu setengah kicap cair.

 

5. Setengah sudu lada hitam.

 

6. Gaul sehingga sebati. Tidak perlu letak garam sebab sudah ada kicap cair tetapi jika tidak ada boleh tukar kepada garam.

 

7. Panaskan minyak…sepanas panasnya…minyak ngam2 sama level ngan ayam…sebab nak bagi masak sekata….

 

8. Bila bahan goreng sudah hampir garing. Keluarkan minyak dan tapis. Tinggalkan dalam satu atau 2 sudu minyak dalam kuali itu.

 

9. Masukkan sayur tetapi tidak perlu lama sebab layu nanti kecut. Kilas 2 atau 3 kali sayur dengan isi ayam dan tutup api. Rasa jika tawar boleh tabur kan sedikit garam.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Arbi Mohd Arbi

IKLAN